Subscribe to RSS feeds

Wednesday, May 5, 2010

Isu Kewangan Islam

FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI

Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada 'foundation' yang kukuh.

Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.

"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, 'back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang 'orang awam'

" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.

" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.

" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya

" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"

" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?"

continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...