Subscribe to RSS feeds

Tuesday, November 30, 2010

Paru berdarah


Pagi,awal subuh banyak nikmat,penuh berkat.
Masa seakan lebih bermakna.
Aku menghargai dengan pergi ke Malpe.Pantai putih pasirnya,biru airnya.
Melarikan diri daripada sibuk Lagenda,pening dengan Paediatrik.
Hari ini,aku mengasah skill memasak,yang lama aku tinggalkan.
Resepi aku peroleh dari 2orang sifu.
Seorang tauke selekoh maut,Aza's corner.
Seorang rakan lama,bakal chef yang sekarang tekun belajar di Shah Alam.
Inilah hasilnya.

Tangan Wafiy,tekun melumurkan sotong dengan tepung rahsia ayahanda,Raju

Ikan hitam lantaran bercampur kicap.

Tidak masin walau berenang dalam lautan.Itulah beza,hati yang hidup dengan yang mati

Sotong,masterpiece Wafiy



Paru-paru berdarah

Darah dari paru-paru

p/s-Terima kasih kepada Aza dan Eppo..:P


Saturday, November 27, 2010

Bila Presiden main basketball


Aku seorang basketballerz

Lepas meeting,jumpe pengundi aku pamerkan skill.Yes,we can.

3 points??Piece of cake

Terbang tinggi,megah melompat


Aku bleh dunk

Blocking no problemo

Malangnya,langit tidak selalunya indah.
Hari ni,aku kena siku..ish2.

Friday, November 26, 2010

Boikot Israel:Apabila gereja mula bertindak,kita senyap tidak berganjak.






BAITULMAQDIS: Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis. Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembuh pemisah di wilayah Palestin itu.

Aktivis berpangkalan di Eropah pula memberi tekanan kepada syarikat terbabit dengan mendedahkan aktiviti mereka di Tebing Barat dan membuat piket di luar kedai yang menjual produk yang dikeluarkan oleh penempatan haram Yahudi.

Kesan ekonomi terhadap perkembangan baru itu masih kecil dan kumpulan Yahudi tidak bertindak balas serta universiti Amerika Syarikat juga masih enggan menurut serta tetapi publisiti negatif terhadap syarikat terbabit lambat laun akan menampakkan impak. Israel menuduh kempen berkenaan cuba mengharamkan negara Yahudi itu dan bertanya kenapa negara lain yang mempunyai rekod hak asasi yang buruk tidak juga disasarkan. Palestin pula berharap kempen tarik pelaburan dan boikot produk itu akan dapat mencapai apa yang tidak dapat dicapai melalui rundingan.

Bagaimanapun, kempen itu tidak ditujukan kepada seluruh Israel tetapi hanya terhadap syarikat yang melabur di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
“Ia bukanlah penarikan keluar pelaburan dari Israel tetapi daripada syarikat yang menyokong pendudukan haram di wilayah Palestin,” kata William Aldrich, ketua pasukan petugas penarikan pelaburan Persidangan Gereja United Methodist New England.

Penarikan pelaburan bertujuan membuat kenyataan moral, kata Aldrich. Kumpulan itu berkempen agar penganut gereja Methodist menjual saham dalam 29 syarikat asing dan Israel. Syarikat asing dan Israel yang beroperasi di tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat mendapat manfaat dalam bentuk tapak murah, insentif cukai dan gaji warga Palestin yang rendah. – AP


Thursday, November 25, 2010

Cakar langit gaya Dubai






Nakheel tower's height-1400m

p/s-Kena potong 2 Menara nie,pacak kat Malaysia satu.Jimat 5 bilion

Tuesday, November 23, 2010

ooo KUNAL!!

Yesterday,OPD Paediatric department

ME: Dr,why you choose to specialize in paediatric??
Dr Kunal: aaaaaa........

Today,Lecture Hall

Dr Kunal: What are different types of fever?
Me:aaaaaaa........

Sunday, November 21, 2010

Sesi pagi bersama Dato' Khaled,Menteri Pengajian Tinggi






Saturday, November 20, 2010

Peristiwa subuh hari


Lewat bangun.

Ayam jantan berkokok.Tepat pukul 6 pagi.

Aku bangun menunaikan solat subuh.Eni pula awal2 lagi telah mandi.

Pukul 5.45 tdi die bngun trus mandi.Excited la ni.Hari pertama pergi sekolah.

Aku senyum."Budak2.Nanti baru tahu sekolah itu macam mana."bisik dalam hati.

Awal lagi ini.Sekolah bermula pukul 7.45 pagi.Sekarang baru 6.10.Aku baring-baring kejap kat ruang tamu.Ditakdirkan,aku tertidur.

Jam hijau tergantung di dinding kayu tepat menunjukkan jam 7.

"Bangun2!!"Eni menjerit.

"Lewat doh nie.Eni keno gi skoloh awal.Hari ni hari mulo2."

Umi aku dah siap.Ayahku juga sudah berkemeja.Aku masih berbaju putih,tertera "LANGKAWI".

Syaitan berjaya memujuk aku menarik selimut.Kembali aku berkelubung.

"Bangun2!!".Ada sesuatu dipegangnya-kucing oren aku bernama Garfield.

Pantas die menarik selimut,meletakkan Garfield di depan mulut aku.Kucing mixed berwarna oren itu mengiau,nyaris mencakar muka aku.

"Puhhh,".Habis mulut aku penuh dengan bulu kucing.Terpaksa aku bangun.Garfield memandang muka aku,mata sayu seakan tahu dia telah mengkhianati tuannya.

Eni tersenyum.strategi die berjaya membangunkan aku dari tidur.

Aku mandi kerbau.Kerbau pun tidak mandi seperti aku.

7 minit dah siap.Ye la.Kejap lagi aku balik rumah jugak.Kalau tengok cerita P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok,diorang basuh mata waktu pagi buta.

Umi dan ayah aku bergerak masuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan,mengaum kedengaran.

"Amir hantar Eni pergi sekolah.Cepat sikit tu.Jalan depan sekolah Maahad biasanya sibuk."Umi sempat berpesan.Tingkap kereta dinaikkan.Kereta bergerak meluncur kehadapan.

"Dengar tu umi royak gapo.Cepat2."Eni menambah.

Aku turun,masuk ke dalam kereta Honda berwarna hitam.Punggung berlabuh di tempat duduk pemandu.Enjin sudah dipanaskan oleh ibuku awal2 lagi.Tugas aku bertambah ringan.Hanya suis perlu diputar,stereng harus dipusing sambil pedal minyak ditekan kaki kiri.

Matahari mula timbul,cahaya mula melimpahi alam.Kejora tiada lagi kelihatan.Burung terbang,berkicau riang.

Embun masih kelihatan.Basah membasahi rerumput dan daunan.

Kejap lagi akan hilang,disejat cahaya matahari.

"Masuk cepat Eni.Kita dah lewat."

"Amir la lewat.Eni bagun awal bla..bla..bla".

Sudah pandai menjawab adik aku.Umur 7 tahun dah pandai membebel.:P

Bismillahirrahmanirrahim.Kereta aku undur perlahan,selepas itu gear ditukar dari R kepada D.

Mula maju ke hadapan,mula masuk ke jalan utama.

Perjalanan bermula.

Benar kata ibuku.Jalan sesak.

Dah pkul 7.20,aku masih terlekat di depan Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki.

Adik aku mula risau.

"Mesti cikgu marah datang lewat.Hari ini hari 1st day."

Ibu aku menelefon

"Dah sampai?"

"Belum.dekat depan sekolah maahad lagi."

"Laa.Cepat2.Ambil line kiri.kesian kat Eni tu.Hari pertama dah lewat."

"Ok2."

10 minit,aku terlekat.Perlahan-lahan aturan kereta mula bergerak dan ada jalan keluar.

Tapi,ada 4 trafic light lagi terpaksa aku tempuh sebelum tiba di SK Zainab 1!!!

AKu memandang ke belakang.Eni dah tidur.Aman sedikit dunia.Itu la.Siapa suruh bangun awal.

Traffic light seakan berdendam.

Semua lampu berwarna merah.Kesudahan aku menghabiskan paling kurang 5 minit di setiap traffic light.

Aku mula resah.Jam tepat jam 7.40 pagi.Sudah pasti loceng sekolah telah dibunyikan.Aku masih terperangkap di traffic light yang last.

Polis berkawal.Mengawal lalu lintas agar lancar.Wisel ditiup tangan dilambai.Ada motor putih di tepi jalan.Kenderaan stereotaip bagi seorang polis trafik.

Polis melambai,menyuruh kereta dipanduku bergerak.Aku dengan cepat menekan pedal minyak.Kereta bergerak agak laju.Kesan inersia dirasai.

Adik aku terbangun

"Dah sampai sekolah ke?Pukul berapa nie?"

"Belum lagi.Tapi sekolah Eni dah nampak."Aku berhelah sambil menunjuk SM Zainab 1 yang gagah berdiri.

Sekolah rendah di belakang sekolah menengah.Sekitar 5 minit lagi perjalanan.

"Sekolah Eni belakang sekolah ini laa,"tegas Eni menjawab.

Alamak kantoi la pulak.

"Amir,pukul 7.50 dah.Lewat nie,"

"Tak apa.Budak2 pergi perhimpunan dulu.Jangan risau.Kalau susah2,abe Amir ikut Eni pergi perhimpunan,"

"Amir nak beratur ikut kelas Eni ko,"

"Ye la.Beratur depan sekali,nyanyi lagu Negaraku sama2,"

Adik aku bermasam muka.Lawak jadi hambar..

Aku tiba tepat 7.55 pagi.Semua budak sudah sampai.Berbaju putih,kain hitam.

"Amir,mana kelas eni,"

"Eni tak ingat ke?"

"Ni ke 1st day skolah.Mana la Eni tahu,"selambe balasan diberikan.

Aku menebalkan muka bertanya seorang cikgu perempuan.Manis berbaju kurung berwarna biru.

"Salam cikgu.Mana kelas 1B?"

"2nd floor,kelas mulo2.Kenapa lewat nie?"

"Ado hal sket cikgu.Terima kasih,"pendek aku membalas,meninggalkan guru muda itu terpinga-pinga.

Aku berjalan pantas membawa beg.Adik aku mengekori dari belakang.

Di kelas,semua kerusi dan meja telah ditanda.Senarai nama ditampal di luar ada 40 murid.Aku mengira kerusi,ada 39.

Sah tidak cukup.Satu kerusi dan meja kurang.

Adik aku mula bising2.

"Itu la.Suruh mari awal tak nak."

Aku dapat idea.Aku pergi ke kelas sebelah,ambil satu kerusi dan meja.Harap2 kerusi dan meja itu tiada penghuni.

Angkat sorang diri,letak kat kelas 1B.Nah,adik aku telah ada tempat untuk bertapa sambil menimba ilmu.

Perhimpunan telah bermula,aku menghantar adik aku kepada seorang pengawas.Dari usia,aku kira dia berumur darjah 5.

"Adik,tolong bawa Eni masuk barisan ek.Kelas 1B,"

"Baru sampai ker?"Berani budak tu bertanya soalan kepada aku.

"A'a.Ada hal sikit tadi.Cepat2 bawak die masuk barisan."

Dia memimpin tangan Eni,dan mereka terus lenyap dalam lautan kanak2.

Aku menelefon ibu.

"Alhamdulillah,Eni dah sampai di sekolah.Sekarang duk perhimpunan,"

"Pkul 8.10 baru sampai."

"Yup."Aku tersenyum sambil menjawab pertanyaan ibuku.

Peristiwa kedua,motif sama.

"Amir2.Cepat bangun.Dah lewat nie.Hari ini Eni bertugas.Kena menyapu kelas."

Alamak.

Aku tertidur lagi selepas solat.Sekarang sudah pukul 7 pagi.

"Kalau Eni datang awal pun,sekolah mula pkul 7.40 juga.Rileks2."

Drama sama berulang.Hanya hari berbeza.

Aku sampai lewat menghantar adik aku.

Kali ini sampai pkul 7.35 pagi.Awal sikit berbanding dulu.

Kali ini cabaran berbeza.Ada pengawas berjaga di pintu pagar..

Adik aku takut.

"Kakak pengawas dia ambil nama.Hantar kepada cikgu besar.Pastu cikgu besar rotan."Eni bercerita.Muka kelihatan pucat.

Aku terpaksa bertindak.Nama adik aku tidak mungkin tercatat dalam buku yang rapat digenggam di tangannya.

Aku berjalan dengan adik aku,menuju ke pagar.Sperti dijangka,adik aku ditahan.

"Nama adik apa?"soalan diaju pengawas.

Belum sempat Eni menjawab,aku lantas memainkan peranan,memotong perbualan.

"Pengawas.Saya datang awal tadi.Ada hal sikit sebab itu lewat."

Pada masa sama,aku menyuruh adik aku berjalan masuk.

Sedang aku bercakap,adik aku telah lepas,berjalan dengan cepat pergi ke kelas.

Tiba2 dia terserempak dengan seorang guru.Cikgu itu kelihatan bertanya soalan dan adik aku menjawab.

Kemudian adik aku terus berjalan.Muka cikgu itu kelihatan pelik,seakan memikirkan sesuatu.

Tengahari,aku datang membawa nasi bungkus,makan di kantin sekolah rendah.

Makcik kantin tersenyum,sudah kenal akan aku.Suasana hingar-bingar.Pelajar bertempiaran lari.Ada beberapa kawan adik aku mencuit bahu,duduk berbual dengan Eni.

Sungguh aku terkenang kenangan dulu berada di sekolah.Suasana ceria,budak2 yang tiada tanggungjawab besar di bahu mereka.

"Kenapa pagi tadi kena tahan dengan cikgu?"

"Cikgu tanya kenapa lewat."

"Pastu Eni jawab apa?"

"Eni bagitahu Eni ada hal.sebab itu datang lewat,"

Aku tersenyum,lucu dalam hati.Patutlah cikgu tu nampak pelik.

Apalah sangat hal seorang budak berumur 7 tahun sampai datang lewat ke sekolah.Sepatutnya soalan itu dituju kepada aku.

Apalah sangat hal seorang yang leka berada di rumah sehingga gagal menghantar adik awal ke sekolah.Itu soalan sepatutnya.

Impak peristiwa.

Peristiwa itu memberi impak cukup besar dalam diri aku.

Benar,kanak2 ibarat kain putih,ibu bapa yang mencorakkan.Adakah ini menafikan peranan abang dan kakak?

Tidak sama sekali.

Jika ibu bapa mencorakkan,adik beradiklah yang mewarnakan kain itu.Agar,corak yang dilakar kelihatan cantik,mengikut acuan yang tersedia.

Jika ibu bapa mewarna,adik beradiklah yang membancuh warna agar kelihatan sekata penuh rasa.

Sokongan.Itu peranan paling tepat yang dapat diberikan kepada adik2 kita.

Ingat,kanak2 selalu gagal mengikut arahan,tetapi mereka tidak pernah gagal mengikut perbuatan,tingkahlaku yang ada dihadapan mereka.

Aku mengambil masa,berborak dengan Eni menjelaskan peri pentingnya menepati masa.Memohon maaf,merendahkan ego dengan mengakui kesilapan menghantarnya lewat ke sekolah.Sebagai abang,tidak sepatutnya adik aku lewat samapi ke sekolah.

Ibu aku sentiasa awal menghantar aku ke sekolah.Aku patut belajar dari beliau.

Aku berjanji tidak akan lagi menghantarnya lewat ke sekolah lagi.

Janji perlu ada komitmen.Perlu tindakan agar tidak kosong dan sia-sia.Punca masalah harus digali serta dikaji.

Kesimpulan:JANGAN TIDUR@TERLENA SELEPAS SUBUH!

Itu masalah utama,dan alhamdulillah aku berjaya mengatasinya.

Sekarang sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu,dan Eni masih ingat dengan jelas.Hari pertama persekolahan dah datang lewat.:P

Tidak mengapa,kesalahan tidak perlu dilupakan,sebaliknya jangan ulangi.Tiada dosa dicatat kalau mengingati kesilapan.

Moga ini memberi pengalaman berharga kepada kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Thursday, November 18, 2010

OMG!!

2010 Asian Games Quarterfinal
Uzbekistan vs Qatar


Monday, November 15, 2010

Rahsia nasi.


O nasi..

Bagitau kitorang ape rahsia kau;macam mane kamu dapat rapat bersama semua orang.

Satu masa,bergaul dengan kari kambing.

Kemudian rapat pula dengan kerabu dan budu.

Tiada bergaduh,kari dan budu sedia berpoligami berkongsi nasi.

Setiap pagi,tidak pernah miss dating dengan sambal nasi lemak dan telur mata kerbau.

Malam2,maple tauke kedai mamak pulak menghumban kau ke kuali panas.

Kamu digoreng dan dinikmati semua orang.

Kuey teow dan bihun cemburu dengan kamu,cuba bersengketa.

Namun engkau tetap menjadi pujaan di hati.

Setiap perayaan,kamu sentiasa menceriakan suasana.

Rumah terbuka,engkau penyebab utama mereka datang.

Raya Haji dan Aidilfitri,kamu ajak kawan2 kami datang menikmati ketupat,rendang serta kuah kacang.

Ketupat satu variasi,mempunyai genetik sama dengan engkau.

Deepavali,engkau berwarna-warni disusun di lantai,menghasilkan aneka corak.

Chinese New Year eve,you help to bring home family from far and wide.

Untuk Gawai dan Tadau Kaamatan,engkau diraikan Dayak dan Kadazan di Sabah dan Sarawak.

Mungkin,rahsianya engkau tidak memilih,sentiasa berlapang dada.

Walau kami guna tangan,chopstick,sudu atau garfu,

Engkau sentiasa gembira berkongsi makanan dengan kami.

Hari ini,kami duduk bersama meraikan Hari Raya Aidiladha.

Kau tetap menjadi tumpuan,perhiasan utama di atas meja makan.

Selamat menjamu selera dengan NASI,

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua Muslim di dunia.

Saturday, November 13, 2010

Empathy


A boy went to the pet store to buy a puppy.

4 puppies were sitting together, priced at $50 each.

Then there were one sitting alone in a corner.

The boy asked if that was for sale, and why it was sitting alone.

The store owner replied that it was from the same litter and that it was a deformed one, and not for sale.

The boy asked what the deformity was.The store owner was replied that the puppy was born without a hip socket and had one leg missing.

The boy asked, "What will you do with this one?"

The reply was it would be put to sleep.

The boy asked if he could play with the puppy. The owner said, "Sure."

The boy picked the puppy up and the puppy licked him on the ear. Instantly the boy decided that was the puppy he wanted to buy.

The stall owner said "That is not for sale!"The boy insisted.

The store owner agreed.

The boy pulled out $2 from his pocket and ran to get $48 from his mother.

As he reached the door the store owner shouted after him, "I don't understand why you would pay full money for this one when you could buy a good one for the same price."

The boy didn't say a word. He just lifted his left trouser leg and he was wearing a brace.

The pet owner said, "I understand. Go ahead, take this one."

This is empathy.

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah

Eni

"Ooo.boleh2!!" SMS tone aku berbunyi.Suara Upin.

Aku mencapai telefon.Membaca SMS yang baru diterima.

"Eni dapat 5A,dapt no 5."

"Alhamdulillah.Congratez2."Aku membalas.

Sekali lagi,bunyi SMS kedengaran.

"Any gift for me?"

Aku tersenyum seorang diri di dalam bilik.

"Wait for me to come back home next year. I owe u a special gift."Jari menekan butang SEND.

"Thank you."Pendek jawapan dibalas.

Zaki

Lagu World Cup,berbunyi.Sah ringtone handphone aku.

Tertera nama,ZAKI abangku.

"Assalamualaikum."Aku memula bicara.

"Waalaikummussalam.Duk wat gapo?Zaki ada good news ni,"

"Good news?Gapo tu?"

"Zaki dapat interview kejo kat UMW.Next week interview hari Isnin."

"Alhamdulillah.Tapi bukan baru jah ko kerjo kat RICOH?"

"Ho.Baru jah beberapo minggu.Tibo2 dapat panggilan interview dari UMW.Doa bnyok la ek ko Zaki.Mano tau ado rezeki."

"InsyaAllah.Zaki pun keno la doa.Mitok2 dapat.Kalu dapat kejo mno?"

"Tu tak sure lagi.Tapi dio kato Zaki keno prepare la pergi training samada US atau Singapore."

"Jauh tu.Breh2.Gi la.Nanti boleh Amir,Umi dan Eni mari melawat US.Hahahaha."

"InsyaAllah."
style="font-size:12pt; text-decoration:underline">Berita gembira

Dua berita gembira aku terima dalam minggu ini.

Dan berita ini aku ingin kongsi dengn rakan2 sekalian.

Adikku,Ainin Sofea dapat A dalam BM.Penulisan dan Pemahaman untuk Peperiksaan Akhir tahun darjah 5.

Pertama kali dapat A dalam kedua-dua subjek sepanjang tahun ini.

Teringat aku ketika Peperiksaan pertengahan tahun,ketika bercakap dalam telefon.

"BM tok tau lagi.Cikgu royak 2 ore jah dapat B.Eni takut Eni dapat B,"

"2 ore jah?"

Memang kelas adik aku terbaik di sekolah.Jadi tidak hairan hanya 2 orang gagal mendapat A.

"InsyaAllah,doa banyok."Aku menenangkan hatinya.

Dan adik aku salah seorang antara 2 orang itu;GAGAL MENDAPAT A.

Namun,Eni tiada kenal erti putus asa.Mungkin ini ganjaran atas usahamu secara berterusan.

Tidak penting sedalam mana anda jatuh,yang penting setinggi mana anda bangkit kembali.

Sebagai abang,sungguh aku bangga denganmu.

Abang aku baru sahaja mendaftarkan diri,bekerja di RICOH berbekalkan Degree dalam Mechanical. Engineering dari UKM.

Kini menerima peluang untuk bekerja dengn UMW.Mungkin masa sudah tiba untuk kamu pula terbang mencapai cita-cita mu. Allah sebaik-baik perancang.

Sebagai adik,sungguh aku berasa bangga denganmu.

Aku kini di tahun 3,bidang perubatan.

Aku tidak akan sia-siakan segala peluang,menjadi kebanggaa juga buat keluarga.

Pengalaman guru terbaik

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah:286).

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya." (Al-Balad: 4)

"dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya"(Fussilat: 46)

Zaman kecil dahulu,terlalu banyak dugaan kita tempuh bersama.Pengalaman yang nyata berbeza berbanding rakan2 sebaya kita.

Umi,sebagai ibu juga aku berbangga mempunyai mu.Tanpamu,siapalah aku hari ini.

Pengalaman lalu,tiada kata mampu bercerita,tiada pena mampu menulis.Biarlah ia tersimpan rapi dalam memori ingatan kita bersama.

Namun,izinkan aku bongkar,kepada anak2,kepada isteri aku kelak agar mereka mengerti erti sebenar kehidupan.Agar mereka memahami perjuangan kita sekeluarga dahulu.

Mungkin awan mendung mula bergerak meninggalkan kita.Meninggalkan matahari agar bebas bercahaya menerangi.

Dugaan yang nyata mematangkan diri.Menjadikan aku berdiri sendiri di bumi India.Menjadikan aku cukup redha dengan ketentuan Illahi.Menjadikan diri aku cukup menghargai kalian semua.

"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)" (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan 'siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya'sebagai 'siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya'.

Wallahualam.

p/s-Aku masih menanti sebuah jawapan.Harap ia membawa kegembiraaan.Aku tiada harta,hanya pengalaman yang ada.Moga Allah memberi petunjuk,membuka hatinya.Amin.

Tuesday, November 9, 2010

Game of the century


Game of the century

[Event "New York Rosenwald"]

[Site "New York"]

[Date "1956.10.07"]

[White "Byrne,Donald"]

[Black "Fischer,Robert James"]

[Result "0-1"]

[Eco "D97"]


1.Nf3 Nf6 2.c4 g6 3.Nc3 Bg7 4.d4 0-0 5.Bf4 d5 6.Qb3 dxc4 7.Qxc4 c6 8.e4 Nbd7

9.Rd1 Nb6 10.Qc5 Bg4 11.Bg5 Na4 12.Qa3 Nxc3 13.bxc3 Nxe4 14.Bxe7 Qb6 15.Bc4 Nxc3 16.Bc5 Rfe8+

17.Kf1 Be6 18.Bxb6 Bxc4+ 19.Kg1 Ne2+ 20.Kf1 Nxd4+ 21.Kg1 Ne2+ 22.Kf1 Nc3+ 23.Kg1 axb6 24.Qb4 Ra4

25.Qxb6 Nxd1 26.h3 Rxa2 27.Kh2 Nxf2 28.Re1 Rxe1 29.Qd8+ Bf8 30.Nxe1 Bd5 31.Nf3 Ne4 32.Qb8 b5

33.h4 h5 34.Ne5 Kg7 35.Kg1 Bc5+ 36.Kf1 Ng3+ 37.Ke1 Bb4+ 38.Kd1 Bb3+ 39.Kc1 Ne2+ 40.Kb1 Nc3+

41.Kc1 Rc2+ 0-1


Petak hitam berpetak putih.64 jumlah semuanya.16 askar,8 sebelah.Diperintah raja,dibantu permaisuri di samping menteri2 yang setia.

Hamka berkata,

"Apalah gunanya pena emas bagi orang yang tidak pandai menulis?"

"Apalah harga Quran bagi seorang atheis?"

"Apalah harga intan bagi orang gila?"

Aku pula berkata,

"Apalah erti abjad dan angka di atas bagi seorang bukan ahli catur?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...