Jarak antara Manipal dengan Delhi,3jam perjalanan dengan plane,hampir 3 hari dengan train.
Perjalanan yang sebegini panjang tidak memungkinkan aku datang menyokong atlet2 negara dalam sukan komanwel yang baru melabuhkan tirai.
Tirai dilabuh,kritikan tetap bergema.Tirai hanya tabir.Bukan penghalang mutlak suara2 kritikan terhadap prestasi atlet Negara.
Rumah siap,pahat masih berbunyi.
12-10-14 angka keramat
Mungkin penggemar judi nombor ekor berpusu-pusu membeli nombor ini.
Ya.12 emas,10 perak dan 14 gangsa cukup membuktikan keupayaan sebenar Malaysia.
Badmintan kekal sebagai lombong emas.Pelombong adalah Lee Chong Wei,Koo Kien Kiat serta seluruh pemain acara berpasukan dan beregu campuran.
Bangsa Cina memperkenalkan industri melombong timah di Selangor dengan membawa kapal korek.
Dalam sukan,bangsa ini jugalah yg mengorek emas untuk negara.
Atlet melayu???Agak layu terutama Hafiz Hashim.Tangan layu,badan layu,mata kuyu.
Pembukaan dan penutup
Aku masih lagi teruja dengan upacara pembukaan Olimpik Beijing.Sangat menarik dan sarat dengan pelbagai kebudayaan masyarakat Cina.
Mereka berjaya menggabungkan semua elemen2 penting dan kepercayaan mereka,disimpulkan dalam simpulan mati dan dipersembahkan kepada dunia.
Kungfu Panda,cerita lucu seekor panda gemuk yang ingin menjadi pahlawan naga menceriakan suasana olimpik.Satu kaedah promosi yang sangat efektif.
Pendapatan di jana,duit terhasil lantas memartabatkan lagi maruah China,selaku bakal kuasa besar dunia.
Teringat aku akan satu artikel,biarkan China tidur.China seekor gergasi,lebih mirip seekor naga.
Dulu semasa naga terjaga,seluruh dunia dijelajahi melalui laksamana Cheng Ho.Armada yang di bawa belayar merrentasi laut diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.
Dari situ,masyarakat melayu mula kenal akan perihal manusia bermata sepet,hidung kembang kulit yang cerah.Melaka antara destinasi tujuan.
Di India,promosi berlaku agak hambar.Beberapa siaran sahaja menyiarkan siaran langsung perlawanan yang berlaku.Itupun sekiranya melibatkan atlet india.
Suasana pembukaan tidak lekang dengan kontroversi.
Bermula dengan isu perkampungan atlit yang diaanggap inhabitable.
Penangkapan ular di penginapan kontinjen Afrika.
Isu penarikan diri Usian Bolt(lightining bolt),Asafa powel dan atlet renang lain memanaskan lagi atmosfera Komanwel.
Dalam segala macam ribut melanda,tiba2 jambatan runtuh manakala stadium,semua pekerja bertungkus lumus dihias dan disiapkan sehingga detik2 akhir upacara pembukaan
Ular berjaya lagi ditangkap di gelanggang tenis.Ternyata king cobra sangat bermaharajalela di India.
Pengganas pula dengan berani melontarkan ancaman,sengaja memporak perandakan lagi New Delhi.
Itu belum dikira dengan pengemis kanak2 persis slumdog millionaire.Berpakaian buruk,membawa bayi kecil yang menangis dan berwajah kusam meminta sedekah di jalanan.
Aku pasti,atlet2 akan dicubit,diganggu oleh peminta2 sedekah yang cilik ini semasa bersiar-siar di Delhi kelak.
Lambang penjajahan
Komanwel,satu lambang British.
Bongkak british menjajah,menghuru harakan pentadbiran melaui dasar pecah perintah,kini disanjung dengan Komanwel.
Komanwel satu reuinion terbesar di dunia.Anggota sahaja lebih dari 70 negara.Inilah perjumpaan yang berlaku setiap 4 tahun seklai.
Masjid Babri
Terletak di Avodhya,Uttar Pradesh di atas Rama's Fort,masjid ini telah dimusnahkan pada 1992 walaupun ada arahan daripada Mahkamah Tinggi bahawa struktur itu tidak akan dimusnahkan.200 terbunuh,kebanyakan muslim dalam tunjuk perasaan yang turut berlaku di bandar2 seperti Mumbai dan Delhi.
Dibina usai penaklukan Empayar Moghul pada 1527 oleh Babur,Maharaja Moghul pertama di India,masjid ini antara masjid terbesar di Uttar Pradesh.Sebelum 1940,ia dikenali sebagai Masjid-i-Janmasthan(masjid kelahiran) untuk memperakui kelahiran Dewa Rama.Selepas struktur Hindu dimusnahakan,Masjid Babri dibina.
Walaupun antara masjid terbesar,hanya sedikit jemaah Islam memanfaatkannya untuk kegunaan harian.Mungkin ancaman-ancaman keganasan yang diterima berjaya menakutkan maysarakat Islam daripada mengunjunginya.
Pelbagai petisyen dan bantahan telah difailkan di mahkamah berkenaan masjid ini.
Menariknya,keputusan pemilikan tanah diumumkan 18 tahun selepas Masjid ini dimusnahkan,iaitu ketika Sukan Komanwel bakal dirasmikan. Aku melihat situasi ini sengaja dipolitikkan.
Kontroversi kegagalan menyipakan struktur2 penting untuk komanwel,ditambah pula dengan isu keselamatan,sengaja menarik perhatian masyarakat dunnia kepada India.
Semua mata tertumpu di Delhi,masa keemasan unutlk mengumukna keputusan petisyaen sekaligus menamatkan konflik babri.
Keputusan memang telah dijangka di mana Muslim hanya memperoleh 1/3 daripada jumlah keseluruhan tanah.
Dan apabila keputusan tidak memihak kepada muslim,seandainya berlaku tunjuk perasaan,dengan senang masyarakat dunia dapat melihat keganasan Islam.
Media yahudi akan melabelkan umat Islam sebgai pengganas dan sengaja menghuru-harakn negara tuan rumah.
Ancaman keganasan bagi aku sengaja dicipta oelh pihak berkepentigan.Sekiranya umat islam India membantah,automatik ini akan disyhtiharkan sebagai ancaman pengganas.
Sekali lagi,watak pengganas dipegang oleh Muslim.
Aku melihat,ada persamaan berkenaan peristiwa ini dengan pergaduhan merebut Masjidil Aqsa di Palestin.
Antagonis semestinya Yahudi,golongan yang mendakwa tapak berdirinya Masjidil Aqsa,sebenarnya,tapak 'Temple Of Solomon'.
Aku bukan penggemar teori illuminati,tetapi ancaman sebegini tidak harus dipandang ringan.Ancaman ini datang dengan tindakan seperti menggali terowong di bawah masjid.Ini tidak lain bertujuan memusnahkan struktur Masjid.Sedikit gempa bumi,nescaya rebah menyembah bumi Al-Aqsa.Nasi telah menjadi bubur.
Mahkamah antarabangsa sememangnya dilobi dan mereka berdiri teguh di bawah telunjuk jari kelingking Israel.
Mungkin pada masa ini,segala NGO sekadar anjing menyalak bukit..
Wallahualam.
p/s-Esok end-posting exam for psychiatric.Doakan kejayaan aku.Wassalam
Pagi yang cerah di Manipal, kepanasan mencecah suhu badan.Seperti biasa,aku keseorangan menatap buku dalam bilik,berkurung di samping bantal dan kerusi yang bertaburan.
Kelas hari ini sangat singkat lagi menarik .Subjek Pathologi di ajar dalam masa 20 minit.Topik pilihan?? Carcinoma of pancreas.
Sudah lama tangan ingin berbicara,tetapi kekangan masa mengehadkan aliran idea panas terjun meluncur ke hujung jari,menaip pantas huruf perkataan dalam alam maya.
Satu isu kedengaran kuat jeritnya..PEMBUANGAN BAYI
Setiap blog,setiap paparan media tangkas mempamerkan isu ini.Membenamkan isu-isu Palestin dan kepentingan sejagat umat Islam.Lumrah akhbar melihat sudut keuntungan.Cerita sebegini menjanjikan pulangan yang tinggi.
Harian Metro setia dengan rutin harian, tajuk-tajuk berkaitan seks sebgai jin pelaris jualan.
Selain itu,isu PRK Hulu Selangor dan Sibu,pertemuaan Najib dengn Obama menceriakan warna akhbar,dikupas lunak bersih umpama telur rebus yang diberi dalam hidangn nasi lemak illuminati.
Erti kebahagiaan
Orang yang tiada anak,mempunyai anak itu bahagia.
Orang miskin mencari emas permata kerana yakin janji kebahagiaan.
Rakyat marhaen ingin daulat kerajaan.
Pencinta yang mabuk rindu mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia.
Umpama melihat kelopak air dalam ketandusan gurun yang kontang,itulah ertinya bahagia.Adanya air diminum di gurun,kelazatan nikmatnya berbeda dari air yng diminun waktu harian.
Berlawannya sifat dan keputusan dalam setiap benak fikir,lahir lantaran dari perasaan berputus asa.
Orang miskin sudah tentu tiada pengaruh dan kuasa bercakap.Kekayaan adalah manisan.Sengsara berpunca dari kemiskinan.Lantaran kerapnya bergelut dengn kemiskinan,kerap maksudnya tidak berhasil kerana fakir,lalu diputuskan bahawa bahagia itu pada wang ringgit,lain tidak.
Satu cerita,seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad,yang dikahwini Muawiyah Abu Sufyan,berkeyakinan bahgia itu adalah kembali ke dusunnya,di dalam pondoknya yang buruk walaupun sekarang berada di mahligai yang indah.
Ternyata bahagia pada Asmah binti Bahdad bukannya kekayaan.
An Australian professor has warned religious groups that cigarette filters may contain traces of pig's blood.
Simon Chapman said recent Dutch research has identified 185 different industrial uses for a pig - including the use of haemoglobin in cigarette filters.
The University of Sydney professor said the study offered an insight into the world of cigarette manufacturing and was likely to spark concerns for devout Muslims and Jews.
Concerns: Dutch research has found that the haemoglobin in pig's blood is used by some tobacco manufacturers in cigarette filters
'I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive,' he told the Sydney Daily Telegraph.
'The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
'It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes - they say "that's our business and a trade secret".'
The research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make the filters more effective at blocking toxic chemicals before they entered a smoker's lungs.
Professor Chapman said that although some tobacco companies had voluntarily published a list of the contents in their cigarettes on websites, they also noted undisclosed 'processing aids' in the finished product.
At least one brand of cigarettes sold in Greece has been confirmed to be using pig haemoglobin in its manufacturing processes, he added.
Professor Chapman said: 'If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably want to know and there is no way of finding out.'
SIANG ITU,Imam Ahmad sedang duduk-duduk bersama para sahabat dan muridnya.Tiba-tiba datang Ali bin Al-Madani,dengan menunggang kuda.Setelah menambatkan kudanya,Ali menghampiri Ahmad, dan duduk dihadapannya.Setelah berbasa-basi sejenak,mereka pun terlibat dalam perdebatan tentang kedududkan sebuah hadis.Baik Ahmad maupun Ali,masing-masing kukuh dengan pendapatnya.Makin lama,suara mereka makin meninggi,hingga orang2 yang berada di situ pun merasa was-was jika terjadi sesuatu di antara 2 imam besar hadith ini.
The turritopsis nutricula species of jellyfish may be the only animal in the world to have truly discovered the fountain of youth.
Since it is capable of cycling from a mature adult stage to an immature polyp stage and back again, there may be no natural limit to its life span. Scientists say the hydrozoan jellyfish is the only known animal that can repeatedly turn back the hands of time and revert to its polyp state (its first stage of life).
The key lies in a process called transdifferentiation, where one type of cell is transformed into another type of cell. Some animals can undergo limited transdifferentiation and regenerate organs, such as salamanders,which can regrow limbs. Turritopsi nutricula, on the other hand, can regenerate its entire body over and over again. Researchers are studying the jellyfish to discover how it is able to reverse its aging process.
Because they are able to bypass death, the number of individuals is spiking. They're now found in oceans around the globe rather than just in their native Caribbean waters. "We are looking at a worldwide silent invasion," says Dr. Maria Miglietta of the Smithsonian Tropical Marine Institute.
WARGA Muslim India meraikan tayangan My Name is Khan di luar sebuah pawagam di New Delhi di sebalik ancaman kumpulan Hindu radikal Shiv Sena.
Kumpulan radikal Hindu bantah komen aktor mengenai pemain kriket Pakistan MUMBAI: Panggung wayang di Mumbai dikawal ketat semalam sempena mulanya tayangan filem My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan berikutan ancaman oleh kumpulan Hindu radikal, Shiv Sena.
Kebanyakan panggung wayang mula menayangkan filem berkenaan tengah hari semalam selepas enggan berbuat demikian sebelum ini kerana bimbang ancaman Shiv Sena yang marah kepada Shah Rukh berikutan komen pelakon itu agar pemain kriket Pakistan dibenarkan menyertai Liga Perdana India.
"Tayangan filem ini adalah tamparan hebat kepada Shiv Sena," kata seorang wanita selepas menonton filem itu di sebuah panggung di Mumbai semalam.
Beribu polis dengan memakai pakaian antirusuhan dikerahkan ke panggung wayang untuk memastikan keadaan terkawal.
Polis menahan kira-kira 2,000 anggota Shiv Sena sebagai langkah berjaga-jaga dan mengusir penunjuk perasaan di luar panggung.
ANGGOTA polis India menahan seorang penyokong Shiv Sena ketika satu bantahan tayangan My Name is Khan di sebuah pawagam di New Delhi.
Tunjuk perasaan turut disaksikan di bandar lain di India.
Sementara itu di BERLIN, tiket untuk menonton tayangan perdana filem My Name is Khan habis dijual dalam tempoh lima saat di Festival Filem Antarabangsa Berlin di sini.
Peminat tidak tidur semalaman untuk memastikan mereka paling awal berada dalam barisan untuk membeli tiket walaupun suhu di bawah sifar di sini.
Mereka yang tiba seawal jam 6 pagi pun menangis kerana gagal membeli tiket.
Bagi jualan online, tiket habis dijual dalam lima saat.
Malah lelongan tiket berkenaan laman web lelong, e-Bay mencapai harga 1,000 euro (RM4,660.31) setiap satu.
Jenny Watkinson, yang ditugaskan di 'jabatan Shah Rukh Khan' di pejabat Perhubungan Antarabangsa Dieter Kosslick, pengarah festival filem berkenaan, memberitahu IANS: "Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku. Tahun ini dijangka lebih hebat berbanding 2008 (ketika Om Shanti Om ditayang)."
Tayangan perdana filem itu diadakan di sini semalam dengan hamparan permaidani merah diadakan di teater berprestij Berlinale Palast di Potsdamer Platz.
Ramai menunggu kemunculan Shah Rukh dan barisan pelakon lain di tayangan perdana itu yang turut dikawal polis. – Reuters/Agensi
1)YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah(Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan)
2)Dr Mohd Asri Zainul Abidin(mantan Mufti Perlis)
3)Dato' Hj Nakhaie Ahmad(Yang Dipertua YADIM)
4)Ustaz Afandi Yusof(PEngerusi Biro Agama Pemuda UMNO)
Antara hujah dan persoalan informatif
1)Doa bala YB Dato' Nik Aziz kepada DS Najib Razak
2)Isu royalti minyak Kelantan
3)Penjelasan Dr Asri tentang Wahhabi
4)Komen YB Nik Amar tentang siapa pengganti Nik Aziz
5)Isu kafir-mengkafir antara UMNO dan PAS 1984
6)Persoalan Negara ISLAM
7)Hukum HUDUD di Kelantan??
8)Isu doa YB Ngar Kor Ming
9)Kerjasama UMNO dan PAS
TRAILER
Konklusi peribadi
YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah Tegas dan cerdik dalam menjawab persoalan.Bidasan yang tepat mengenai hidung Ustaz Afendi yang beberapa kali cuba memprovokasikan soalan dengan keratan2 akhbar simpanannya.Protege Nik Aziz ini sangat jelas terpengaruh dengan fahaman mentornya.Beberapa kiasan menarik diberikan seperti "orang luar tak nak makan budu,kita bagi nasi kerabu" "bila sampai di traffic light,kita berhenti,free gear tapi enjin tak mati.Tunggu lampu hijau dulu.Sekarang lampu biru"
Dr Mohd Asri Zainul Abidin Dr Asri banyak berilmiah.Persoalan berjaya dijawab dan diterangkan dengan sempurna terutama berkaitan isu sunnah mendoakan bala.Huraiaan tentang doa juga ada dimuatkan dalam Minda Tajdid.Permulaan yang ditunjukkan,banyak membela diri sendiri gara2 dikaitkan dengan fahaman Wahhabi dan isu tauliah yang 'hangat' diperkatakan.
Dato' Hj Nakhaie Ahmad Mantan Yang Dipertua YADIM ini mengambil pendekatan defensif.Lantaran beliau dulu adalah salah seorang AJK PAS Pusat sebelum bertukar angin menyertai UMNO.Soalan2 'killer' daripada moderator saya kira tidak dijawab dengan cemerlang oleh beliau.Sedikit isu peribadi juga disentuh berkaitan laporan SPRM yang dibuat oleh Dr Asri terhadap beliau tantang penyelewangan kewangan di YADIM.
Ustaz Afandi Yusof Sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO,beliau sepatutnya harus peka dengan isu2 semasa dan tidak membangkitkan perkara yang lapuk ditelan zaman seperti isu kafir-mengkafir.Satu komen menarik dari penonton"Ustaz Afendi ni saya kira macam budak fardhu ain" tepat menggambarkan hujah2 yang diutarakan oleh beliau.Fakta-fakta dan hujah yang mantap berjaya disampaikan tetapi paduan tenaga dan pengalaman Nik Amar serta Dr Asri kelihatan lebih terserlah.
Soalan penonton Soalan yang lari dari topik perbincangna dan berulang kali membangkitkan soal maksiat dalam negara ini.Saya kira,rakyat Kelantan patut kembali kepada topik dan tajuk perbincangan.Mentaliti ini harus diubah dan pujian diberikan kepada beberapa pemuda yang tampil dengan soalan2 yang kemas dan indah.Satu pengalaman saya semasa menghadiri ceramah puasa disampaikan oleh wakil rakyat dari PAS.Sesi soal jawab dibuka dan soalan pertama yang keluar ialah "Apa hukum mengundi UMNO?"Semua jemaah bersorak dan pesta soal jawab politik bermula.Saya terkedu dan mendengar ulasan politik dari wakil rakyat itu walaupun tujuan utama perbincangan adalah bab puasa.
Warga Manipal berminat,boleh bagi pendrive kat aku
SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.
Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.
Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.
Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.
“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.
BERMATA SATU
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!" maka terjadilah Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!" maka terjadilah ia. (Yassin,82)
PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan
Krisis politik Perak
Feb 9, 10 10:47am
11.00 pagi Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
10.42 pagi Tan Sri Ariffin Zakaria memutuskan permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut Perkara 36(2) tetapi 16(2) dalam perlembagaan negeri.
10.15 pagi Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan.
10.10 pagi Panel lima anggota hakim memasuki mahkamah.
Penyokong Pakatan kini melebihi penyokong BN dengan laungan “Reformasi” dan “Hidup Rakyat’ terus bergema.
9.25 pagi Penyokong Pakatan semakin bertambah kepada 300. Mereka bawa banner “Mahkamah rakyat Nizar MB” dan melaungkan “reformasi” dan “Hidup rakyat”.
Lim Kit siang duduk di belakang dekat pintu, kerusi dibawa masuk oleh polis. Di sebelahnya Ngeh dan ADUN titi serong, Idham Lim.
9.50 pagi Anggota FRU memisahkan penyokong kedua belah pihak – Pakatan di sebelah kiri dan Umno di sebelah kanan.
Ngeh Koo Ham juga masuk dan berjabat tangan dengan exco negeri Perak dari BN dan speaker Ganesan
9.25 pagi Kira-kira 20 anggota FRU mengarahkan semua penyokong dan media beredar dari tangga bangunan mahkamah. Datuk Sei Nizar Jamaluddin masuk ke mahkamah bersama isteri, dan bersalaman dengan beberapa penyokong BN.
200 Penyokong Umno berhimpun depan tangga mahkamah manakala penyokong Pakatan sekitar 100 orang.
Penyokong BN membalas dengan laungan “Daulat Tuanku” dan “Penderhaka”
9.37 pagi Penyokong BN berpakaian kuning berkumpul di luar Istana Keadilan melebihi jumlah penyokong Pakatan.
9.36 pagi Penyokong BN melaungkan perkataan “Daulat Tuanku” dan “Penderhaka”.
9.10 pagi ADUN Pakatan Perak, Chang Lih Kang, Wong Kah Hoe dan Kesivinder Singh dihalang polis daripada memasuki mahkamah. Ekoran itu, 50 penyokong Pakatan mengelilingi anggota pasukan keselamatan bagi memberikan tekanan.
9.05 pagi Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiba bersama isteri jam 9.05 pagi, disambut oleh 50 penyokong Pakatan yg melaungkan “Hidup Nizar”, “Bubar DUN” dan “Hidup Rakyat”.
8.45 pagi Tiada tanda-tanda penyokong Pakatan hadir. Hanya seorang ADUN Titi Serong dan beberapa penyokong PAS dan DAP.
8.30 pagi Penyokong BN meningkat lebih daripada 100 orang. Mereka berdoa untuk kemenangan DatukSeri Zambry Abd Kadir.
8.25 pagi Kira-kira 50 penyokong BN, kebanyakannya Melayu berhimpun di depan Istana Keadilan sambil melaungkan “Daulat Tuanku”, “Hidup Zambry”, “Hidup BN”.
8.15 pagi Sekumpulan orang, dipercayai penyokong BN, memakai kemeja-t kuning bertulis “Daulat Tuanku” berkumpul di depan mahkamah.
8.10 pagi Sekumpulan anggota polis kelihatan mula mengawal keadaan.
9 Feb 2010 9:15am
Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan sebentar lagi keputusannya mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah – Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan.
Kronologi krisis politik Perak sebelumnya:
17 Mac 2008:
- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.
1 Feb 2009:
- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.
3 Feb 2009:
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.
4 Feb 2009:
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.
- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.
5 Feb 2009:
- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.
6 Feb 2009:
- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.
- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.
13 Feb 2009:
- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
6 Mac 2009:
- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.
23 Mac 2009:
- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.
3 April 2009:
- Mohammad Nizar diberi “lampu hijau” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.
11 Mei 2009:
- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
12 Mei 2009:
- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
22 Mei 2009:
- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.
19 Jun 2009:
- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.
5 Nov 2009:
- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.
MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.
Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.
‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.
Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.
Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.
Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.
Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.
Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.
Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.
Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.
Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.
Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.
Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.
Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.
Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.
Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.
Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.
Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.
Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.
Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.
Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.
Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.
Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.
Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.
Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.
Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.
Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.
Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.
“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.
Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.
Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.
Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.
Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.
Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.
JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.
Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.
Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”
Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.