Subscribe to RSS feeds

Wednesday, January 19, 2011

Internal motivation

There was a young boy who came regularly to soccer practice but never make it to the starting team. While he was practicing, his father would sit at the far end of the field, waiting for him. The matches began and for 4 days, the boy didn't show up for practice or quarter or semi-finals. Suddenly, he appeared for the final game, went to the coach and said,

"Coach, you have always kept me in the reserves and never let me play in the games. But today, please let me play."

The coach said," Son, I'm sorry, I can't let you play. There are better players than you and besides,it is the finals; the reputation of school is at stake and I cannot take a chance on you."

The boy pleaded,"Coach, I promise I will not let you down. I beg you. Please let me play."

The coach had never seen the boy plead like this before.

He said," Okay son, go play. But remember, I'm going against my better judgement and the reputation of school is at stake. Don't let me down."

The game started and the boy played like a house on fire. Every time he got the ball, he shot a goal. Needless to say, he was the star of the game. His team had a spectacular win.

When the game finished, the coach went up to him and said, "Son, how could I have been so wrong? I have never seen you playing like this before. What happened? How did you play so well?

The boy replied, "Coach, my father is watching me today."

The coach turned around and looked at the place where the boy's father used to sit. There was no one there.

He said, "Son, your father used to sit there when you came for practice, but I don't see anyone there today.

The boy replied, "Coach, there is something I never told you. My father was blind. Just 4 days ago, he died. Today is the first day he is watching me from above."

Thursday, January 6, 2011

3 jenis kesakitan.



3 jenis kesakitan,hanya wanita yang dapat tanggung.

Apakah ketiga-tiga itu?

1)Sakit bersalin.

2)Sakit semasa episiotomy(dinding vagina dipotong untuk meluaskan bukaan supaya senang bayi keluar)

3)Sakit jahitan episiotomy.

Info ini aku dapat daripada Prof.Vaniramkumar.Otai dalam OBG(dikenali sebagai ONG di Malaysia)

Mungkin ramai tidak setuju.Mungkin ramai yang bersetuju.Terpulanglah.

Kenapa?

Mudah sahaja.Aku dah melihat proses kelahiran semulajadi.

Aku juga telah menyaksikan caesarean section(c-sec).

Sakit bersalin

Muka ibu itu,bayi pertama dalam kandungan,bertarung seolah-olah esok sudah tiada.

Muka merah,kepala terangkat.Kaki dan tangan kejang.

HUjung dalam lubang vagina,proses crowning sedang berlaku.Kepala bayi telah kelihatan.

Sebagai doktor aku hanya belajar,tiada dapat memahami kesakitan itu.

Berapa lama kesakitan ditanggung? 6jam.

Bertanya kepada diri,adakah mampu aku menahan kesakitan sebegitu?.Sakit bukan sebarang sakit.

Bayangkan usus semua berdenyut.Sekejap tegang,beberapa lama kemudian mengendur.Ditarik-tarik dari semua arah.

Proses contraction berlaku sepanjang masa.

Bertanya kepada diri,adakah mampu aku menahan kesakitan sebegitu?MUSTAHIL.Tidak sama sekali.

Ibu,sungguh aku hormati pengorbananmu.

Episiotomy

Local anaesthesia memang disuntik.Midlateral biasa dipilih kerana takut koyakan akan memanjang sehingga ke anal canal.

Kalau koyak sehingga anal canal,kesannya,ibu itu akan sukar mengawal pembuangan air besar.Tahi mungkin keluar tanpa disedari.

Bilah gunting dibuka,dipotong dinding vagina.Darah pekat mengalir pantas.Ibu seakan tiada perasaan.Muka tenang.

Sekarang aku bertanya kepada semua.

Andai kata aku memotong telinga kalian.Adakah kalian akan menghalang,mengelak atau membiarkan?

Paling kurang,satu dua 'pelempang' hinggap di muka aku.Hadiah atas tindakan bodoh cuba menggunting telinga kalian.

Tetapi,bagi seorang ibu.Mereka membiarkan sahaja dinding vagina dipotong.Tanpa sebarang bantahan dan halangan.

Malah mereka menolong dengan duduk diam,memudahkan tangan2 doktor merobek semuanya.

Kerana tahu,ada zuriat dalam perut.Yang perlu hidup melihat dunia luar.

Tiba2 bayi keluar.Sihat,penuh dengan bendalir amnion.Tangisan kedengaran.

Aku perasan,satu senyuman terukir di bibir ibu.

Pasti semua kesakitan hilang melayang.Lenyap ditelan tangisan bayi.

Alhamdulillah.Segala puji hanya bagi Allah s.w.t.

Jahitan episiotomy

Ibu,lahirnya bayi bukan bermakna tugas aku sebagai doktor selesai.Aku harus bertanggunggjawab atas setiap kerosakan aku lakukan.

Dinding yang dipotong,harus dibaiki.Cantumkan dengan jahitan.Supaya ibu kembali normal menunaikan kewajipan sebagai isteri kepada suami.

Maafkan aku ibu.Kerana sekali lagi terpaksa menyakitimu.

Tapi aku tahu,ibu berhati waja,bertulang besi.

Walau local anaesthesia telah hilang kesannya.Ibu sanggup sekali lagi menahan kesakitan.Tapi kali ini tanpa kesan ubat bius yang kuat.

Andai aku ditoreh lengan dengan pisau.Kemudian,datang ke hospital,doktor bertugas terus menjahit tanpa ubat bius..

Nescaya akan aku menjerit kesakitan.Tiada mampu menahan keperitan itu.

Keajaiban aku lihat.

Ibu tidak bersuara.

Izin aku bertanya.

Tidak sakitkah ibu dengan setiap tusukan jarum itu?Tidak pedihkah ibu apabila kami menarik benang,agar luka rapat?

Ketahuilah ibu.Jarum itu amat tajam.Aku tusuk dengan kekuatan.Tembus sehingga ke seberang.

Akui tarik benang dengan kuat.Agar luka semakin rapat.Mempercepatkan proses penyembuhan.

Sekali lagi ibu tenang.

Tenang satu kurniaan yang hebat.Hanya seorang wanita,seorang ibu yang dapat.

Tahniah ibu.Sungguh aku kagum denganmu.

Perkongsian

Pada suatu hari sedang Nabi Muhammad berada dalam satu majlis bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salamah.

Setelah duduk dan meminta maaf, beliau dengan hormatnya memulakan pertanyaan:

Ya Rasulullah! Apakah aku masih dapat berbuat baik terhadap kedua ibu bapaku yang telah meninggal?

Sewaktu hayat keduanya, aku telah berbuat baik kepadanya sedaya upaya yang mungkin. Aku rasa aku telah melakukan perbuatan yang sepatutnya kepada keduanya.

Ini pun sudah menjadi kebaikan bagi mereka. Semoga selalulah Allah kurniakan rahmat ke atas keduanya.

Sahabat-sahabat yang hadir terdiam mendengar pertanyaan lelaki itu dan mereka ingin mengetahui bagaimana caranya berbuat baik dan menghormati ibu bapa yang sudah meninggal.

Lantas Nabi menjawab:

Ya! Kamu dapat berbuat baik terhadap kedua-duanya iaitu dengan mengerjakan solat (sembahyang) terhadap keduanya di samping meminta ampun kepada Tuhan;

melaksanakan wasiat sesudah mereka meninggal dan selalu bersilaturrahim dengan orang-orang yang dilakukannya dahulu dan memuliakan teman-teman keduanya.*

Lelaki yang bertanya itu berterima kasih di atas penjelasan Nabi dan kembali ke rumahnya dengan gembira dan akan terus menghormati serta berbuat baik terhadap orang tuanya yang telah berpulang ke rahmatullah.


Dari kisah di atas, dapatlah dikatakan ibu bapa wajib dihormati, ditaati dan berbuat baik sejak mereka masih hidup hinggalah mereka bersemadi dikuburan.

Sepotong hadis diriwayatkan Imam Muslim bermaksud:

Apabila mati seseorang manusia maka putuslah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanafaat yang ditinggalkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.*

Di antara doa yang boleh kita gunakan untuk mendoakan ibu bapa kita ialah:

l) Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan ibu bapaku dan rahmatilah serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi aku di masa kecil. (Surah Al Israk: Ayat 25)

2) Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat). (Surah Ibrahim: Ayat 41)

Tuhan tetap memberkati hidup dan kehidupan orang yang menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada ayah dan ibunya dan janganlah kita lupa mendoakannya.

Dalam hal ini Nabi perlu bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa membuat sukahati ibu bapanya maka sesungguhnya ia telah menyukakan Allah. Dan barang siapa yang membuatkan ibu bapanya marah maka sesungguhnya ia telah membuat Allah murka.* (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud:

Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa. (Hadis Riwayat: Imam Termizi)



SATU SOALAN:LAYAKKAH KITA DERHAKA KEPADA IBU????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...