Subscribe to RSS feeds
Showing posts with label Manipal. Show all posts
Showing posts with label Manipal. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

Usai pagi


Usai pagi menjelang,hidup diteruskan.Alhamdulillah atas sisa nyawa kurniaan dalam badan.

Tahun ke-3 sebagai pelajar bidang perubatan.Kehidupan seakan berubah.Daripada buku menjadi rujukan sebelumnya,sekarang hospital menjdi mainan.

Rutin nyata berubah.Kelas hanya sejam,selainnya habis di hospital.

Tahun ke-3, hari ke-3 bidang psikiatrik.

Seks

Suasana di bank tenang.Seorang pakcik lingkungan 70-an,beruban di kepala bergegas,melangkah cepat masuk lantas menuju arah tempat simpanan borang.Satu borang diambil tertera slip pengeluaran wang.

Sebatang pen biru,tadi tersemat dalam poket baju,penutup dibuka,tangan lantas berayun,pen menari atas kertas menulis huruf dan angka dalam kotak2 yang disediakan.

Setiap kotak di isi,pertanyaan dijawab.Penuh keyakinan.

Akan tetapi,satu kotak beserta persoalan gagal diisi,sangat merungsingkan pakcik tua itu.

"Haish.Soalan macm ini pun kena jawab ke?"

"Aku nak keluarkan duit je.Tidak lebih dari itu,"

"Apa aku nk tulis ni.Perlu ke aku jujur?"

Bermacam pertanyaan singgah di benak fikiran.

"Isi jer laa.Apa nak malu.Benda lumrah.Lagipun aku kena jujur.Nanti tak dapat duit,"akhirnya keputusan dapat dicapai.

"No 135,kaunter 3!",nyaring sekali mesin berkomputer menjerit angka itu.

Pakcik tua,sedar akan nombor itulah yg di nanti selama ini mara ke hadapan menuju kaunter 3.

Slip bertukar tangan..Petugas kaunter tersipu2,merah menjalar ke muka.

"Pakcik,SEX INI JANTINA. Lelaki atau perempuan.Tak perlu tulis 3 kali seminggu.Tak ada orang hendak tahu benda tu,"terang pegawai bank.

"La.Patut pun.Sorry2.Maklumlah.Pakcik dah tua,"kata pak cik itu.Muka berkedut,mula kemerahan menahan malu yang teramat sangat.

Berderai ketawa para hadirin.

Serba sedikit cerita dikutip semasa JASSI 10,Mangalore.Bersahaja Ustaz Dr Jamlun Azhar bercerita.Nampak bodoh,lucah tapi itulah hakikat yang bakal dihadapi seorang doktor.

Seorang doktor,harus berhati-hati apabila berhadapan dengan seorang tua.DI samping rasa hormat haruslah tinggi,arahan mestilah jelas agar tiada salah faham berlaku.

"Ubat ini makan 3 kali sehari,bukan 3 hari sekali,"

"Ni antibiotik.2 kali sehari mak cik.Habiskan ubat ini.Jangan bagi anak makcik makan,"

Wajib jelas dan terang arahan yang diberikan.

Larangan bersetubuh semasa haid

OBG bidang khas untuk kaum wanita.Bercerita tiada yang lain selain perihal penyakit kaum hawa.Betapa istimewanya seorang wanita.Syurga di telapak kaki,kebajikan terjaga,bidang perubatan ada yang khusus untuk mereka.

Pensyarah masuk,tepat jam 8.Seorang wanita tua dengan gelaran professor.Ilmu penuh di dada,pengalaman melimpah tampak di muka.

Female genital anatomy menjadi topic perbincangan.

Aku leka menyalin slide sambil otak ligat memahami.

Sehinggalah dia bercerita tentang vagina.

Vagina is acidic in nature due to Doderlin's bacilli. These bacilli convert glycogen to lactic acid thus prevent growth of other microorganism.

But, during menstruation, the mixture with blood increases the pH. Vagina is no longer acidic. So, opportunistic fungus such as Candida albicans tends to grow and produce infection

That's why; we need to avoid intercourse during menstruation.

Subhanallah!Aku terkejut.Selama ini,aku hanya bulat2 menerima sahaja kenapa Islam mengatakan bahaya mendatangi perempuan ketika haid.

Penjelasan ilmiah yang aku terima hari ini,jelas menjadi bukti saintifik larangan itu.Jangkitan mudah berlaku semasa haid kerana pH sekitar vagina menigkat menjadi alkali.Sebarang persetubuhan akan meningkatkan risiko STD(sexual transmitted disease).Akhirnya keluarga porak peranda,suami isteri menderita.Benar sekali larangan itu ditujukan kepada umat manusia.

Allah berfirman:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)

Esok perjuangan bakal bersambung.Semakin dalam ilmu aku gali,semakin dekat dan yakin aku terhadap Islam.InsyaAllah.

Sekian.wassalam

Monday, October 4, 2010

Lagi gila dari orang gila untuk jaga orang gila.Secebis pengalaman posting di wad psikiatrik.

Kenangan pertama amat manis.Tidak terlupa seseorang manusia akan pengalaman pertama.

Jelingan pertama,pandangan pertama,debaran pertama dan semestinya cinta pertama..

Pabila disoal tentang yang kedua,ramai terlupa..

"Who is the 1st astronaut to land on the moon?"

"Neil Armstrong"

"Who is the 2nd?"

"Aaaaaaaa+

Antara scene menarik dalam 3 idiots.Prof virus bertanya pelajar.Ternyata,hanya yang pertama bakal kukuh dalam ingatan.

Dan hari ini,kali pertama posting di hospital.

Destinasi pertama-Hospital Uduppi bidang psychiatry.

Pelajaran pertama-sejarah psikiatrik

Pensyarah pertama -Dr Rajesh

CR pertama-Vanessa

Sejarah

Aku tertarik dengan lipatan sejarah.Sejarah mengajar banyak perkara dan manusia sentiasa lupa.Apabila lupa,kita cenderung mengulangi.

Apa yang diulang,kebanyakan hanyalah kegagalan..Tiada yang ulang kejayaan.Kenapa??

Mungkin ideologi manusia suka mencipta kejayaan lain terus membumi dalam pemiikiran.Seolah-olah satu dosa sekiranya mengulangi kejayaan yang sama.

Falsafah jangan ulangi kesilapan sama,tiada dalam hati jiwa nurani.

Peristiwa anatara yang masyhur,berlaku semasa Napoeleon Bonaparte.Seorang maharaja Perancis,juga seorang pakar strategi.

Dengan angkatan tentera yg besar beliau bergerak untuk menawan Rusia, berperang semasa musim salju.Percaturan gagal kerana askar Rusia sangat terlatih dalam peperangan ssemasa musim salji berbanding askar Perancis.

Beberapa lama kemudian,musim berganti,pemerintahan Hitler muncul.

Seklai lagi,masa dingin salju menyengat,beliau memimpin tetntera dalam misi yang sama,menawan Rusia.

Masa diambil tepat pertengahan musim salju.Keputusan tetap sama-kalah.Tentera Hitler ditewaskan.

Itu contoh mausia yang berjaya tetapi masih gagal belajar dari kesalahan.

Sejarah psikiatrik

Abad 4 –Hippocrates menyatakan kelakuan tidak normal punca sakit mental.

Abad 8-Hospital sakit mental pertama dibina dalam tamadun islam di Baghdad.

Abad 10-Ar-Razi memperkenalkan rawatan pertama untuk pesakit mental

Abad 11-Ibnu Sina memperkenalkan physiological psychology dalam rawatan pesakit mental yang menjadi asas kepada Carl Jung mencipta Word Association Test pada abad ke-19.

Abad 13-Hospital pertama di bina di Eropah (Bethlem Royal Hospital di London)

1758- William Battie menulis Treatise on Madness

1788-Raja England,George III disahkan mempunyai masalah mental

1792-Phillipe Pinel memperkenalkan kaedah baru. humane treatment atau sokongan moral.Sebelum ini,pesakit menatal disisihkan atau dibakar hidup2 semasa Middle age.

1834-Anna Marsh membina hospital mental swasta di Amerika

Abad 20-  Emil Kraepelin memperkenalkan psychoanalytic theory.Teori ini mengumpulkan setiap penyakit mental mengikut kasifikasi tertentu.Bidang2 seperti Psychopharmacology juga semakin pesat membangun.

Wad D4

Tepat 2.25,bakal2 dr dari group F1 dan F2 berjalan masuk.Melangkah dengan segak masuk ke wad D4.

Wad ape D4??Wad orang gila..Kena la segak juga.

Seorang tua pernah berkata kepada aku.

"Pakcik dulu kerja kat Tanjung,"

"Tanjung mana pakcik?"

"Tanjing Rambutan.Hospital Bahagia ..10 tahun kat sana,pakcik rileks jer.Rahsianya,kau kena jadi lagi gila dari orang gila untuk jaga orang gila."

"Lagi gila dari orang gila untuk jaga orang gila!!"

Pening memikirkan ketika detik itu.Mungkin falsafah ini boleh aku aplikasi sepanjang 3 minggu posting kat wad psikiatrik nanti.

Suasana wad tenang.Pesakit terlantar di katil.Sekumpulan orang tengah bermain karom dengn khusyuk.

"Orang gila pun pandai main karom ker?"aku bertanya.

"Itu orang yg jaga orang gila,"jawab rakan yang dari tadi menyepi.

Pensyarah melangkah masuk,duduk di kerusi dihadapan pelajar sekalian.Muka pelajar,sedkit keletihan tapi api di dada terus membakar.

Serba sedikit pengalamn posting pertama di wad psikiatrik.

Sekian

Tuesday, March 23, 2010

Spiderman macho di India



Seorang pemuda dari Selatan Karnataka, India ini telah berjaya membuka mata dunia.
Jyothi Raj..

Ya, itulah namanya..

Tengok dekat sket,hensem jugak spderman nie..Ala2 Shah Rukh Khan.

Pekerja tapak bina ni kata dia belajar memanjat dengan melihat cara monyet memanjat dan bergayut.

Lepas tu, dia berlatih plak dengan memanjat perancah2(('scaffolding') di tapak pembinaan, tempat dia bekerja.

Jom kita layan aksi berani mati Jyothi Raj ni.

Don't try this at home.

Setiap Ahad, Jyothi akan buat free show
kepada org ramai dengan memanjat Tembok Chitradurga dan dinding2 lain yg berada di sekitar.

Warga Manipal,jom ramai2 buat trip pergi tengok mamat nie..

Sunday, March 21, 2010

Seruling ular

Semasa dalam perjalanan ke Amber Fort, terdapat gelagat 2 orang pakcik yang mencurigakan di tepi jalan.
Sabah meminta Mr Harith memarkirkan traveller tempo di tepi jalan untuk menyaksikan apa yang dilakukan oleh mereka.
Rupa2,mereka bermain ular dengan seruling!!


Semua kaget dan teruja.
Namun ini satu peluang keemasan yang jarang diperoleh.
Semua menunjukkan minat yang tinggi.

Sabah menunjukkan bakat bermain rekorder

Aku mula berminat dan berlari anak
Ketika ini,ular sebelum di'cekik' Athirah Balqis

Giliran ular menari mendengar melodi indah dariku

Aksi berani mati.
Sabah mencium ular

Selepas pelbagai aksi ditunjukkan,ular itu mengalami perubahan mendadak.
Ular terus 'mati'..
Pakcik itu bermain seruling dengan irama yang sepatutnya.
Tetapi,ular itu terus lesu..
Semua diam membisu.
Apa lagi,kitorang semua terus cabut lari!!!

Ular selepas itu...




Thursday, March 18, 2010

Kembali sujud di bumi Manipal.

"Bangun2.Dah sampai Uduppi,"suara garau Syahmi mengejutkan aku dari dengkuran tidur.
Semalam perjalanan dari Goa ke Uduppi.
Sleeper seat yang aku ambil berjaya menjadikan masa berlari sangat kencang.
Aku tidur lena sepanjang perjalanan.
Selesai menurunkan barang-barang,Thahar muncul bersama tempo traveler.
Sekejap sahaja,kitorang semua dalam perjalanan terakhir menuju ke bumi Manipal.
Thahar gah memacu tempo traveler membelah keheningan subuh pagi menghantar setiap teman ke rumah masing-masing.
Bemula dari Nikhil Mahal,Premier Residency dan last sekali Ajay Arcade.
Sujud syukur aku seketika selepas masuk kembali ke rumah bernombor 402
Alhamdulillah.
Perjalan pergi dan pulang selamat tanpa sebarang musibah dan kecelakaan.

*******************************

2 pucuk surat aku terima dari post office.
Barang kiriman Bonda tercinta telah sampai.
Selepas bersarapan di foodcourt,tangkas jari aku beralun mendail nombor autostand.

"Boss.One auto to Ajay arcade 402,"
"Wokeyh,"satu suara kedengaran di hujung talian

Auto kuning sampai.Aku turun dan menaikinya.Seorang tua berbaju coklat menjadi pemandu.Sedikit senyuman mengumtum dari bibir yang dimamah usia.

"Kunjibettu Post Office,"arah aku.

Tanpa sebarang suara,perlahan-lahan auto itu bergerak menuju ke Uduppi
Jalan pergi Uduppi sedang dinaiktarafkan.Kelihatan seperti zon peperangan.
Auto itu memandu berhati-hati tapi tetap laju seperti kebiasaan
Selepas 30 minit,aku kembali tiba ke Ajay Arcade

"Kitne?(berapa harga),"soal aku.
"70 rupee,"balas orang tua itu

*****************************

Dering nada lagu Welcome to Ibiza berkumandang dari dalam bilikku.
Manipal Syahmi tertera di muka depan Nokia E66.
"15 minit lagi ada autopsy.Mayat strangulation,"suara Syahmi kedengaran.
"Aku mungkin tidak datang kot.Banyak benda nak kemas.Barang dalam beg pun tak unpack lagi,"balas aku
"Ok2.Forward la kat sesiapa lagi batch mate kita"
"InsyaAllah"
Terus aku menaip SMS kepada rakan-rakan lain.

*****************************

"Assalamualaikum"
Sayup suara yang sangat dikenali bergema di rumahku.
"Ya Allah.Fizi.Bila ko sampai Manipal,"
"Baru jer.Dalam seminggu.Kelas kitonng start next week,"
"By the way.Congrate coz lulus 2nd year.Dah jadi super senior la ko kat Manipal,"
Lama tidak bersua.Kitorang saling bertukar berkongsi pengalaman.
Hafizi melancong ke Kashmir manakala aku ke Shimla dan Manali.
"Korang pergi x orientation batch 26?"tanya Hafizi.
"InsyaAllah pergi,"Wafiy menjawab

Tiba-tiba handphone aku berbunyi lagi.Ringtone sama.
3 miss call dan 2 SMS aku terima mengkhabarkan perkara yang sama
Ada 2 autopsy lagi petang ini.
Clash dengan orientation batch 26.
Panjang aku berfikir.
Kedua-dua kelihatan penting.
Pentingkan apa yang lebih penting kerana yang penting itu adalah lebih penting daripada apa yang penting.
Aku memilih pergi autopsy.
"Kirim salam la kat sesiapa junior batch 26 yang korang jumpa nanti,"pintaku
"InsyaAllah,"Wafiy dan Hafizi hampir senada menjawab

********************************

Pulsar merah 180cc aku parking sebelah motor putih Syahmi.
Dari jauh,muka kawan2 yang sangat dikenal bersusun duduk atas kerusi panjang setia menunngu di depan Cold Chamber.
Sunburn semua gara-gara berpanas di Goa.

Aku memilih duduk di hujung bersama Syahmi dan Munya.

"Dah start ke belum?,"
"Belum lagi"Syahmi menjawab
"Mayat dah sampai.Ada kat dalam.Kalau tak silap,case poisoning,"Munya menambah.
"Lelaki ke perempuan,"tanya aku lagi.
"Tak sure laa,"kata Munya.

20 minit kemudian,semua student dipanggil masuk.
Jelas seorang pemuda berbangsa India terbujur kaku atas tray besi.

"This is a student who died because of poisoning.He survived after 11 days being warded.Unfortunately,we cannot remove all the poison by gastric lavage and he died yesterday,"seorang doktor muda menerangkan situasi.

Gastric lavage??
Aku teringat kembali alat yang digunakan dalam prosedur yang menyakitkan ini untuk membuang racun dalam perut.Tiub sepanjang 30 cm dimasukkan kedalam mulut sehingga ke perut.Kemudian saline dimasukkan dan dipam keluar sehingga warna saline yang dimasukkan sama dengan yang dikeluarkan.Ya.Prosedur ini amat memeritkan.Sesiapa yang yang memilih menelan racun sebagai cara membunuh diri,seandainya terselamat pasti akan trauma dengan gastric lavage.

Scalpel pantas menari menghasilkan jalur panjang diri dagu sehingga ke pusat.
Darah merah kelihatan mengalir.
Tulang rusuk dipotong dengan rib cutter.
Sternum dikeluarkan dan terserlah sepasang paru-paru.
Sponge dimasukkan untuk menyerap lantas mengeringkan darah dalam abdomen.
Seperti ayam yang dipotong di kedai,seluruh organ bermula dari trachea sehingga ke large intestine ditarik dan dikeluarkan.
Perut dibuka dan kandungannya diperiksa mencari sisa racun.
Serentak itu,seorang pakcik tua menoreh sekeliling diameter kepala dan menggergaji tengkorak mangsa.
Melihat pakaian,aku dapat mengagak dia bukan seorang doktor.
Biasanya,dia akan potong tengkorak dengan mesin gergaji,bukan secara manual.
Hari ini dengan gergaji dan tangan sahaja.
Sekejap sahaja, otak mayat kelihatan,dipotong dan dikeluarkan.
Liver,kidney, heart and spleen semua ditimbang.
Selepas itu,semua organ di masukkan kembali kedalam abdomen.
Pakcik tua yang tadi memegang gergaji,kini mula kelihatan menjahit bahagian abdomen selepas semua organ di simpan.
Tamatla satu lagi episod autopsy dalam lipatan sejarah hidupku.
Siapa tahu,mungkin satu hari aku pula yang berdiri mempersembahkan kemahiran yang dipelajari semasa kelas Forensic Medicine kepada bakal2 doktor muda.
InsyaAllah.

*********************************

Aku kembali ke bumi Manipal.
Jadual hari pertama sudah memberi isyarat kesibukan 2nd year yang tinggal 6 bulan sahaja lagi.
Jauh perjalanan,luas pemandangan
Impian menyentuh Taj Mahal telah dicapai
Simbol agung Kerajaan Moghul dan lambang cinta sejati Shah Jahan kepada permaisuri Muntaz Mahal
Aku juga menyusuri sejarah Mahatma Gandhi di Delhi dan Mumbai
Bermain salji di Shimla dan Manali
Menunggang gajah di Jaipur
Membongkar sejarah Tibet,Dalai Lama dna Panchen Lama di Darmshala
Membeli belah di merata tempat
InsyaAllah akan dikongsi dalam blog ini.

Monday, February 15, 2010

Raju,bila aku diam mem'bisu'


Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula suami isteri

Bait lagu dalam filem 3 Abdul nyanyian seniman agung P.Ramlee
Dalam babak ini, P.ramlee kena tidur kat kandang kuda.Isteri beliau,Ghasidah datang nak teman.Tengah asyik diorang punya syok tengah nyanyi,tetibe Haji Bakhil muncul.Kakak Ghasidah jeles dan terus report kat Sadiq Segaraga yang masa tu tengah tidow.

"Bapak marah pak?"tanya P.Ramlee
"ohhh tidakkk"
"Nyanyi la sampai ke pagi"
"Jom balik semua,Biarkan diorang ni nyanyi sampai ke pagi",balas Sadiq Segaraga

Keesokan hari,kandang kuda itu nak kena bakar atas advice tuan penasihat 25%.
"Memang bijak.Otak bergeliga.Otak penipu"
"Kalau rancangan ini berjaya, saya up jadi 30%"
"hahahahhaa,"gelak diorang macam setan.
Nasib baik,P ramlee bijak dan terselamat dari komplot jahat itu..

Bait lagu P.ramlee.
Lidah lagikan tegigit..
Dan memang aku tergigit lidah seminggu lepas..
Dalam pathology,ulcer akan terbentuk selepas trauma.
Dan ulcer ini wujud kat bawah lidah.Lokasi yang sangat2 tidak strategik
Sakitnyerr..Fuhhh..Dasyat2

4 hari aku menjadi bisu..
Syahmi(aetiology) guna bahasa isyarat
Raju kutuk aku kaw2
Nadiah setia beli sweetbun hari2..
Wafiy beli ubat ayurveda
Sabah bagi Bonjelaa
Dan ada orang kata aku gedik sebab ponteng kelas
Walaupun ulcer aku rasa ini satu alasan kukuh bagi aku untuk ponteng kelas..
Lalu aku ponteng kelas pathology dan lab microbiology.
Nikmat jugak play truant bila kena ulcer nie..

Ulcer ni macam degil sket dan kedua terburuk dalam sejarah hidup aku
Paling teruk masa aku kecik,selepas cubaan pertama makan sireh.Aku letak kapur banyak2 dan terus telan.Rasa pahit semacam jer dan tak best pun..
Lalu apa lagi, esok mulut aku penuh ulcer.
Masa tu tak guna Bonjela.Rawatan tradisional beb..Aku makan air penawar sumpahan Raja Majapahit yang bertapa di gunung sang raja..
Mak aku merantau jauh nun di sana cari air penawar dengan seorang ustaz.Air rebusan akar kayu.Aku bersemangat minum tiap2 hari siap tambah 2 plastik beg lagi pun tak hilang2..Jenuh dah ustaz tu tengok muka aku dan jampi mulut aku.2 minggu baru hilang.

Raju masak bubur nasi
"Don't touching this"
"Sickman@tallman eating this,"
Reaksi Raju apabila Sabah gatal tangan cuba sentuh bubur special untuk aku..HAHAHAHAHA,..Padan muka.
"Korang tak boleh sentuh tau.Nanti raju murka,sumpah jadi batu,"kata aku dalam hati(masa tu aku tak boleh cakap,just senyum sinis jer)
Satu hari tu,Raju letak telur goreng lagi.Terbaik laaa..
Aku makan dengan berselera,diorang makan dengan hati terseksa.Muke nak pow bubur.
Muke Sepet dan Sakok jelas kecewa dengan layanan mesra Raju terhadap aku.

"Ko ni kena jerawat.Jerawat dalam lidah.Ya Allah.Betulla.Baik ko pergi check dengan hospital"
"Ko ni kena genital wart"
Budak medik kan.Sentiasa aplikasi apa yang belajar dalam kelas dengan kehidupan seharian.

Pelbagai cadangan diterima.

Raju-U putting salt inside water.Doing like this(tangan bersungguh-sungguh kacau and muke xbleh blah tunjuk cara berkumur)

Wafiy-tryla demo kumur air garam(pemikiran sama dengan ayah.Bukti hakiki anak kesayangan)

Sabah-Ko letak jer Bonjelaa ni.Aku hari tu kejap jer trus ok.Tengok tarikh luput.2011.Boleh gune lagi nie.Apehal suare ko camnie..hahahhaha

Tindakan yang aku buat
1)Letak Bonjelaa setiap masa
2)Letak garam(cadangan bersama Raju dan Wafiy)
3)Minum air dengan bnyak sampai water intoxification(alasan nk ponteng kelas jer)

Banyak2,paling perit letak garam..
"Please,don't try this at home,"kata WWE superstar,John Cena.
Sabah peminat setia John Cena.
Wafiy minat Undertaker.
Hadri minat Kofi Kingston.
Amin minat Mark Henry.
Terbongkar habis rahsia korang..

4 hari total aku jadi bisu.Tak bercakap dan makan nasi bubur.
Hari ini,baru ulcer ni mula mengecut.
Dan aku kembali aktif bercakap..Habislah sesiapa yang kutuk aku masa aku jadi bisu hari tu..
Time for revenge!!!

p/s-Terima kasih atas keprihatian sahabat2 sekalian.Thank you very much and good luck for the block exam.


Thursday, February 11, 2010

Pungguk rindukan rembulan..

Terlalu lama aku menanggung rindu
Menanti saat kedengaran SMS dari ICICI
Mengkhabarkan wadah mencerahkan kegelapan malam
Membawa sinaran purnama menyinari alam.
Bintang bercahaya tambah gemerlapan

Hatiku begitu terluka..
Lantaran perbuatan yang terkutuk olehmu

Kelewatan bukan satu alasan
Aku merana mencari sesuap nasi
Kais pagi di Endpoint mencari santapan
Kais petang mencari segenggam hati
Agar waktu mendatang menjadi bekalan

Ketahuilah akaun bankku kontang.
Diperah tiada air mata dititiskan
Direndam,mengalir darah bergelimpanq
Dilempar keringat bertaburan
Anak bangsa mencipta gelaran

Manipal tempat sinaran
Berapa lama lagi aku mampu bertahan
Hidup dalam serba kekurangan
Aku merempat berkelana di tepi jalanan
Dari Uduppi sehingga ke Pratam.
Berat badan susut menjunam
Gara-gara kurang makanan
Aku mencipta pelbagai helah alasan
Demi menyedapkan hati yang ternyata kusam
Hari berlalu bukan mencatat keamanan
Peperangan antara jiwa dan perasaan
Menguasai minda dan fikiran

Esok tetap berkunjung tiba
Sinar menggunung mengangkasa
Perubahan hari memberi harapan bermakna
Satu SMS mampu merobek segalanya
Membawa pergi awan hujan kala senja
Membawa berlari sang maharaja
Mencerahkan suasana alam seluruhnya
Aku sabar menanti saat bahagia
Merencah kembali seribu kata
Walau memakan masa yang lama

Esok lusa penantian bakal berakhir
Sabar ayat yang mampu diukirkan di hati
Semoga tabah menghadapi cabaran

Kawan semua ayuh bertafakur

Carutan penderitaan tahkala biasiswa lambat masuk

Tuesday, January 26, 2010

Bombay toast



Ko nak makan aper malam nie??
Sabah memecah kebuntuan malam..
"Aku x mkn..diet,"..
"Aku nk pgi kuar jap...Beli tlur n roti."

Malam itu menjadi titik permulaan.Sabah kuar dengn skuter memecah keheningan malam di bumi Manipal.Aku dan wafy sabar menunggu kepulangan Sabah untuk membawa sinar kebahagiaan..
Sampai jer kat umah..
"Korang masak la sendri ek.Aku nak goreng jer telur nie."
"No hal laa.Thanks dow beli nie.Berape ek?"
"Xperla.Ko buat jer aper ko nak."
Macam biasa,Sabah tidak pernah berkira bab2 makanan..Thanks bro
Wafy ketika itu sedang menelefon mak die..

Sabah menunjukkan kemahiran menggoreng tlur..Bawang dihiris halus.Diadun rapi ke dalam tlur yang siap dipukul sehingga kembang.
X sampai 5 min,terhasillah satu karya yang bisa menggoncang semangt aku untuk berdiet..
Bau sedap semacam jer,aku lantas menge'pow'
Mntap giler Sabah masak.Macam papa Raju.

Giliran aku plak..
"Bah,ko tau tak cmner nak wat bombay toast?"
Sabah termenung sekejap sambil memikirkan jawapan yang sesuai..
"Kalau tak silap,ayah ko bagitau kena campur telur,susu dan gula."
Aku bukak refrigerator
"Takperla.Susu x der,aku buat roti n celup dengan telur jer la."
Pukul punye pukul dan roti aku celup..Rendam lame sket..Harap2 jadi macam bombay toast kat Charaka..
Goreng jer,rase mcm roti canai tlur plak..Cicah dengan gule,hentam sajalah..

Wafy mengabil tempat dan menunjukkan skil membuat hamlet...

Hari Ahad (keesokan harinya)
Papa Raju datang..Die ganti balik cuti yg semlam die tak datang sebab mogok bas..
Naseb bek die dtng,kalu tak,kena potong gaji.
Sedang die tengah bising2 mencuci pinggan mangkuk anak2 teruna die nie.Aku datang mengaco, bukak cerite pasal semalam..
"Boss,yesterday me making bombay toast..but.cannot making"
"why?"
"Me don't know how making."Rosak English aku..Grammar semua lintang-pukang.
"U putting milk,egg n sugar.Than U do like this."...tngn tengh tunjuk kaco air dalm mangkuk.eksen jer lbih
Kire kena cmpur susu n telur n gula..then kaco..
"U making showing today boss."
"ahahahahhaa"..mcm biase..org tua nie akan gelak jer..
Aku pun berlalu hampa dan bersembunyi dlm bilik..

TupTupTup
Ade org ketuk pintu..Bukan jer pintu,wafy berdiri sambil berkata,
"Raju buat bombay toast.Demo sruh sakni,trus dio buat..Takut demo ngaju..Ayah demo key."
Bergegas aku berlari ke dapur.Ternmpak Sabah dengan berselera makan..
"Good2,"
Sambil tangan mencari bombay toast lagi dalam periuk hitam yang terlentang di atas meja makan.
Aku try la jgk..Memng tidak boleh dipertikaikan kelazatan roti itu..
Kini,selepas peristiwa itu,setiap pagi ade jer warga Ajay 402 cube membuat bombay toast sebagai brekfast..
Sayang papa Raju...

Teringt aku ketika anantomy spotter blok 3..
Aku balik dengn kecewa ke rumah..
Raju tengah memasak ayam. Ternampak aku, die bertanye..
"U why looking sad?".
"Headache boss..Exam going not good.Me sleeping."Aku menjawab dengan ringkas.
Aku masuk ke bilik..
Tetibe bagai nk runtuh pinti bilik aku diketuk
Raju datang sambil memegang air 'cai@teh yang special..
Die campur halia,khas untuk aku..
"U drinking this,headache gone.".
Sambil tunggu aku minum sampai habis..

Terharu aku dengan Raju,lantas aku memeluknye walaupun die sekadar ber'singlet' sahaja.Raju pun menepuk-nepuk belakang aku sambil menahan sebak ..Kitorang pun sama-sama menangis..Tetibe Sabah sampai dan ternampak adegan itu
"bapak aaa.. mesra syall dengan ayah."
(ni hyperbola jer n adegan seperti berikut xpernah berlaku)

kemesraan

Saturday, January 9, 2010

Raju,bile aku tetibe datang kaco....



Hari nie memang aku xder keje..

Ingatkan nak berehat sambil tengok 3 idiots(smalam dah layan ngn Sabahan),tetapi letrik plak xder..Besa la ..Aku kena trime hakikat kehidupan di India..Letrik kat sini fluctuate.Macam chipsmore..Kejap ade,kejap xder.Alhamdullillah,bynk ader drpade xder.Inverter aku pom xder gune jgk..Tuan rumah nie punye la kedekut..Kate keje engineer kat Dubai..Bile report inverter rosak,ckp suruh jual n cri sendri..apela taik idung masin..Kalu bg jer,kan dapat pahala..tlong ank melayu blaja..Nseb bek tuan rumah aku xtau die agama aper..Kalu x,dah lame kena lempang..

Letrik nie pernh wat hal mase mlm aku nk exam blok.Bengom gak aku kejap..Dahla tension.Kalu dlu lg aku blajr pharmacology,bleh gak aku telan diazepam or alprozolam(dr ravinchandra@abg Sabah ajar semlm masih melekat).Nsib bek ade lilin.Terase jgkla kesusuhan moyang aku belajr mase jepun attack malaya..Panasnyeee..sabor jela..Nyamuk berpesta kat umah aku mlm tu..Seronok btul diorang nyanyi kat tepi telinge aku..Nseb bek nyamuk..Kalu tuan rumah yg menyanyi,dah lame kena lempang..

Raju memask daging.Die hindu,so jarang la mask daging..Menu special permintaan thin man@wafiy nak makna burger.Memandangkan wafy demam.Raju tanpa berfikir pnjg,dengn rela hati mask burger..Pasal burger nie,unik jgk la..bagi aku,gelaran yg sesuai ialah kebab..tapi org tue kan..aku bg chance laa..xnak gaduh2..nnti die retired ker aper ker,aku jgk yg sush cri org len.menangis la budak depan blik aku kalu xder Raju..Anak kesyngn die yg terbaru(hadri shamsudin) lagi dsyt..Raju snggup masak burger ayam..Masal lauk laen sebb Hadri x mkn daging(poyo jer n sajer nk trik perhatian Raju)..Yng ni pun Sabah trus blah dri rumah n blik td bawak makann sendri..ahahahah...

Aku semngt sket ..Pgi bute lgi dah pg library.Mkhluk berwarna oren sruh aku smbung tidow tp malaikiat mner ntah sruh aku study..Jadi,pergila aku bertapa di library samapi kul 3 ptg..

Lepas asar,Raju tekun memask.Die buat 2 burger@kebab setiap sorang.Ade 14 org so 28 laa total semua..Mcm biase,die sruh aku kire kalu mkn kat luar ngn kos die wat..Ni la aktiviti aku..jadi tukng kire n tukang dengr bebelan ayah Sabah tentng harga2 brng masakan..

"u calculating making.1 beef,153rupee.bread 15 each..me buying 6 so total what"
"90 boss"
"u going outside eating total how much"
"45 each burger.2 means 90.expensive BOSS"
"hihihihihi(gelak nie korang kena tngok sndri bru bleh imagine)..tum bolo kyarr karengan.."

Mule la die mengrut smbil gelak2..Besanya aku layan jer dengn sebut name movie hindustan yg aku ingt..

"kya karengga boss..Mujhe dosti.kaho na pyar hei..kuch2 hota hei..Ap nam kyar heiii"

Reaksi Raju??die kan geleng2 kepale..hahahaha..

Sedang Raju bising2 kat dapur,aku terpikir satu idea..Aku masuk blik amik buku dan mintak die ajar hindi

"boss.i want to learn hindi"
"what"
"me hindi learning.U teaching.."(baru die paham)
"hihihihihihi"die gelak dengn keji..Org tue ni maen2 plak..Kalu tuan rumah,dah lame kena lempang..

Punye la seyes muke aku.die senyap jap sambil buat bodo..

Aku aper lgi.Pluang keemasan!!

"bos,one in hindi what?"
"ek(egg)"aku tulis mengikut aper yg die sebut..
"2 boss?"
"do"
"3 boss?"
"thin"
.......sampaila no 20...

"u why learning hindi??"
"me want to watching 3 idiots"jawabku

"boss,sunday what in hindi?"
"hahahahah(nada keji jgk)..banoora"
Sampai hari selasa..
"tuesday?"
"Mangalore"
aik..mangalore tu name tempat..Sah.die sajer jer ngn aku..tengok aku mcm cacing kepanasan.. die ckap
"bangalore.hahahha"sambil tengh goreng roti..aku layan jer la gelak..hormat org tue kan..
"xcerly,manglora,"die sedar kot betape seyesnyer aku berdiri sebelh die nk blaja hindi..
sah aku kena tdi..

x lame lepas tu,sabah dtng dengn membawa brng2 yg ntah dari mne die dapt.

"goodda"

Raju x layan die..anak kesyngn kan dah berubh skunk..kalu dlu die di rangking first..skrng di blakang Hadri..Kecewa,die masuk blik n trus kunci(harap Raju dtng pjuk n pluk2 kot)..hahaha..

Aku plak??
aku masuk blik n kunci pintu.trus bukak laptop
n klik blog aku..
Lalu,tercipta la karya ini..


ni la Sabah...


Sedikit aku nk berkongsi aper yg blaja tdi..
Blog ini seharusnya mmberi manfaat dan ilmu..

1-ek(egg) 11-geera
2-dho 12-baraa
3-thin 13-teera
4-caa 14-chauda
5-punch 15-pandhera
6-chee 16-soora
7-sart 17-satra'
8-artt 18-atra'
9-how 19-one east
10-dhus 20-beast

Sunday-banoora
Monday-somoar
Tuesday-manglora
Wednesday-budhora
Thursday-buruora
Friday-Sukrora
Saturday-Sanuora

Hari ini,petang ini aku dah ade kerje baru..nak blaja hindi dan Raju telah secare rasmi dilantik sebgai cikgu aku....At least,blik nnti bleh la aku mengumpat sesape yg aku nk dlm bhase hindi(niat dah x betul ni)..hahhaha..

p/s-hindi tu mengikut aper yg aku dengr dngn mendekatkn telinge aku serapt mungkin ngn Raju.Kalu die tipu ku..pempaham la korang pun kena tipu jgk..ahahaha..tpi.Raju nie aku percaye..x baik berburuk sangka dengn org...

Sekiann....













Tuesday, December 22, 2009

Perubahan kerusi.realiti atau fantasi?

Kejutan berlaku tahkala aku melangkah masuk ke dalam lecture hall.Seat aku kini dirampas orang.Pakcik hitam manis,penjaga dewan kuliah telah mensabotaj semua warga batch 23.Kedudukan kitorang semua berubah!!

Yang dulu dibelakang,berada di depan.Dari kiri menjadi kanan.Tempat aku bertapa,dulu di sebelah saudara Zulzaire,sekarang berada disamping Guy3..Aku masih ditepi bucu meja,tempat yang sering menjadi sasaran untuk bersoal jawab dengan lecturer.Kalau dulu Yap memberikan klu bagi setiap jawapan,sekarang aku ternyata keseorangan.Guy3 inginkan Stephanie berada disebelahnya.Idea dilontarkan kepadaku untuk menukar tempat duduk.Aku berada dibelakang dan Stephanie mendiami kerusiku.Itu bukan pilihanku pada hari pertama blok 2.

Memandang ke kiri,terlihat kelibat Danial Faris.Seorang yang sangt cool dan tenang mendengar hujah2 yang dilontarkan oleh lecturer pathology,Prof.Annama Kurien.

"Thrombus is different from clot"

Aku rasa perbezaan hanya dari segi istilah sahaja..hahhaahaha..Buku Underwood mesti aku hancurkan malam nie..Mencari makna perbezaan yang hakiki ini.

Kerusi kosong sebelah Aqilah,mengundang idea yang bernas.Kenapa aku tidak duduk di situ?Sama-sama meresapi kedamaian Danial dalam menghayati proses pembelajaran.Satu tindakan yang bijak!!Setelah berunding dan ternyata Qilah bukan batu penghalang bagi misiku ini.Lalu,hiduplah aku di sebelah Danial..

Sakok,makhluk bernombor 80 tiba-tiba bersuara.
"patut la nak tukar tempat,"hahahha..baru aku perasan satu perkara.Adakah satu kesilapan?rasanya tidak dan ini tidak langsung menjadi isu yang berbangkit.Apa yang termampu,aku harus berusaha dan azam baru telah bermula!!

Paculah kuda menuju kejayaan.
Blok baru,harapan baru,kedudukan baru dan minda yang baru!!!

Hadis 1 Imam Nawawi

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Sahabat semua..

Sama-sama kita betulkan niat dan terus majui menuju kebenaran..

MAJU TERUS,PANTANG UNDUR!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...