Subscribe to RSS feeds

Saturday, January 30, 2010

PORK IN BIBLE AND QURAN


Pork is prohibited in Quran

It is prohibited in 2:173,5:3,6:145 and 16:115

Holy Quran 5:3

Prohibited for you are animals that die of themselves, blood, the meat of pigs, and animals dedicated to other than ALLAH.

Holy Quran 2:173

He hath only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and that on which any other name hath been invoked besides that of Allah. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits,- then is he guiltless. For Allah is Oft-forgiving Most Merciful.

The above verses of the holy quran are sufficient to satisfy a Muslim why pork is forbidden.
                    
Pork is prohibited in Bible

Leviticus 11:7-8

And the swine, though he divide the hoof, and be clovenfooted, yet he cheweth not the cud; he [is] unclean to you. Of their flesh shall ye not eat, and their carcase shall ye not touch; they [are] unclean to you.

Deuteronomy 14:8

And the swine, because it divideth the hoof, yet cheweth not the cud, it [is] unclean unto you: ye shall not eat of their flesh, nor touch their dead carcase.

Isaiah 65:3-4

A people that provoketh me to anger continually to my face; that sacrificeth in gardens, and burneth incense upon altars of brick; Which remain among the graves, and lodge in the monuments, which eat swine's flesh, and broth of abominable [things is in] their vessels;

Isaiah 66:16-17

For by fire and by his sword will the LORD plead with all flesh: and the slain of the LORD shall be many. They that sanctify themselves, and purify themselves in the gardens behind one [tree] in the midst, eating swine's flesh, and the abomination, and the mouse, shall be consumed together, saith the LORD.

Pig is the most SHAMELESS animal!

It is the only animal that invite its friendsto have sex with its mate.In America,most people consume pork.Many times after dance parties,they have swapping of wives; i.e many say

"you sleep with my wife and I sleep with your wife"

If you eat pigs,then you will behave like pigs.




 

Friday, January 29, 2010

Angkara Yahudi..



Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.


‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.


Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Thursday, January 28, 2010

SYABAS!!!



Tuan Guru Nik Aziz bergambar bersama lima pemimpin agama utama negara

KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

MERU, KLANG 28 Jan: Ketika dua masjid di Petaling Jaya diletakkan dengan dua kepala babi hutan berbungkus plastik bersama wang tunai RM30, lain pula peristiwa bersejarah berlaku di Meru.Dewan Meru, dekat sini, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Wednesday, January 27, 2010

Rama-Rama



Seorang guru perempuan,muda dan berkebaya biru berdiri dihadapan 20 org pelajar kelas 5 Pintar di dalam sebuah makmal.
"Hari ini,kita akan melihat bagaimana seekor rama2 terbang keluar daripada kepompong,"lantang suara guru itu..
Kelihatan di hujung,seorang murid tengah asyik dibuai mimpi.
Sambil itu,guru itu menerangkan cara bagaiman rama2 itu keluar dari kepompong..
"Jangan sesiapa menolong memecahkan kepompong itu,"tegas guru muda terbabit..
Mesyuarat bakal bermula dan guru muda itu terpaksa keluar meninggalkan muridnya bersendirian.

Selepas 30 minit,kepompong mulai retak..
Murid bersorak kegembiraan dan melihat dengan pandangan yang penuh ketakjuban..
Situasi menjadi senyap.Mata seolah-olah digamkan kepada balang kaca yang berdiri di atas meja coklat.
"Kesian rama2 ini.Susah jugak nak keluar,"kedengaran seorang murid perempuan bersuara
Setelah berbincang dan lantaran tiada kesabaran menunggu,ketua kelas mengambil keputusan membantu memecahkan kepompong itu..Lantas pesanan keramat guru diabaikan.
"Rama2 itu tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar,"kata ketua kelas menyakinkan semua tentang tindakan yang bakal diambil.Hampir kesemua mengangguk tanda bersetuju.
Selepas itu,terbanglah si rama-rama bebas di udara..
Malangnya,5 minit selepas itu,rama2 kelihatan lemah dan terus mati..

Pulangnya guru muda ke dalam makmal,terkejut beliau melihat apa yang berlaku..
Diterangkan kepada muridnya
"Anak-anak,kesusahan melepaskan diri dari kepompong sebenarnya membantu membina kekuatan sayap rama-rama itu"
"Jika kita menolong memecahkan kepompong,kita sebenarnya telah melemahkan struktur sayap rama2"
"Rintangan yang dihadapi,sebenarnya menguatkan diri rama2 sebelum terbang cantik,bebas di udara "
"Tidak ada kesenangan yang datang bergolek di kaki melainkan dengan berusaha menempuhinya"
"Harap2,murid2 dapat belajar sesuatu melalui kejadian ini"
Semua murid terdiam dan sinar keinsafan jelas terpancar..

Tuesday, January 26, 2010

Bombay toast



Ko nak makan aper malam nie??
Sabah memecah kebuntuan malam..
"Aku x mkn..diet,"..
"Aku nk pgi kuar jap...Beli tlur n roti."

Malam itu menjadi titik permulaan.Sabah kuar dengn skuter memecah keheningan malam di bumi Manipal.Aku dan wafy sabar menunggu kepulangan Sabah untuk membawa sinar kebahagiaan..
Sampai jer kat umah..
"Korang masak la sendri ek.Aku nak goreng jer telur nie."
"No hal laa.Thanks dow beli nie.Berape ek?"
"Xperla.Ko buat jer aper ko nak."
Macam biasa,Sabah tidak pernah berkira bab2 makanan..Thanks bro
Wafy ketika itu sedang menelefon mak die..

Sabah menunjukkan kemahiran menggoreng tlur..Bawang dihiris halus.Diadun rapi ke dalam tlur yang siap dipukul sehingga kembang.
X sampai 5 min,terhasillah satu karya yang bisa menggoncang semangt aku untuk berdiet..
Bau sedap semacam jer,aku lantas menge'pow'
Mntap giler Sabah masak.Macam papa Raju.

Giliran aku plak..
"Bah,ko tau tak cmner nak wat bombay toast?"
Sabah termenung sekejap sambil memikirkan jawapan yang sesuai..
"Kalau tak silap,ayah ko bagitau kena campur telur,susu dan gula."
Aku bukak refrigerator
"Takperla.Susu x der,aku buat roti n celup dengan telur jer la."
Pukul punye pukul dan roti aku celup..Rendam lame sket..Harap2 jadi macam bombay toast kat Charaka..
Goreng jer,rase mcm roti canai tlur plak..Cicah dengan gule,hentam sajalah..

Wafy mengabil tempat dan menunjukkan skil membuat hamlet...

Hari Ahad (keesokan harinya)
Papa Raju datang..Die ganti balik cuti yg semlam die tak datang sebab mogok bas..
Naseb bek die dtng,kalu tak,kena potong gaji.
Sedang die tengah bising2 mencuci pinggan mangkuk anak2 teruna die nie.Aku datang mengaco, bukak cerite pasal semalam..
"Boss,yesterday me making bombay toast..but.cannot making"
"why?"
"Me don't know how making."Rosak English aku..Grammar semua lintang-pukang.
"U putting milk,egg n sugar.Than U do like this."...tngn tengh tunjuk kaco air dalm mangkuk.eksen jer lbih
Kire kena cmpur susu n telur n gula..then kaco..
"U making showing today boss."
"ahahahahhaa"..mcm biase..org tua nie akan gelak jer..
Aku pun berlalu hampa dan bersembunyi dlm bilik..

TupTupTup
Ade org ketuk pintu..Bukan jer pintu,wafy berdiri sambil berkata,
"Raju buat bombay toast.Demo sruh sakni,trus dio buat..Takut demo ngaju..Ayah demo key."
Bergegas aku berlari ke dapur.Ternmpak Sabah dengan berselera makan..
"Good2,"
Sambil tangan mencari bombay toast lagi dalam periuk hitam yang terlentang di atas meja makan.
Aku try la jgk..Memng tidak boleh dipertikaikan kelazatan roti itu..
Kini,selepas peristiwa itu,setiap pagi ade jer warga Ajay 402 cube membuat bombay toast sebagai brekfast..
Sayang papa Raju...

Teringt aku ketika anantomy spotter blok 3..
Aku balik dengn kecewa ke rumah..
Raju tengah memasak ayam. Ternampak aku, die bertanye..
"U why looking sad?".
"Headache boss..Exam going not good.Me sleeping."Aku menjawab dengan ringkas.
Aku masuk ke bilik..
Tetibe bagai nk runtuh pinti bilik aku diketuk
Raju datang sambil memegang air 'cai@teh yang special..
Die campur halia,khas untuk aku..
"U drinking this,headache gone.".
Sambil tunggu aku minum sampai habis..

Terharu aku dengan Raju,lantas aku memeluknye walaupun die sekadar ber'singlet' sahaja.Raju pun menepuk-nepuk belakang aku sambil menahan sebak ..Kitorang pun sama-sama menangis..Tetibe Sabah sampai dan ternampak adegan itu
"bapak aaa.. mesra syall dengan ayah."
(ni hyperbola jer n adegan seperti berikut xpernah berlaku)

kemesraan

Saturday, January 23, 2010

Kenapa harus memakai topeng??

Seorang eksekutif muda,baru dinaikkan pangkat..
Pada hari pertama,rasa kekok dan tidak selesa menjadi mainan di jiwa.
Tiba-tiba,ketukan kedengaran..
Untuk menunjukkan betape sibuknya dia sebagai orang penting syarikat,eksekutif muda itu lantas mengangkat ganggang telefon
"Masuk"
Seorang pemuda masuk..
"No problem,I boleh handle projek ini,"sambil mengangguk kepala tanda bersetuju.
Selepas berborak selama beberapa minit,
"Yes,what can I do for you,"
Pemuda itu menjawab
"Tuan,saya datang untuk memasang kabel telefon dalam bilik ini,"

Kenapa harus berpura-pura??
Apa yang cuba dibuktikan??
Kenapa perlu satu pembohongan??

Aku menulis cerita ini kerana satu keperluan.
Kadang2 aku tersenyum sendirian melihat karenah dan gelagat member2 yg sentiasa busy
"Aku busy la sekarang.Tak bleh datang usrah malam nie,"
Tetibe,kantoi kat fudcourt tengah candle light dinner..
"tadi kata busy,"hati kecilku berkata..

Kenapa harus menipu??
Kadang-kadang penipuan itu membuka kebodohan diri sendiri..
Apa yang cuba dibuktikan dengan pembohongan dan putar belit itu..
Untuk menunjukkan diri ini suci??
Untuk membuktikan aku berada di pihak benar??
Atau semata-mata kerana ego yang menjulang ke langit..
Muak aku dengna karenah manusia seperti ini..
Satu kata-kata yang sentiasa terpahat di minda..
"sekali kita berbohong,akan tercipta beberepa lagi penipuan untuk membuktikan pembohongan tadi"

Contoh
"Kenapa datang lewat?"
"Ada accident tadi masa on the way datang" (penipuan pertama)
"Accident??"
"A'a.Kereta Kancil dengan kereta Wira"(penipuan kedua)
"Ooo.Teruk ke accident tu?"
"Agak terukla.Seorang parah sebab tercampak dan isteri die patah kaki"(penipuan ketiga)
"Saya datang lewat ni sebab tolong hantar si suami tu pergi hospital"(penipuan keempat
"Kebetulan van saya ni besar"(penipuan kelima)

Dari satu penipuan,akan lahir penipuan kedua dan seterusnya..

Jijik sekali perangai manusia seperti ini!!

Nasiaht kepada diri sendiri dan rakan2..
BErkatalah benar walaupun pahit untuk ditelan..
Beranilah untuk bersemuka dan sentiasa menyampaikan kebenaran.
Dan..
Janganlah menipu!!!


Monday, January 11, 2010

PolyAndRY???

Kelas hari ini sangat sempoi.

Hbis jer forensic,aku bergegas mengajak wafy trun,membonceng skuter maroon dan dengn bergaye membawa sebotol minyk petrol berwarne oren.Kenapa??
moto aku buat hal .Nila padahnye bile reti bawak moto jer tanpa check minyk.Tengh aku sedap memecut,tetibe terdengr bunyi letupan kecil dalam enjin dan serentak dengn itu,moto aku terbatuk-batuk macam terkena Chronic Obstuctive Pulmonary Disease.Nseb bek aku berjaye control sebelum terbabas melanggar sebuah lori yang kebetulan melintas kat persimpangnan Tagore block(RT laa).Zulzaire yg macho berskuter biru terlihat akan aku berdiri di tepi jalan dan menyelamatkan keadaan.Sampaila aku kat kelas..

PBL brainstorming pasal antiepilepsy drug..Lecter muda masuk dan trus aku kecewa..Dia nie la yg bgi markh rendah blok lepas..Azam baru masih menyala dan saban hari semakin membara.
Aku akan buktikan yang aku juga mampu.Minggu depan penentu segalanya..InsyaAllah..

Balik bilik,aku terbukak satu karya Dr.Zakir Naik.Tajuknya"ANSWERS TO NON MUSLIMS' COMMON QUESTION ABOUT ISLAM".Buku nie dah lame menghuni rak meja aku..naseb bek xder labah2 buat sarang macm aper yg diorang buat kat moto pulsar merah aku..X kenal zakir naek??Gunekan google taip name zakir naik kat situ dan korang bace la sndri..

Satu persoalan aku tertarik ialah 'polyandry' atau perkahwinan wanita melebihi seorang suami..
Btul jgk kan..Bukan shaja org bukan muslim,orng muslim pun pasti pernah terfikir soalan sebijak ini.Kalau lelaki boleh kahwin lebih dari sorang,kenapa wanita pulak x boleh?Ini tidak adil!!Soalan yang kalu fikir logik pon bleh jawab,tapi biasela..kadang2 diorang nk uji pngetahuan kita tentng agama yg kite anuti ini..Oleh itu sangt penting kite mempersiapkan diri kita dengn senjata pemahaman dan kebolehan berhujah serta menggunakan sumber rujukan utama kita iaitu al-quran dan sunnah.Sambil kite berdakwah sesame muslim,ini juga mmbantu kite menarik perhatian non-muslim tentang islam.Walaupun soaln ini nmpk bodoh,tpi ade x jamnan yang kite sebagai penganut agama Islam, jawab soalan seperti ini secara ilmiah??

Berbalik kepada persoalan utama tadi.

22]
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
[23]
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[24]
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah An-Nisa'(22-24)

Jelas dalam al quran sebagai rujukan utama.Perhatikan permulaan ayat ke-24.

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki

Jadi.Satu kesimpulan dapat dibuat.Kalau dah jadi isteri orang,secara automatik prempuan itu tidak bleh lagi berkahwin dengn lelaki laen..Manusia kan x lari dari tnye macm2 soaln dan logik akal fikiran..Jadi,cube fikirkan.Perkara yg dianggap bleh difahami tanpa memerlukan dalil pun ade tercatat dlm al-quran,apatah lagi perkare yg berat..Ini bukti bhw islam itu syumul.

Jom tengok dari segi logik akal pemikiran..

1)Zuriat siapa??
Let say sorang wanita ade 2 suami...Hidupla bahagia begilir-gilir melayan kedua suami itu.Pada suatu hari,si isteri itu muntah2 dan tuan Dr berbicara,
"tahniah,puan mengandung"
Jadi,berita yg septutnye membawa kebahagiaan akhirnya berjaya memeningkan kepala semua org. Persoalannya,siapakah bapak kepada bayi dlama kandungn itu..Kat dalam i.c dan sijil kelahiran,siapa nk dibin/bintikan?Senang jer..anak name Ramli dan kalau suami name Ali dan Abdullah,letak jer name kedua-dua suami..kan senng..settle masalah..Maka,tepat 1 Disember 2010,lahirlah
Ramli bin Ali dan Abdullah

Masuk sekolah rendah,budak pun sure bengom tengok name die.Kenape Ali dan Abdullah.Macam name firm law jer.Nase baek bukan Ali dan Rakan2.Masa mesyuarat PIBG atau perjumpaan dengn guru,dua2 bapak dtng..Kan haru-biru cikgu..
Alaa.zaman moden sekarang nie..Kite kan student medik.Blaja DNA fingerprinting..Mase nie la nk aplikasikan teknologi.Buat DNA test secare otomatik bleh tau saper bapak sebenar..
OK.point ini saye bersetuju sebb zaman moden sekrang mcm2 ade dan DNA test bleh dilakukan.
Secare keseluruhan,point ini agak lemah sebb kite still bleh pikir care nk prove identti baby itu..

2)Tanggungjawab isteri kepada suami
Cube byangkan seorang wanita ade 2 suami menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.Nak memasak,kena la berasingn dan lauk yg berbeza.si suami A x suke asam pedas n si suami B suke ayam mask halia.Rumah plak kena berjauhan dan xkan la nk duk satu rumah..Boleh ker si isteri itu hidup bahagia..Yng ade sorang suami pun dah pening apatah lagi 2 org..gaduh sakan n hbis pecahla cermin2 dan pinggan mangkuk kat dapur..
Orang bodoh plak berkate..xperla..hidup satu rumah kan senang..masak sekali jer.pagi2 layan dua suami sekaligus..
Nak tnye, apa perassan anda kalu tengok isteri layan mesra lelaki laen?Realiti sekarang kalau tengok awek berbual mesra dengn member laki pun dah naek darah hbis sampai kepale apatah lagi isteri sendri..Silap2,bleh lebam si isteri n masuk hospital salah sorang suami yg penyayang tu..
Sangt dayuss..

3)Kite tengok dari segi nafkah batin.
Suami yang dayus@bodoh@mental retardation shje yg sanggup bgi kebenaran si isteri layan lelaki laen.

Isteri : Abg,mlm nie I kena bermalam ngn B
Suami A : Syg pegila ek..abg izinkan pergi.
Isteri : Tenkiu coz memahami..I love U
Suami A : Tanggungjawab I untuk memahami U..tc babe.
Agak2,ade x dialog mcm ni....Tepuk dada tnye akal..

Rasenye dialog yg sepatutnye..
Isteri : Abg,mlm nie I kena bermalam dengn B
Suami A :Jahanam punye isteri..ko ingt aku nie sape..dushhh
(dan serentak tendangan padu dilepaskan tepat ke sternum sang isteri)
Suami B : CISS!!berani ko tendang bini aku..
Suami A : KO saper nk masuk campur rumah tangga aku...
dan seterusnye korang pikirla sendri..

Satu kajian juge membuktikan,yg wanita lebih terdedah kepada sexual disease sekirenye mempunyai partner lbih dr seorang..

4)Last sekali,pasal datng bulan dan menapous
Setiap kali isteri ditakdirkan dtng period@cuti,semua suami juga wajib bercuti.Kesian kan??
Kalau menapous plak??Imagine la bgaimana terseksanya hidup suami2 terbabit..

Kesimpulan
Dalil haram wanita berkahwin lebih dari seorang pun sudah ada dalam al-quran.
Kesan2 negatif pun bleh pikir sndri..JAdi,jom same2 kite rajinkan diri selak helaian al-quran..InsyaAllah.

Sekian...

p/s : Tjuk artikel akan datang..
Kenapa poligami dibenarkan dalam islam??InsyaAllah.


Sunday, January 10, 2010

“Oasis of the Seas”





Inilah kapal pesiar yang terbesar di dunia. Saiznya adalah lima kali lebih besar daripada kapal Titanic. Kapal yang diberikan nama “Oasis of the Seasmempunyai tujuh kawasan, gelanggang, lapangan golf dan 750-kerusi di luar bilik teater. Oasis of the Seas memulakan cabaran pelayaran yang mendebarkan apabila “dipaksa” belayar di bawah Jambatan Lingkaran Besar, Denmark ketika keluar dari Lautan Baltik. KetinggianJambatan Lingkaran Besar, Denmark hanya 1 kaki (30 sentimeter) lebih tinggi daripada ketinggian kapal Oasis of the Seassehinggakan semasa melintasi bawahnya cerobong asap kapal terpaksa diturunkan.

Kapal pesiar yang terbesar di dunia ini mempunyai 2,700 kabin dan mampu menampung sehingga 6,360 penumpang dan 2,160 krew kapal.Kapal ini juga merupakan kapal pesiar termahal di dunia, bernilai sekitar USD1.3 bilion. Ia juga dilengkapi empat kolam renang, bola tampar dan gelanggang basket, dan zon rekreasidengan tema taman dan kebun untuk anak-anak dan pelbagai kemudahan yang bertaraf dunia.

Selain itu, terdapat sebuah teater terbuka yang berkapasiti 750 tempat duduk dan teater indoor yang mempunyai 1,300 tempat duduk. Ketinggian kapal ini kira-kira 65 meter (213 feet) daripada permukaan air, 360 meter (1,180 kaki) panjangnya dan 47 meter (154 kaki) lebarnya. Kapal ini dibina oleh syarikat daripada Korea Selatan iaitu STX Finland Cruise Oy atau juga dikenali dengan nama Aker Yards Oy.


video

Saturday, January 9, 2010

Raju,bile aku tetibe datang kaco....



Hari nie memang aku xder keje..

Ingatkan nak berehat sambil tengok 3 idiots(smalam dah layan ngn Sabahan),tetapi letrik plak xder..Besa la ..Aku kena trime hakikat kehidupan di India..Letrik kat sini fluctuate.Macam chipsmore..Kejap ade,kejap xder.Alhamdullillah,bynk ader drpade xder.Inverter aku pom xder gune jgk..Tuan rumah nie punye la kedekut..Kate keje engineer kat Dubai..Bile report inverter rosak,ckp suruh jual n cri sendri..apela taik idung masin..Kalu bg jer,kan dapat pahala..tlong ank melayu blaja..Nseb bek tuan rumah aku xtau die agama aper..Kalu x,dah lame kena lempang..

Letrik nie pernh wat hal mase mlm aku nk exam blok.Bengom gak aku kejap..Dahla tension.Kalu dlu lg aku blajr pharmacology,bleh gak aku telan diazepam or alprozolam(dr ravinchandra@abg Sabah ajar semlm masih melekat).Nsib bek ade lilin.Terase jgkla kesusuhan moyang aku belajr mase jepun attack malaya..Panasnyeee..sabor jela..Nyamuk berpesta kat umah aku mlm tu..Seronok btul diorang nyanyi kat tepi telinge aku..Nseb bek nyamuk..Kalu tuan rumah yg menyanyi,dah lame kena lempang..

Raju memask daging.Die hindu,so jarang la mask daging..Menu special permintaan thin man@wafiy nak makna burger.Memandangkan wafy demam.Raju tanpa berfikir pnjg,dengn rela hati mask burger..Pasal burger nie,unik jgk la..bagi aku,gelaran yg sesuai ialah kebab..tapi org tue kan..aku bg chance laa..xnak gaduh2..nnti die retired ker aper ker,aku jgk yg sush cri org len.menangis la budak depan blik aku kalu xder Raju..Anak kesyngn die yg terbaru(hadri shamsudin) lagi dsyt..Raju snggup masak burger ayam..Masal lauk laen sebb Hadri x mkn daging(poyo jer n sajer nk trik perhatian Raju)..Yng ni pun Sabah trus blah dri rumah n blik td bawak makann sendri..ahahahah...

Aku semngt sket ..Pgi bute lgi dah pg library.Mkhluk berwarna oren sruh aku smbung tidow tp malaikiat mner ntah sruh aku study..Jadi,pergila aku bertapa di library samapi kul 3 ptg..

Lepas asar,Raju tekun memask.Die buat 2 burger@kebab setiap sorang.Ade 14 org so 28 laa total semua..Mcm biase,die sruh aku kire kalu mkn kat luar ngn kos die wat..Ni la aktiviti aku..jadi tukng kire n tukang dengr bebelan ayah Sabah tentng harga2 brng masakan..

"u calculating making.1 beef,153rupee.bread 15 each..me buying 6 so total what"
"90 boss"
"u going outside eating total how much"
"45 each burger.2 means 90.expensive BOSS"
"hihihihihi(gelak nie korang kena tngok sndri bru bleh imagine)..tum bolo kyarr karengan.."

Mule la die mengrut smbil gelak2..Besanya aku layan jer dengn sebut name movie hindustan yg aku ingt..

"kya karengga boss..Mujhe dosti.kaho na pyar hei..kuch2 hota hei..Ap nam kyar heiii"

Reaksi Raju??die kan geleng2 kepale..hahahaha..

Sedang Raju bising2 kat dapur,aku terpikir satu idea..Aku masuk blik amik buku dan mintak die ajar hindi

"boss.i want to learn hindi"
"what"
"me hindi learning.U teaching.."(baru die paham)
"hihihihihihi"die gelak dengn keji..Org tue ni maen2 plak..Kalu tuan rumah,dah lame kena lempang..

Punye la seyes muke aku.die senyap jap sambil buat bodo..

Aku aper lgi.Pluang keemasan!!

"bos,one in hindi what?"
"ek(egg)"aku tulis mengikut aper yg die sebut..
"2 boss?"
"do"
"3 boss?"
"thin"
.......sampaila no 20...

"u why learning hindi??"
"me want to watching 3 idiots"jawabku

"boss,sunday what in hindi?"
"hahahahah(nada keji jgk)..banoora"
Sampai hari selasa..
"tuesday?"
"Mangalore"
aik..mangalore tu name tempat..Sah.die sajer jer ngn aku..tengok aku mcm cacing kepanasan.. die ckap
"bangalore.hahahha"sambil tengh goreng roti..aku layan jer la gelak..hormat org tue kan..
"xcerly,manglora,"die sedar kot betape seyesnyer aku berdiri sebelh die nk blaja hindi..
sah aku kena tdi..

x lame lepas tu,sabah dtng dengn membawa brng2 yg ntah dari mne die dapt.

"goodda"

Raju x layan die..anak kesyngn kan dah berubh skunk..kalu dlu die di rangking first..skrng di blakang Hadri..Kecewa,die masuk blik n trus kunci(harap Raju dtng pjuk n pluk2 kot)..hahaha..

Aku plak??
aku masuk blik n kunci pintu.trus bukak laptop
n klik blog aku..
Lalu,tercipta la karya ini..


ni la Sabah...


Sedikit aku nk berkongsi aper yg blaja tdi..
Blog ini seharusnya mmberi manfaat dan ilmu..

1-ek(egg) 11-geera
2-dho 12-baraa
3-thin 13-teera
4-caa 14-chauda
5-punch 15-pandhera
6-chee 16-soora
7-sart 17-satra'
8-artt 18-atra'
9-how 19-one east
10-dhus 20-beast

Sunday-banoora
Monday-somoar
Tuesday-manglora
Wednesday-budhora
Thursday-buruora
Friday-Sukrora
Saturday-Sanuora

Hari ini,petang ini aku dah ade kerje baru..nak blaja hindi dan Raju telah secare rasmi dilantik sebgai cikgu aku....At least,blik nnti bleh la aku mengumpat sesape yg aku nk dlm bhase hindi(niat dah x betul ni)..hahhaha..

p/s-hindi tu mengikut aper yg aku dengr dngn mendekatkn telinge aku serapt mungkin ngn Raju.Kalu die tipu ku..pempaham la korang pun kena tipu jgk..ahahaha..tpi.Raju nie aku percaye..x baik berburuk sangka dengn org...

Sekiann....













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...