Subscribe to RSS feeds

Tuesday, December 22, 2009

Perubahan kerusi.realiti atau fantasi?

Kejutan berlaku tahkala aku melangkah masuk ke dalam lecture hall.Seat aku kini dirampas orang.Pakcik hitam manis,penjaga dewan kuliah telah mensabotaj semua warga batch 23.Kedudukan kitorang semua berubah!!

Yang dulu dibelakang,berada di depan.Dari kiri menjadi kanan.Tempat aku bertapa,dulu di sebelah saudara Zulzaire,sekarang berada disamping Guy3..Aku masih ditepi bucu meja,tempat yang sering menjadi sasaran untuk bersoal jawab dengan lecturer.Kalau dulu Yap memberikan klu bagi setiap jawapan,sekarang aku ternyata keseorangan.Guy3 inginkan Stephanie berada disebelahnya.Idea dilontarkan kepadaku untuk menukar tempat duduk.Aku berada dibelakang dan Stephanie mendiami kerusiku.Itu bukan pilihanku pada hari pertama blok 2.

Memandang ke kiri,terlihat kelibat Danial Faris.Seorang yang sangt cool dan tenang mendengar hujah2 yang dilontarkan oleh lecturer pathology,Prof.Annama Kurien.

"Thrombus is different from clot"

Aku rasa perbezaan hanya dari segi istilah sahaja..hahhaahaha..Buku Underwood mesti aku hancurkan malam nie..Mencari makna perbezaan yang hakiki ini.

Kerusi kosong sebelah Aqilah,mengundang idea yang bernas.Kenapa aku tidak duduk di situ?Sama-sama meresapi kedamaian Danial dalam menghayati proses pembelajaran.Satu tindakan yang bijak!!Setelah berunding dan ternyata Qilah bukan batu penghalang bagi misiku ini.Lalu,hiduplah aku di sebelah Danial..

Sakok,makhluk bernombor 80 tiba-tiba bersuara.
"patut la nak tukar tempat,"hahahha..baru aku perasan satu perkara.Adakah satu kesilapan?rasanya tidak dan ini tidak langsung menjadi isu yang berbangkit.Apa yang termampu,aku harus berusaha dan azam baru telah bermula!!

Paculah kuda menuju kejayaan.
Blok baru,harapan baru,kedudukan baru dan minda yang baru!!!

Hadis 1 Imam Nawawi

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Sahabat semua..

Sama-sama kita betulkan niat dan terus majui menuju kebenaran..

MAJU TERUS,PANTANG UNDUR!!!!

Monday, December 21, 2009

politik yang berpanjangan..


Wacana politik semasa sentiasa meriah dengan drama yang tidak berkesudahan.Kadangkala,geli hati aku melihat tingkahlaku ahli politik Malaysia.Yang pembangkang setia dengan kerja membangkang.Setiap benda yang keluar dari mulut kerajaan,akan tetap dibangkang habis-habisan.Kerajaan,tekun melaksanakan setiap agenda yang direncanakan tanpa sebarang kompromi.


Kemenangan dengan 3 undi

Sebagai bakal pemilih dalam PRU ke 13 pada 2013,aku melihat situasi ini sebagai suatu yang mengejutkan.Siapa sangka perkara semacam ini akan
berlaku kepada BN.Dengan berbekalkan 3 undi,bajet 2010 berjaya diluluskan.
Walaupun dengn kemenangan yang tipis,itu tetap kemenangan dan tiada siapa yang boleh pertikaikan walaupun dengan satu undi.Analoginya,jika dalam perlawanan bola sepak,bola telah melepasi garisan gol 1cm pun telah dikira gol dan kalau bola melencong dari tiang gol hatta 1cm,tetap tidak dikira gol.Bagi pelajar,kalu markah lulus 50 dan pelajar itu dapat 49,adakah pelajar itu dikira lulus??tentu sekali tidak..

Secara logiknya,tidak sukar untuk BN luluskan bajet itu kerana ahli-ahli parlimen yang bersepah berbanding dengan Pakatan Rakyat.Namun,sejarah peperangan BADAR telah mengajar kita yang kuantiti bukan penentu segalanya.Dan apa terjadi,manusia kekal dengan sikap pelupa.Kalua nak fikir,kenapa la ahli-ahli parlimen sebanyak 74 orang ini gagal hadir dalam upacara yang sangat penting ini?Pelik bin ajaib.Nampaknya,PRU 13,kita semua kena fikir betul-betul sebelum mengundi.Kalua setakat nak makan elaun wakil rakyat,rasanya,aku pun boleh kot..hahaha..Apa pun,gagasan 1MALAYSIA yang sangat masyhur pada ketika ini,hendaklah berjalan.Bak kata PM,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Royalti atau ehsan??

Istilah wang ehsan yang dipopularkan oleh Mahathir apabila Terengganu diperintah PAS,sekali lagi diulangtayang oleh Najib.Aku pun tak faham apa yang ada dalam otak 1PM kita nie.Ketika sibuk berbicara tentang Islam,mengajak bermuzakarah dan sewaktu dengannya,ternyata hanya indah khabar dari rupa.Anak muda Kelantan yang berdarah panas seperti aku,memang pantang dicabar dalam bab-bab begini.Kenapa susah sangat nak bagi apa yang telah halal kepada kelantan?Bukankah rakyat Kelantan terdiri dari masyarakat islam?Usah bicara kerajaan Islam sekiranya sesama agama pun ditindas.Cuba kita lihat Palestin..Satu contoh yang mudah dan tepat.Penindasan terhadap Hamas oleh FATAH hanya mengundang hilai tawa Benjamin Netanyahu..Alangkah bodohnya apabila matlamat kita adalah untuk belayar menuju ke pantai,tetapi dalam pada masa yang sama,kita cuba menghancurkan kapal masing-masing.Natijahnya,pihak Israel tidak perlu bersusah payah mengirimkan beribu bala tentera ke medan perang,sebaliknya hanya dengan kata-kata dan perjanjian yang tidak masuk akal,susah bisa menghancurkan Palestin.Terjemahlah situasi ini kepada apa yang b
erlaku kepada Kelantan.Tidak mustahil,pihak musuh akan senang dan bersuka ria melihat keadaan semasa.

"kalau itu hak Kelantan,bagi jer,"kata DR MAZA semasa wacana politik di Kota Bharu baru-baru ini..


Konvensyaen Pakatan Rakyat

Tercipta dalma lipatan sejarah politik tanah air,pihak pembangkang dilihat bersatu padu.Situasi sama pernah diwujudkan semasa isu pemecatan DS
AI 1998.DAP dan PAS,duduk dalam satu bahtera untuk berjuang menentang BN dengan kapal yang bernama Barisan Alternatif(BA).Kali ini dengan nakhoda baru,kapal layar PR telah terbina dan telah siap untuk bertempur dengan BN.Berbanding BA,kelengkapan PR lebih mantap dan kemas.Tidak hairanlah DSAi tersenarai dalam 100 tokoh pemikir sepanjang masa(DSAI ke-32).Dokumen-dokumen persefahaman ditandatangani oleh panglima setiap jentera.PAS dengan Abdul Hadi,DAP diwakili LIm Kit Siang dan PKR oleh Anwar Ibrahim.Sistem politik 2 parti
semakin jelas matlamatnya.Yang untung disini ialah rakyat.Kuasa memilih semakin luas.Kalua tidak berpuas hati dengan BN,pangkah PR.Kalu tidak setuju dengan PR,pilih BN.Bukan pelanduk mati tersepit lagi..
wallahualam..
Pandangan peribadi drAmirul sahaja...


Sunday, December 20, 2009

Abdul Rahman bin Auf

KEBANYAKAN konglomerat Madinah sepanjang sejarah permulaan Islam berasal dari kota Makkah atau yang disebut sebagai Muhajirin, orang yang berhijrah sebagai saudara kepada penduduk asal Madinah yang disebut Ansar. Antara mereka ialah Khalifah Othman bin 'Affan, al-Zubeir bin 'Awwam, al-Abbas bin Abdul Mutallib dan Abdul Rahman bin 'Auf..

Apabila kita mengira jumlah harta kekayaan mereka, kita akan berasa takjub dan terkesima sehingga akan banyak pertanyaan dalam minda kita. Kita akan lebih takjub dan tercengang apabila kita perhatikan sepak terajang mereka dalam menafkahkan harta mereka di jalan Allah demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Kekayaan yang melimpah ruah yang dimiliki kaum Muhajir itu adalah bukti kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur." (Surah al-Nisa: 100)

Mereka dalam kesempitan hidup ketika berada di Makkah demi perjuangan membela Islam dan mereka kemudian menemukan tempat hijrah yang sesuai sehingga boleh mengumpulkan rezeki yang banyak lalu sempat mensyukurinya. Abdul Rahman bin 'Auf adalah satu contoh Muhajir yang berjaya.


Abdul Rahman bin Auf membangunkan jaringan sosial dan ekonomi yang kukuh di Madinah sehingga dengan kekayaannya yang luar biasa boleh menstabilkan perekonomian Madinah demi kepentingan penduduknya.

Ketika beliau meninggal dunia, antara harta warisnya ialah 1,000 unta (RM3 juta), 100 kuda (RM1 juta), 3,000 kambing (RM900,000), beliau mempunyai empat isteri dan masing-masing mendapatkan pembahagian khusus 80,000 dinar (RM 40.8 juta). Beliau memerdekakan sejumlah besar budak-budak yang dimilikinya. Kemudian diwasiatkannya supaya memberikan 400 dinar (RM204,000) kepada masing-masing bekas pejuang Perang Badar. Mereka berjumlah 100 orang, dan semua mengambil bahagiannya masing-masing (RM20.4 juta). Subhanallah.

Di samping itu masih ada peninggalannya berupa emas dan perak, yang jika beliau membahagikannya kepada ahli warisnya dengan mengapak, maka potongannya cukup menjadikan seorang ahli warisnya menjadi kaya raya.

Beliau juga berwasiat supaya memberikan hartanya yang paling mulia untuk Ummahat al-Mukminin, Aisyah ra sering mendoakannya: "Semoga Allah memberikannya minum dengan minuman dari telaga salsabil."

Beliau pernah menyedekahkan hartanya untuk kepentingan jihad sebanyak 40,000 dinar (RM20.4 juta), menyerahkan 500 kuda (RM5 juta) dan 1,500 unta (RM4.5 juta) kepada pejuang.

Daripada buku yang mengisahkan kepahlawanan sahabat Rasulullah yang ditulis oleh Abdul Rahman Ra'fat Basya kita memperoleh susuk Abdul Rahman bin 'Auf yang menakjubkan dan perlu diteladani umat Islam.

Beliau termasuk lapan orang yang mula-mula masuk Islam; beliau juga termasuk 10 orang yang diberikan khabar gembira oleh Rasulullah masuk syurga; beliau termasuk enam sahabat yang bermusyawarah dalam pemilihan khalifah sesudah Umar bin Khattab RA; dan beliau adalah seorang mufti yang dipercayai Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah ketika Baginda masih hidup di tengah-tengah masyarakat Islam.

Namanya pada masa Jahiliah ialah Abd Amr. Setelah masuk Islam Rasulullah menggantikannya dengan Abdul Rahman bin Auf. Beliau memeluk agama Islam sebelum Rasulullah SAW masuk ke rumah al-Arqam, iaitu dua hari sesudah Abu Bakar al-Siddiq memeluk Islam.

Dalam proses hijrah ke Madinah di mana Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajir dan kaum Ansar, Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Sa'ad bin Rabi' al- Anshari RA.

Pada suatu hari Sa'ad berkata kepada Abdul Rahman: "Wahai saudaraku Abdul Rahman. Aku termasuk orang kaya di antara penduduk Madinah. Hartaku banyak. Saya mempunyai dua bidang kebun yang luas, dan dua isteri. Pilihlah olehmu salah satu di antara kedua-dua kebun itu, kuberikan kepadamu mana yang kamu sukai. Begitu pula salah seorang di antara kedua-dua isteriku akan kuserahkan mana yang kamu sukai, kemudian aku nikahkan engkau dengan dia." Jawab Abdul Rahman bin Auf: "Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya kepadamu, kepada keluargamu, dan kepada hartamu. Saya hanya akan minta tolong kepadamu untuk menunjukkan di mana letaknya pasar Madinah ini."

Sa'ad menunjukkan pasar tempat berjual beli kepada Abdul Rahman. Maka, mulailah beliau berniaga di sana, berjual beli, melaba dan merugi. Belum berapa lama dia berdagang, terkumpullah wangnya sekadar cukup untuk mahar menikah. Dia datang kepada Rasulullah memakai wangi-wangian. Baginda menyambut kedatangan Abdul Rahman seraya bersabda yang bermaksud: "Alangkah wanginya kamu, hai Abdul Rahman." Jawab Abdul Rahman: "Saya hendak menikah wahai Rasulullah." Tanya Rasulullah: "Apa mahar yang kamu berikan kepada isterimu?" Jawab Abdul Rahman: "Emas seberat biji kurma." Kata Rasulullah: "Adakan kenduri, walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkati pernikahanmu dan hartamu." Kata Abdul Rahman: "Sejak itu dunia datang menghadap kepadaku (hidupku makmur dan bahagia). Hingga seandainya aku angkat sebuah batu, maka di bawahnya aku dapati emas dan perak."

Begitulah doa Rasulullah SAW untuk Abdul Rahman sehingga perniagaannya selalu meningkat dan berkembang. Kabilah dagangnya terus-menerus hilir mudik ke Madinah mengangkut gandum, tepung, minyak, pakaian, barang-barang pecah-belah, wangi-wangian dan segala keperluan penduduk.

Pada suatu hari iring-iringan kabilah dagang Abdul Rahman terdiri daripada tujuh ratus unta bermuatan penuh tiba di Madinah. Semua membawa makanan, pakaian dan barangan lain keperluan penduduk. Ketika mereka memasuki kota, bumi seolah-olah bergetar. Terdengar suara gemuruh dan hiruk-pikuk. Sehingga Aisyah bertanya, "Suara apa hiruk-pikuk itu?" Dijawab orang: "Kalifah Abdul Rahman dengan iring-iringan tujuh ratus unta bermuatan penuh membawa makanan, pakaian dan lain-lain." Kata Aisyah: "Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya bagi Abdul Rahman dengan baktinya di dunia, serta pahala yang besar di akhirat. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (kerana syurga sudah dekat sekali kepadanya)."

Sebelum menghentikan iring-iringan unta, seorang pembawa berita mengatakan kepada Abdul Rahman bin Auf berita gembira yang disampaikan Aisyah, bahawa Abdul Rahman bin Auf masuk syurga. Serentak mendengar berita itu, bagaikan terbang dia menemui Aisyah. Katanya: "Wahai ibu, apakah ibu mendengar sendiri ucapan itu diucapkan Rasulullah?" Jawab Aisyah: "Ya, saya mendengar sendiri." Abdul Rahman melonjak bahagia. Katanya: "Seandainya aku sanggup, aku akan memasukinya sambil berjalan. Sudilah ibu menyaksikan, kabilah ini dengan seluruh kenderaan dan muatannya, kuserahkan untuk jihad fisabilillah."

Cuba kita bayangkan, seandainya ada 700 kontena yang berisi penuh keperluan memasuki Kuala Lumpur sudah tentu akan membuat heboh penduduknya dan yang akan membuat lebih heboh lagi ialah semuanya berserta isinya disedekahkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Nah, siapa yang sanggup mencontohi susuk Hijrah kita yang satu ini? Selamat Tahun Baru Hijrah
1431.

Tangan kanan menghayun buaian,tangan kiri...


Wanita dengan perwatakan yang lemah lembut,sopan santun memang dipandang lemah oleh setiap lelaki.Alasan?Kerana perempuan hanya menjadi pakar di dapur.Kerana perempuan tidak mampu bekerja membina rumah batu.Dan kerana perempuan tidak gagah dan tidak kuat.Bak kata orang,tiada wanita yang ada 'biceps brachii' atau 'triceps' seperti Sazali Samad.Alangkah dangkalnya hujag yang diberi.


Siapa sangka,dengan pelbagai kelemahan diberikan,wanita mampu berdiri dan memporak perandakan dunia.Bukti?Lihat
Tiger Wood.Harimau yang telah disumpah menjadi kayu oleh isterinya,Elin
Nordegren.Skandal seks yang dilondeh media,telah memb
unuh karieer lagenda golf ini.Sekarang,si harimau telah tercabut ekor.Kayu golf yang sudah tidak mampu dihayun kerana penangan seorang perempuan.Kalau hari ini seorang wanita cemburu dan naik hantu tengok 'boyfriend' bercakap mesra dengan wanita lain,inikan pula seorang isteri.Seorang demi seorang wanita hadir dan mengaku pernah menjalink
an hubungan intim dengan Woods.Natijahnya,Tiger Woods terpaksa menarik diri dari pelbagai kejohanan yang menawarkan jutaan dollar.



Masalah skandal telah lama timbul dan bukan si harimau sahaja yang tercabut belangnya.Wanita memang dijadikan alat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dunia.Uniknya,hanya dalam Kes DS Anwar Ibrahim sahaja,lelaki digunakan untuk menjatuhkan beliau.(bleh masuk World Record ni).Bill Clinton jatuh kerana Monica lewinsky,Presiden Marcos digulingkan kerana isteri yang boros dan yang terbaru dan popular di Malaysia,aksi 'panas' Chua Soi Lek di kamar hotel.Terus terjunam beliau ke bawah di tangan seorang wanita.Walaupun sekarang berjaya balik mendaki bukit MIC,tidak mungkin rakyat akan lupa isu ini dan semestinya.Pihak lawan akan memalu gendang ini setiap kali pilihanraya berlaku.Itu belum dikira lagi selebriti-selebriti yang ditangkap khalwat.

Kuasa wanita

Pengaruh wanita sangat tinggi dalam kehidupan lelaki.Sejarah Rasullullah s.a.w mengiyakan peranan wanita.Khadijah,selaku isteri nabi s.a.w sentiasa memberikan dorongan lantas menambah api semangat dalam diri baginda.Ketika dihina,suara pujukan dan kata-kata khadijah membolehkan baginda menelan segala tohmahan dan cercaan yang dilempar.Sebab itu, kematian Khadiajh sangt mendukacitakan Baginda s.a.w.Peranan yang dimainkan sangat jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Wanita datang dan pergi.Tetapi,adakah wanita yang datang mampu menggantikan yang pergi??P ramlee berkata dalam Madu Tiga

2,3 kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang'
2, 3 boleh ku cari
Mana nak sama latifah ku sorang

Kalua la kucing pun berbeza,inikan pula manusia.Kalau setiap wanita sama,adakah mungkin Adam berusaha mencari Nur Amina walaupun mempunyai Cat di Australia?Drama Nurkasih berjaya membawa isu ini dengan begitu hebat..Tahniah kepada Khabir Bhatia.

Kepada kaum Adam,janganla sesekali memperkecilkan peranan wanita.
Kepada kaum Hawa,bantulah menonjolkan kelebihan pasangan anda.

TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BISA MENGGONCANG DUNIA!!

Wednesday, December 9, 2009

Tika..

  • Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah... Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, Maka berdoalah..Tika bahu tidak kuasa memikul amanah, Maka bersujudlah... Ikhlaskan semuanya & dekatilah Allah s.w.t..Agar tunduk disaat yang lain angkuh..Agar teguh disaat yang lain runtuh..Agar tegar disaat yang lain terlempar.
  • Saturday, December 5, 2009

    Daripada saudara khairil..

    Allah berfirman:"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar" (Fussilat 41:35)
    “Lihatlah kepada orang yang berada dibawahmu dan jangan melihat kepada orang yang berada di atasmu, kerana dengan yang demikian lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberi kepadamu” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
    Al-Qasim Abu 'Abdirrahman mengatakan, "Barangsiapa dianugerahkan hati yang selalu bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir, dan diri yang sabar, beerti dia telah diberi kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat serta dilindungi dari azab neraka" (Ibnu Abi Hatim (II/542), tahqiq DR, Al-Ghamidi)

    Wednesday, December 2, 2009

    Comelnyer...!!

    Monday, November 30, 2009

    KJ dan Pak Lah di Tanah Suci..

    Inilah Gambar Bayi 6.15kg Aishah Bee Yassin!!




    “Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah tersebut, saya jadi marah-marah!”aisyah bee

    Sekitar sambutan Aidiladha di manipal...










    Thursday, November 26, 2009

    Wajibkah Solat Jumaat Pada Hari Raya?

    Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?


    Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:


    Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat : قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih). Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor.

    Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).
    Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

    Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.


    Salam Aidiladha kepada semua..

    Sunday, November 22, 2009

    Kehidupan pada hari ini...


    Jadual hari ini agak berbeza..Perasaan bercampur-campur dan tidak tenteram..Apakah ertinya??
    Mungkinkah aku rindukan keluarga tercinta?atau sekadar mainan sang jiwa yang meronta-ronta..Sungguh aku tidak mengerti....

    Merenung jadual,tercatit pelbagai cabang ilmu perubatan..Pathology,Microbiology,Pharmacology dan Forensic Medicine..Ternyata satu igauan ngeri bagi diri setiap murid perubatan..Kadang-kadang aku terfikir,adakah aku mampu menghadapi semua ini?Sanggupkah aku bersekang mata menatap variasi buku-buku yang sedia terhidang di atas meja?Betulkah ini sebenarnya cita-citaku?Pertanyaan demi pertanyaan berlegar di minda..
    Ternyata jiwa kecilku tidak dapat menghasilkan jawapan yang memuaskan hati...


    Lantas aku mengambil satu buku..Buku yang kecil.Berwarna biru.Tebal dan tersimpan rapi di sudut meja tulisku.Membuka kandungan dan membaca isinya,memang berjaya mententeramkan jiwa..Aku membelek-belek dan terjumpa satu ayat yang bagi aku sangat signifikan

    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
    kesanggupannya."
    -(Surah Al-Baqarah , 286
    )

    Segala pertanyaan ak terjawab!!
    Allah swt,sebagai 'engineer' manusia,tahu selok belok ciptaanNYA..Walaupun hati berkecamuk, fikiran selalu terganggu dan kelemahan mengingati sesuatu fakta,ternyata aku akan berjaya.InsyaAllah.Secebis ayat dari Al-quran ini,menanam harapan yang teguh dalam hidupku.YA.Aku memang ternyata sanggup memikul beban ini..Aku memang telah ditakdirkan memilih bidang ini.Keyakinanku terhadap Maha Pencipta bercambah dengan pantas.

    Apa yang perlu aku lakukan sekarang??
    Persoalan ini secara tiba-tiba menari,datang dan pergi..

    “ Maka istiqamahlah olehmu sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan orang yang bertaubat bersamamu dan janganlah kamu melampaui batas….” (Surah Hud: 111).

    YES..Sekali lagi jawapan itu muncul..ISTIQAMAH..Itulah yang mungkin ramuan yang tertinggal dalam merencanakan kehidupanku sekarang.Kesukaran aku beristiqamah itulah ibu kepada segala permasalahan yang aku hadapi sekarang..Mukjizat agung kepada Baginda SWT sekali lagi membuktikan kesaktiannya kepadaku..Alhamdulillah

    Hari akan terus berlalu dan pergi..Masa semakin rancak berlari meninggalkan kita..Tenggelamkah aku dalam menunaikan fardhu kifayah menuntut ilmuMU?lalu aku berdoa

    "Ya Allah.Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada Agama-Mu, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu"


    Ayuh rakan-rakan..IStiqamah dalam perjuangan..Tetapkan hati,dan paculah ke jalan yang benar lagi lurus..

    'tunjukkan lah kami jalan yang lurus'(Al-fatihah,4)

    InsyaAllah..Amin.

    Post pertama,hasil karya sendiri...

    Tuesday, November 17, 2009

    Jin saka punca pendarahan usus???


    Bersama Dato' Dr Haron Din

    SAYA telah menjalani perubatan moden selama 18 tahun, tetapi para doktor gagal membantu menyembuhkan
    menerusi e-melpenyakit saya. Penyakit itu adalah pendarahan usus yang tidak pernah sembuh. Baru-baru ini saya telah di'scan' oleh seorang ustaz. Beliau mendapati, katanya ada jin saka dan jin-jin lain. Katanya semua jin-jin itu boleh dibuang melalui rawatan auraterapi beliau. Apakah risiko jika saya menjalani rawatan tersebut. Penjelasan Dato' amat diharapkan.



    SETIAP penyakit ada ubatnya (maksud hadis). Allah tidak menurunkan segala penyakit, melainkan diturunkan bersama-sama dengannya penawar (maksud hadis).

    Antara ubat, atau penawar yang senang didapati ialah al-Quranul Karim. Firman Allah (mafhumnya): "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar (shifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surah al-Israk ayat 82)

    Anda sakit, anda telah berusaha dengan cara yang betul iaitu dengan berjumpa doktor, terutamanya doktor pakar untuk mengikhtiarkan kesembuhan.

    Jika sudah 18 tahun anda berusaha, dan sehingga kini belum ada kesembuhan, maka jangan sesekali berputus asa.

    Anda harus terus berusaha mencari penawarnya. Tentu ada penawarnya berdasarkan kepada hadis dan al-Quran yang saya nyatakan di atas.

    Perihal ada ustaz yang 'scan', memberitahu ada jin saka dan sebagainya, saya tidak tahu betulkan perbuatannya itu ataupun tidak.

    Apa yang boleh saya fahami daripada cerita anda, seolah-olahnya ustaz itu boleh mengetahui perkara yang ghaib.

    Perihal saka menyaka ini atau gangguan jin dan sebagainya, adalah perkara ghaib.

    Mengetahui penyakit dengan cara 'scan' sebegini adalah juga ghaib. Perihal mendakwa mengetahui yang ghaib adalah perkara yang amat serius dalam syariat Islam.

    Tidak boleh sedemikian. Islam melarang dengan sekeras-kerasnya. Dalam al-Quranul Karim, Allah berfirman (mafhumnya): "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
    (Surah al-An'aam ayat 59)


    Firman Allah (mafhumnya): "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.

    "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)." (Suratul Jin, ayat 26-27)

    Dalam as-Sunnah, banyak terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mendatangi tukang tilik atau pengubat-pengubat yang mendakwa mengetahui yang ghaib. Antaranya hadis daripada Sufayyah bin Abi Ubaid katanya (mafhum): "Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang mendatangi arrafan (tukang tilik atau pengubat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib), lalu menanyakannya sesuatu, maka perbuatan itu mengakibatkan ibadatnya kepada Allah SWT tidak diterima selama 40 malam." (Hadis riwayat Muslim)

    Imam al-Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal, meriwayatkan hadis (mafhumnya): "Sesiapa yang mendatangi kaahin dan bertanya sesuatu kepadanya, dan mempercayainya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah (al-Quran) kepada Nabi Muhammad s.a.w."

    Apa itu kaahin? Dalam Kamus al-Munjit disebut kaahin itu adalah orang yang mendakwa mengetahui segala rahsia dan hal-hal yang ghaib. Kaahin juga bermaksud, mengubat atau tukang tilik atau orang yang menolong seseorang itu melepaskan kesusahannya. Semuanya dilarang kerana boleh membawa syirik kepada Allah SWT.

    Mengenai rawatan orang yang dimasuki makhluk halus seperti cara yang disyariatkan oleh Allah SWT, adalah harus melakukannya, seperti menggunakan doa, solat hajat, membaca ayat-ayat tertentu dan merawatinya dengan cara yang betul, itulah cara yang patut dilakukan.

    Saya tidak begitu arif mengenai auraterapi. Anda rujuklah kepada yang lebih arif. Sekian sahaja, wallahua'alam.

    Kemelut Politik Nasional: Dari Kota Mekah Ke Kota Seputih

    PERINTAH Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 16 November mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputih di Kedah kosong menggambarkan betapa parti-parti politik nasional masih belum sembuh daripada masalah kronik.



    Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Abu Hassan Sarif tidak hadir dua persidangan DUN tahun ini.

    Apa sudah jadi dengan politik nasional kita? Kalau Barisan Nasional lemah, Pakatan Rakyat nampaknya tidak lebih kuat. Umno ada masalah. MCA ada masalah. Pas ada masalah. PKR apa kurangnya. Yang nampak “steady” sikit adalah DAP. Itu pun belum tahu.

    Dalam Pas, kelompok Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegang leher dengan penyokong Abdul Hadi Awang sampai kena adakan seminar khas. Serentak itu muncul kontroversi mengenai cerai talak tiga dalam sumpah setia laknat parti itu.

    Duduk tak duduk, Nik Abdul Aziz didedah menerima “sponsorship” kelas platinum bernilai RM65,000 ke Mekah dan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman, dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang Nik Abdul Aziz pengerusinya.

    Kerana orang ramai sudah tahu, terpaksalah Nik Abdul Aziz membatalkan perjalanan hajinya kali ini. Tajaan RM65,000 itu boleh menghantar ramai fakir miskin ke Tanah Suci atau memberi makan anak-anak yatim dan ibu tunggal kalau si penderma yang baik hati itu mahu!

    Nik Abdul Aziz Ketua PR?

    PKR pula dikejutkan apabila pemimpin loncatan terbarunya Zaid bin Ibrahim mengatakan Nik Abdul Aziz adalah orang yang paling sesuai memimpin Pakatan Rakyat apabila ia didaftarkan secara rasmi.

    Ini memaksa Ketua Umum PKR merangkap “Shadow Prime Minister” (PM bayang-bayangan), Anwar Ibrahim menyangkal dengan mengatakan bahawa itu adalah pendapat peribadi Zaid.

    Tetapi kenyataan Zaid itu membawa erti yang besar kerana dia adalah Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat. Jelas Zaid memikirkan kelangsungan (survival) PR daripada aspirasi politik Anwar apabila dia membayangkan Nik Abdul Aziz sebagai calon unggul pengerusi PR.

    Tetapi itu sebelum Nik Abdul Aziz didedah menerima tajaan platinum ke Mekah dan sebelum menantunya dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Zaid seperti kita maklum adalah anak Kelantan.

    Sama ada secara kebetulan atau bagi menyanggah cadangan Zaid melantik Nik Abdul Aziz sebagai ketua PR, Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) melantiknya Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan gaji RM1.

    Semua penyakit politik ini, tidak kira yang menjangkiti BN atau PR, bukan sahaja mengelirukan rakyat jelata yang sangat-sangat dahagakan pembelaan, malah lebih teruk daripada itu ia menakutkan pelabur dalam dan luar negara.

    Silap-silap hari, arus politik nasional sekarang boleh menterjemahkan peribahasa menang bersorak kampung tergadai menjadi kenyataan, khasnya bagi orang Melayu dan Bumiputera yang serba daif.

    Ayam sabung kita mungkin menang tetapi tanah bendang kita jadi milik orang. Apatah lagi kalau ayam sabung kita itu ayam “sponsor.”

    Umno Kedah Mamaikah?

    BERBALIK kepada kes Abu Hassan ini, bayangkan seorang wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh pengundi dan telah mengangkat sumpah dilucutkan jawatan oleh mahkamah kerana tidak hadir sidang DUN.

    Katalah apa yang hendak dikatakan dan berilah apa pun juga alasan, seorang Adun tidak hadir sidang tanpa alasan dan tanpa mengikut peraturan sehingga dilucutkan jawatan tidak masuk akal.

    Meminjam bahasa semasa anak muda, apa sudah jadi dengan si Mamat ni? Ke mana sikap dan sifat tanggungjawab dia. Apakah dia ini seorang yang tidak ada akhlak? Apa yang ketua dia Mahdzir Khalid (bekas Menteri Besar) buat? Apakah kerja Pengerusi Umno dan BN Kedah? Apa kerja Whip BN dalam DUN Kedah? Semua ralek?

    Kalau inilah tahap prestasi dan tahap akhlak kepemimpinan Umno dan BN, maka susahlah bagi sesiapa pun menyokong dan mereka. Sebaliknya orang yang cuba menyokong dan mempertahankan mereka akan dicaci dan dikeji.

    Kalau inilah tahap prestasi dan tahap akhlak kepemimpinan Umno dan BN Kedah, nampaknya malaplah cita-cita besar mereka hendak menakluki semula negeri itu daripada Pas.

    Saya tidak perlu memberitahu orang macam Abu Hassan, Mahdzir dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang baru, Mohd Shafie Apdal, bahawa orang Umno pun selesa dengan Ustaz Azizan Abdul Razak.

    Sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu, Kerajaan Pas Kedah yang dipimpin oleh Azizan adalah antara kerajaan negeri pembangkang yang paling “steady” dan tanpa kontroversi kecuali kes rumah sembelihan babi di mana DAP yang ada hanya satu kerusi berjaya “memeras ugut” kerajaan pimpinan Pas itu.

    Malah orang Pas sendiri sudah mula membandingkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh parti mereka seperti Kedah, Kelantan dan pada suatu waktu dulu Perak.

    Dengan imej kerajaan pimpinan Pas yang tidak banyak catat cela di Kedah, adalah satu tugas berat bagi BN mempertahankan kerusi Kota Seputih jika (atau apabila) berlaku pilihan raya kecil.

    BN menang tipis kerusi ini. Abu Hassan mengalahkan calon Pas Ismail Wan Teh dengan hanya 495 undi sahaja. Abu Hassan dapat 8,160 undi dan Ismail 7,665.

    Peristiwa seperti ini dan orang macam Abu Hassan inilah yang menyukarkan usaha memulihkan imej Umno dan BN. Inilah jenis penyokong setia yang akan membawa rebah kepada Umno dan BN.

    Sunday, November 15, 2009

    Tidak BErcaMpur..


    Gambar di atas adalah gambar laut di Cape Town, Afrika Selatan. Air laut tersebut sebenarnya adalah cantuman dua sungai yang bertemu di laut. Apa yang menariknya kedua air tersebut mempunyai dua rasa yang bertentangan dan kedua jenis air tersebut tidak boleh bercampur!

    Inilah kekuasaan Allah, dan ada dinyatakan dalam Al-Quran.

    KIsah SEram SI pemaNcing..

    Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.


    Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.


    Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.


    tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


    Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.


    Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.


    hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.


    Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

    Friday, November 13, 2009

    Muhammad Al Fatih....


    Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

    Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
    a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
    b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakanc. Kehendak yang kuat
    d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
    e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
    f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

    Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
    Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
    a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
    b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
    c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
    d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
    e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

    Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
    Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
    Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
    Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
    Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453,

    Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

    Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
    Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

    Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

    Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

    Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
    Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

    Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

    Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

    Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
    Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

    Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

    Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

    a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
    Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
    Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

    b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
    Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
    Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
    Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

    c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
    Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
    Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
    Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

    Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
    Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

    Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

    Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

    Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
    Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
    Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

    Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
    Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

    Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
    Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
    Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

    Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

    Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

    Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

    Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

    Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

    Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

    Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

    Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

    Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

    Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
    Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
    Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

    Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy,
    Lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
    Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
    Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
    Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
    Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
    Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
    Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

    Thursday, November 12, 2009

    TAzkirah JUmaAt...

    KeKuatan BerSeDEkah..

    Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad, seperti berikut :
    Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

    Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

    Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

    Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"
    Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

    Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"
    Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

    Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
    Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

    Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

    Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

    Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

    Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

    Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    Ganjaran bersedekah

    RasulAllah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

    Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW

    Allah Ta'ala berfirman,
    "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}


    Allah Ta'ala berfirman,
    "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Monday, November 9, 2009

    Maka dengan ini,bermulalah satu ceritera.......

    Pelancaran 'peNA yg mEnari'

    Idea menulis blog,sudah lama terpahat dalam sanubari..Melihat kehebatan pena rakan2 yg pantas meluncur,menekan kekunci sambil mata melirik ke monitor,mengundang seribu satu desakan..Cemburu jelas menguasai minda..Saban hari,mata ini menjadi saksi kepada kehebatan puisi dan karya dalam khayalan..Malam ini,jari-jemari ini akan berusaha menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua..Bekalan yang dibawa hanyalah secebis ilmu,segenggam pengalaman disulami dengan emosi serta perasaan.Maka,bermulalah satu ceritera....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...