Subscribe to RSS feeds

Saturday, February 13, 2010

Tayangan My Name is Khan diancam




WARGA Muslim India meraikan tayangan My Name is Khan di luar sebuah pawagam di New Delhi di sebalik ancaman kumpulan Hindu radikal Shiv Sena.

Kumpulan radikal Hindu bantah komen aktor mengenai pemain kriket Pakistan

MUMBAI: Panggung wayang di Mumbai dikawal ketat semalam sempena mulanya tayangan filem My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan berikutan ancaman oleh kumpulan Hindu radikal, Shiv Sena.

Kebanyakan panggung wayang mula menayangkan filem berkenaan tengah hari semalam selepas enggan berbuat demikian sebelum ini kerana bimbang ancaman Shiv Sena yang marah kepada Shah Rukh berikutan komen pelakon itu agar pemain kriket Pakistan dibenarkan menyertai Liga Perdana India.

"Tayangan filem ini adalah tamparan hebat kepada Shiv Sena," kata seorang wanita selepas menonton filem itu di sebuah panggung di Mumbai semalam.


Beribu polis dengan memakai pakaian antirusuhan dikerahkan ke panggung wayang untuk memastikan keadaan terkawal.

Polis menahan kira-kira 2,000 anggota Shiv Sena sebagai langkah berjaga-jaga dan mengusir penunjuk perasaan di luar panggung.

ANGGOTA polis India menahan seorang penyokong Shiv Sena ketika satu bantahan tayangan My Name is Khan di sebuah pawagam di New Delhi.

Tunjuk perasaan turut disaksikan di bandar lain di India.

Sementara itu di
BERLIN, tiket untuk menonton tayangan perdana filem My Name is Khan habis dijual dalam tempoh lima saat di Festival Filem Antarabangsa Berlin di sini.

Peminat tidak tidur semalaman untuk memastikan mereka paling awal berada dalam barisan untuk membeli tiket walaupun suhu di bawah sifar di sini.

Mereka yang tiba seawal jam 6 pagi pun menangis kerana gagal membeli tiket.

Bagi jualan online, tiket habis dijual dalam lima saat.

Malah lelongan tiket berkenaan laman web lelong, e-Bay mencapai harga 1,000 euro (RM4,660.31) setiap satu.

Jenny Watkinson, yang ditugaskan di 'jabatan Shah Rukh Khan' di pejabat Perhubungan Antarabangsa Dieter Kosslick, pengarah festival filem berkenaan, memberitahu IANS: "Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku. Tahun ini dijangka lebih hebat berbanding 2008 (ketika Om Shanti Om ditayang)."

Tayangan perdana filem itu diadakan di sini semalam dengan hamparan permaidani merah diadakan di teater berprestij Berlinale Palast di Potsdamer Platz.

Ramai menunggu kemunculan Shah Rukh dan barisan pelakon lain di tayangan perdana itu yang turut dikawal polis. – Reuters/Agensi


3 coretan:

Redz da Tsar said...

Hampeh... Ada ka Islam campur Hindu... Tah ape-ape...

Apa lagi Mimo, attack la SRK~

oyop said...

Soal peribadi dy aku xnk campur...x kuasa nk layan

tp,aku respek isu agama yg dy nk sampaikan kat dalam movie dy...cam movie Rab Ne Bana Di Jodi & My Name Is Khan..or even persoalan bangsa dalam cite Veer Zara..

Sayang,dy x leh nk aplikasikan bnde tuh dlm hidup dy...sedeyh sebagai saudara seIslam...

drAmirul said...

kenyataan die,
I strongly believe in Allah
Susah jgk kalu camtu.Ucapan di mulut jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...