Subscribe to RSS feeds

Thursday, February 25, 2010

Salam Taj Mahal




3 minggu cuti kali ini akan dimanfaatkan dengan mengelilingi bahagian utara India.

Bermula dengan Mumbai,New Delhi,Shimla,Manali dan beberapa tempat lagi..

Blog ini akan kosong tanpa isi dan buah fikiran terbaru dari penulis..

InsyaAllah,tahkala kaki menjejakkan kembali ke Manipal,penulis akan berkongsi pengalaman indah seharian sepanjang perjalanan..

Kepada sidang pengunjung,selamat datang diucapkan dan ribuan terima kasih dilampirkan

Salam sayang kepada sekalian...

Tuesday, February 23, 2010

Filem : Ayat-Ayat Cinta (2008)


Cerita asal : Habiburrahman El-Syirazi

Pengarah : Hanung Bramantyo

Lakon layar : Salman Aristo

Pelakon : Fedi Nuril (Fahri), Rianti R Cartwright (Maria), Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca

AAC adalah naskah adaptasi. Adaptasi dari sebuah novel popular. Dikataka oleh A Wahab Hamzah sebagai novel paling laris dalam sejarah Indonesia. Begitu juga filemnya. 3 juta telah menontonnya dalam tempoh beberapa minggu ditayangkan. Saya berpandangan populariti novelnya kuat membantu melanjutkan kegilaan terhadap filemnya. 2 kekuatan filem ini ialah satunya tadi kerana novelnya laris, keduanya ia tema yang diangkat. Bukan sekadar cinta banyak segi (Fahri –Aisha-Maria-Nurul-Nouva), namun kerana citra Islamisnya.

AAC yang lahir dalam industri filem Indonedia yang pernah melahirkan Gie (2005), Ada Apa dengan Cinta, dan beberapa filem lain yang menaikkan nama Indonesia di persada filem mancanegara (baca antarabangsa). Dari sudut kutipannya AAC paling Berjaya hingga saat ini. Namun dari sudut teknikal, lakonan dan beberapa bahagian lain, AAC bukanlah yang terbaik. Untuk membariskan filem ini dalam kelompok filem baik yang pernah dihasilkan oleh Indonesia pun saya rasa agak sukar.

Pun begitu, AAC masih saya suka kerana cerita dan tema yang diangkat sangat ideal dan baik. Bak kata Faisal Tehrani dalam satu diskusi filem, sebuah filem yang baik punya naratif yang baik, dan mampu menyampaikan ‘rasa’ itu kepada penonton. Dari sudut nilainya seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu jelas wuju dalam filem ini. Apa yang lebih menariknya ialah seruan kabaikan dan cegah kemungkaran itu tidak terasa seperti bebelan khutbah (yang ketara dalam novel Faisal sendiri). Habib sedari awal naskah novelnya nampak seperti hati-hati dan teliti hingga perjalanan ceritanya menjadi lancar mengalir.

Sinopsis

Kisah seorang pemuda Indonesia Fahri (altar ego El-Syirazi) yang menuntut di Al-Azhar. Fahri digilai oleh empat wanita ; 1. Aisha gadis German yang dikenali dalam tren selepas insiden gadis Amerika Alicia yang diganggu. 2. Nurul, gadis Indonesia anak saudara Kiayi yang mengajar di Mesir. 3. Maria, gadis Kristian yang meminati Islam menjadi jiran Fahri. Dan 4. Nouva, gadis yang dibantu Fahri selepas didera oleh ayah angkatnya.

Selanjutnya ialah pergolakan percintaan 4 orang gadis ini merebut hati Fahri yang ‘suci’.

Ulasan

Pertama ; Ahli Kitab

Ada beberapa perkara yang suka saya beri perhatian lebih. Pertamanya ialah definisi ahli kitab. Maria adalah wanita Kristian. Maria dinikahi ketika dalam ‘koma’ nya. Seingat saya dalam novel, ia dibincangkan secara lanjut tentang ‘bolehkah Fahri menikahi Maria yang Kristian’. Namun dalam filem ia diringkaskan. Siapakah yang digelar ahli kitab hari ini. Menurut Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mufti Perlis, ahli kitab ialah orang-orang Kristian yang masih beramal dengan Injil dan orang Yahudi yang masih beramal dengan kitab Taurat. Yang dimaksudkan Injil dan Taurat ialah yang ada hari ini, bukan yang dahulu. Kerana istilah ahli kitab disebut oleh Allah dala Al-Qur’an ialah penganut agama Kristian dan Yahudi yang enggan mengikut Nabi Muhammad dan Al-Quran. Jika orang-orang Kristian dan Yahudi itu menerima Nabi Muhammad dan Al-Qur’an sudah tentunya mereka bergelar Muslim, tidak ahli kitab.

Kedua : Salam kepada orang bukan Muslim

Ini polemik akhbar tempatan beberapa ketika yang lalu. Dalm filem ini Fahri menjawab salam Maria dengan jawapan yang sempurna. Kemudiannya Fahri juga menjawab salam Alicia, seorang Amerika yang ditakrifkan oleh Fahri sebagai kafir zimmi (yang tidak boleh diperangi).

Ketiga : Jawapan kepada salah faham terhadap Islam

Yang paling saya suka tentang AAC ialah, Habib selaku pencerita asal memanfaatkan ruang kreatif untuk menjawab beberapa kekeliruan terhadap Islam. Antaranya diskriminasi terhadap Islam (babak : wawancara bersama Alicia), muamalah antara lelaki dan wanita bukan mahram (ianya tidak sesempit yang selalu digambarkan, Fahri dan wanita-wanita lain bebas berbincang dan berurusan dalam batas yang minimal), dan sikap orang Islam terhadap orang bukan Islam (layanan Fahri dan Aishah ketika dalam tren terhadap Alicia dan ibunya).

Ayat-Ayat Cinta

Sebagai sebuah filem, ia bukanlah yang terbaik. Namun dari sudut cerita, tema dan nilai Islam pada saya setakat ini ia yang paling baik. Banyak perkara tentunya boleh diperbaiki dari sudut teknikal. Dan tidak lupa banyak perkara yang boleh dipelajari oleh penonton dan juga karyawan negara, tentang bagaimana membikin filem yang baik untuk penonton dan baik juga untuk kantung penerbit.

Kredit kepada karywan tempatan

Cinemaonline merujukkan filem ini dengan Qaisy dan Laila. Namun saya filem itu sangat sukar ditonton. Saya teringat Perempuan Melayu Terakhir yang punya sedikit nafas Islam. Namun di tangan Erma Fatima sudut pandang Islam itu nampak serong. Justeru tidak ramai yang berani mempotretkan wajah Islam dalam karya mereka. Menyelitkan babak solat pun sudah tidak mahu, bimbang dikritik. Ya, mungkin Pensil memberi takrif nilai Islam yang sangat baik tentang usaha, takdir dan rezeki namun ia tidak ditonton ramai. Namun saya mencium bau-bau citra Islam itu dari naskah-naskah Yasmin!

http://ikatkata.wordpress.com/2008/06/25/filem-ayat-ayat-cinta-2008/


Monday, February 15, 2010

Raju,bila aku diam mem'bisu'


Sedangkan lidah lagi tergigit
Inikan pula suami isteri

Bait lagu dalam filem 3 Abdul nyanyian seniman agung P.Ramlee
Dalam babak ini, P.ramlee kena tidur kat kandang kuda.Isteri beliau,Ghasidah datang nak teman.Tengah asyik diorang punya syok tengah nyanyi,tetibe Haji Bakhil muncul.Kakak Ghasidah jeles dan terus report kat Sadiq Segaraga yang masa tu tengah tidow.

"Bapak marah pak?"tanya P.Ramlee
"ohhh tidakkk"
"Nyanyi la sampai ke pagi"
"Jom balik semua,Biarkan diorang ni nyanyi sampai ke pagi",balas Sadiq Segaraga

Keesokan hari,kandang kuda itu nak kena bakar atas advice tuan penasihat 25%.
"Memang bijak.Otak bergeliga.Otak penipu"
"Kalau rancangan ini berjaya, saya up jadi 30%"
"hahahahhaa,"gelak diorang macam setan.
Nasib baik,P ramlee bijak dan terselamat dari komplot jahat itu..

Bait lagu P.ramlee.
Lidah lagikan tegigit..
Dan memang aku tergigit lidah seminggu lepas..
Dalam pathology,ulcer akan terbentuk selepas trauma.
Dan ulcer ini wujud kat bawah lidah.Lokasi yang sangat2 tidak strategik
Sakitnyerr..Fuhhh..Dasyat2

4 hari aku menjadi bisu..
Syahmi(aetiology) guna bahasa isyarat
Raju kutuk aku kaw2
Nadiah setia beli sweetbun hari2..
Wafiy beli ubat ayurveda
Sabah bagi Bonjelaa
Dan ada orang kata aku gedik sebab ponteng kelas
Walaupun ulcer aku rasa ini satu alasan kukuh bagi aku untuk ponteng kelas..
Lalu aku ponteng kelas pathology dan lab microbiology.
Nikmat jugak play truant bila kena ulcer nie..

Ulcer ni macam degil sket dan kedua terburuk dalam sejarah hidup aku
Paling teruk masa aku kecik,selepas cubaan pertama makan sireh.Aku letak kapur banyak2 dan terus telan.Rasa pahit semacam jer dan tak best pun..
Lalu apa lagi, esok mulut aku penuh ulcer.
Masa tu tak guna Bonjela.Rawatan tradisional beb..Aku makan air penawar sumpahan Raja Majapahit yang bertapa di gunung sang raja..
Mak aku merantau jauh nun di sana cari air penawar dengan seorang ustaz.Air rebusan akar kayu.Aku bersemangat minum tiap2 hari siap tambah 2 plastik beg lagi pun tak hilang2..Jenuh dah ustaz tu tengok muka aku dan jampi mulut aku.2 minggu baru hilang.

Raju masak bubur nasi
"Don't touching this"
"Sickman@tallman eating this,"
Reaksi Raju apabila Sabah gatal tangan cuba sentuh bubur special untuk aku..HAHAHAHAHA,..Padan muka.
"Korang tak boleh sentuh tau.Nanti raju murka,sumpah jadi batu,"kata aku dalam hati(masa tu aku tak boleh cakap,just senyum sinis jer)
Satu hari tu,Raju letak telur goreng lagi.Terbaik laaa..
Aku makan dengan berselera,diorang makan dengan hati terseksa.Muke nak pow bubur.
Muke Sepet dan Sakok jelas kecewa dengan layanan mesra Raju terhadap aku.

"Ko ni kena jerawat.Jerawat dalam lidah.Ya Allah.Betulla.Baik ko pergi check dengan hospital"
"Ko ni kena genital wart"
Budak medik kan.Sentiasa aplikasi apa yang belajar dalam kelas dengan kehidupan seharian.

Pelbagai cadangan diterima.

Raju-U putting salt inside water.Doing like this(tangan bersungguh-sungguh kacau and muke xbleh blah tunjuk cara berkumur)

Wafiy-tryla demo kumur air garam(pemikiran sama dengan ayah.Bukti hakiki anak kesayangan)

Sabah-Ko letak jer Bonjelaa ni.Aku hari tu kejap jer trus ok.Tengok tarikh luput.2011.Boleh gune lagi nie.Apehal suare ko camnie..hahahhaha

Tindakan yang aku buat
1)Letak Bonjelaa setiap masa
2)Letak garam(cadangan bersama Raju dan Wafiy)
3)Minum air dengan bnyak sampai water intoxification(alasan nk ponteng kelas jer)

Banyak2,paling perit letak garam..
"Please,don't try this at home,"kata WWE superstar,John Cena.
Sabah peminat setia John Cena.
Wafiy minat Undertaker.
Hadri minat Kofi Kingston.
Amin minat Mark Henry.
Terbongkar habis rahsia korang..

4 hari total aku jadi bisu.Tak bercakap dan makan nasi bubur.
Hari ini,baru ulcer ni mula mengecut.
Dan aku kembali aktif bercakap..Habislah sesiapa yang kutuk aku masa aku jadi bisu hari tu..
Time for revenge!!!

p/s-Terima kasih atas keprihatian sahabat2 sekalian.Thank you very much and good luck for the block exam.


Sunday, February 14, 2010

Transkripsi bertulis soalan TG Haji NIk Aziz terhadap PM tentang FREEMASON di Malaysia

25 OKTOBER 1978
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT

FREEMASON

4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:

(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukania bertaubat dan menjauhkan diri dari kumpulan itu; dan
(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah jenayah itu setelah selesai kajian dibuat oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang
orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan
(a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah
melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam. Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan- kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapatbahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan
akidah Islam. Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat. Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan- keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:
(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.
(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.
(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.
(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.
(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau
pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala di antara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.
(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.
Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.

Panjang lagi nie.Redz,ko klik la link kat bawah nie.

Saturday, February 13, 2010

Gambar indah Alam Nusantara



Bila tension,kawan pergi Malpe
Bile bosan,rakan ajak pegi Hamangundi
Bile stress,sahabat mempelawa melawat Uduppi
Bila tertekan,pergi jogging di End Point

Satu rutin manusia yang dapat diperhatikan,apabila berdepan masalah dan tekanan perasaan,selain ubat anti anxiety,anti psychotic, benda yang diorang telan ialah udara nyaman dan bunyi semulajadi yang menyenangkan

Satu rutin harian manusia mencari kegembiraan dan ketenangan minda

Komposer muzik mencari ilham di tepi pantai,usahawan berjaya merehatkan minda di pulau2 terkemuka dan pelajar cemerlang sibuk mendaki gunung di banjaran

Semua sedaya upaya mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

Ketenangan yang dicapai sememangnya maksimum.Selepas berhibernasi di tempat2 pilihan,minda seolah-olah diurut dengan akar pokok tumbuhan dan insan baru lahir,dilengkapi pemikiran yang sangat berbeda.

Usahawan semakin berjaya dengan bisnes,pengubah muzik melahirkan karya agung dan pelajar cemerlang tambah gemilang.

Efek alam menghijau ini sangt berkesan.

Rahsia Alam

Bunyi alam. Kesemuanya berasa tenang. Tenang yang universal.

Mengapa?

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia itu adalah (Tuhan yang) Maha Terkawal, lagi Maha Pengampun” [Al-Israa' 17: 44]

Rupa-rupanya, semua yang kita dengar itu tadi adalah tasbih memuji Allah. Harmoni, seragam, menenangkan… akal kita tidak memahaminya, selera kita tidak terkesan olehnya, tetapi roh kita memahaminya. Roh setiap kita, tanpa mengira bangsa, selera muzik, malah agama

Ya… seluruh alam bertasbih.


Pokok bertasbih.


Air bertasbih.


Burung bertasbih.


Angin bertasbih.

Mustahil kita yang kerdil dapat memahami bahasa pokok
Nabi Sulaiman a.s berupaya mamahami pertuturan haiwan
Junjungan besar Rasullullah s.a.w diberi mukjizat memahami bahasa tumbuhan.
Manusia yang lemah hanya dapat menghayati zikir pokok tumbuhan..

Mungkin deruan angin di celahan pokok merupakan suatu tasbih

Mungkin hempasan ombak di pantai mengalunkan nyanyian memuji Allah s.w.t

Mungkin gemersik ranting di hutan menagaugngkan kebesaran Illahi

Mungkin suara burung berkicauan satu lambang kehebataan Maha Pencipta

Wallahualam.

Tumbuhan berzikir,cinta bertasbih,manusia???

Dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak kerana bunyi menguaknya adalah tasbih

Tayangan My Name is Khan diancam




WARGA Muslim India meraikan tayangan My Name is Khan di luar sebuah pawagam di New Delhi di sebalik ancaman kumpulan Hindu radikal Shiv Sena.

Kumpulan radikal Hindu bantah komen aktor mengenai pemain kriket Pakistan

MUMBAI: Panggung wayang di Mumbai dikawal ketat semalam sempena mulanya tayangan filem My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan berikutan ancaman oleh kumpulan Hindu radikal, Shiv Sena.

Kebanyakan panggung wayang mula menayangkan filem berkenaan tengah hari semalam selepas enggan berbuat demikian sebelum ini kerana bimbang ancaman Shiv Sena yang marah kepada Shah Rukh berikutan komen pelakon itu agar pemain kriket Pakistan dibenarkan menyertai Liga Perdana India.

"Tayangan filem ini adalah tamparan hebat kepada Shiv Sena," kata seorang wanita selepas menonton filem itu di sebuah panggung di Mumbai semalam.


Beribu polis dengan memakai pakaian antirusuhan dikerahkan ke panggung wayang untuk memastikan keadaan terkawal.

Polis menahan kira-kira 2,000 anggota Shiv Sena sebagai langkah berjaga-jaga dan mengusir penunjuk perasaan di luar panggung.

ANGGOTA polis India menahan seorang penyokong Shiv Sena ketika satu bantahan tayangan My Name is Khan di sebuah pawagam di New Delhi.

Tunjuk perasaan turut disaksikan di bandar lain di India.

Sementara itu di
BERLIN, tiket untuk menonton tayangan perdana filem My Name is Khan habis dijual dalam tempoh lima saat di Festival Filem Antarabangsa Berlin di sini.

Peminat tidak tidur semalaman untuk memastikan mereka paling awal berada dalam barisan untuk membeli tiket walaupun suhu di bawah sifar di sini.

Mereka yang tiba seawal jam 6 pagi pun menangis kerana gagal membeli tiket.

Bagi jualan online, tiket habis dijual dalam lima saat.

Malah lelongan tiket berkenaan laman web lelong, e-Bay mencapai harga 1,000 euro (RM4,660.31) setiap satu.

Jenny Watkinson, yang ditugaskan di 'jabatan Shah Rukh Khan' di pejabat Perhubungan Antarabangsa Dieter Kosslick, pengarah festival filem berkenaan, memberitahu IANS: "Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku. Tahun ini dijangka lebih hebat berbanding 2008 (ketika Om Shanti Om ditayang)."

Tayangan perdana filem itu diadakan di sini semalam dengan hamparan permaidani merah diadakan di teater berprestij Berlinale Palast di Potsdamer Platz.

Ramai menunggu kemunculan Shah Rukh dan barisan pelakon lain di tayangan perdana itu yang turut dikawal polis. – Reuters/Agensi


WACANA PERDANA "ISLAM DI MALAYSIA:REALITI DAN HARAPAN"


Lokasi : Kelantan Trade Centre
Tarikh : 12 Disember 2009

Moderator: Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusof

Panel
1) YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah(Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan)
2) Dr Mohd Asri Zainul Abidin(mantan Mufti Perlis)
3) Dato' Hj Nakhaie Ahmad(Yang Dipertua YADIM)
4) Ustaz Afandi Yusof(PEngerusi Biro Agama Pemuda UMNO)

Antara hujah dan persoalan informatif
1) Doa bala YB Dato' Nik Aziz kepada DS Najib Razak
2) Isu royalti minyak Kelantan
3) Penjelasan Dr Asri tentang Wahhabi
4) Komen YB Nik Amar tentang siapa pengganti Nik Aziz
5) Isu kafir-mengkafir antara UMNO dan PAS 1984
6) Persoalan Negara ISLAM
7) Hukum HUDUD di Kelantan??
8) Isu doa YB Ngar Kor Ming
9) Kerjasama UMNO dan PAS


TRAILER





Konklusi peribadi

YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah
Tegas dan cerdik dalam menjawab persoalan.Bidasan yang tepat mengenai hidung Ustaz Afendi yang beberapa kali cuba memprovokasikan soalan dengan keratan2 akhbar simpanannya.Protege Nik Aziz ini sangat jelas terpengaruh dengan fahaman mentornya.Beberapa kiasan menarik diberikan seperti
"orang luar tak nak makan budu,kita bagi nasi kerabu"
"bila sampai di traffic light,kita berhenti,free gear tapi enjin tak mati.Tunggu lampu hijau dulu.Sekarang lampu biru"

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Asri banyak berilmiah.Persoalan berjaya dijawab dan diterangkan dengan sempurna terutama berkaitan isu sunnah mendoakan bala.Huraiaan tentang doa juga ada dimuatkan dalam Minda Tajdid.Permulaan yang ditunjukkan,banyak membela diri sendiri gara2 dikaitkan dengan fahaman Wahhabi dan isu tauliah yang 'hangat' diperkatakan.

Dato' Hj Nakhaie Ahmad
Mantan Yang Dipertua YADIM ini mengambil pendekatan defensif.Lantaran beliau dulu adalah salah seorang AJK PAS Pusat sebelum bertukar angin menyertai UMNO.Soalan2 'killer' daripada moderator saya kira tidak dijawab dengan cemerlang oleh beliau.Sedikit isu peribadi juga disentuh berkaitan laporan SPRM yang dibuat oleh Dr Asri terhadap beliau tantang penyelewangan kewangan di YADIM.

Ustaz Afandi Yusof
Sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO,beliau sepatutnya harus peka dengan isu2 semasa dan tidak membangkitkan perkara yang lapuk ditelan zaman seperti isu kafir-mengkafir.Satu komen menarik dari penonton"Ustaz Afendi ni saya kira macam budak fardhu ain" tepat menggambarkan hujah2 yang diutarakan oleh beliau.Fakta-fakta dan hujah yang mantap berjaya disampaikan tetapi paduan tenaga dan pengalaman Nik Amar serta Dr Asri kelihatan lebih terserlah.

Soalan penonton
Soalan yang lari dari topik perbincangna dan berulang kali membangkitkan soal maksiat dalam negara ini.Saya kira,rakyat Kelantan patut kembali kepada topik dan tajuk perbincangan.Mentaliti ini harus diubah dan pujian diberikan kepada beberapa pemuda yang tampil dengan soalan2 yang kemas dan indah. Satu pengalaman saya semasa menghadiri ceramah puasa disampaikan oleh wakil rakyat dari PAS.Sesi soal jawab dibuka dan soalan pertama yang keluar ialah "Apa hukum mengundi UMNO?" Semua jemaah bersorak dan pesta soal jawab politik bermula.Saya terkedu dan mendengar ulasan politik dari wakil rakyat itu walaupun tujuan utama perbincangan adalah bab puasa.

Warga Manipal berminat,boleh bagi pendrive kat aku

Friday, February 12, 2010

Lagi gambar haiwan yang 'menarik'

Semalam ade berita kucing bermata satu.Aku postkan dalam blog nie sebab rasa sangat menarik ciptaan Allah s.w.t dan harus dikongsi bersama.Lagipun,nie blog aku kan..hahahhaa.
Manusia kan memng minat dengn benda mistik camnie.So,aku search lagi dan terjumpe beberapa gambar haiwan yang 'menarik'



4 perkara dilahirkan tanpa KANDUNGAN!!
  1. NABI ADAM-tiada ibu yang menghamilkannya.
  2. SITI HAWA – tiada ibu yang menghamilkannya.
  3. KIBAS YANG ALLAH GANTIKAN PADA NABI ISMAIL- Kibas tersebut datang dari Syurga.
  4. UNTA NABI SOLEH – Unta tersebut diberi oleh Allah S.W.T

Sempena hari Jumaat(penghulu segala hari),jom kita berselawat kepada Nabi Muhammad s..a.w dan istigfar banyak2 memohon keampunan dariNYA.
Gambar2 nie mrupakan bukti kekuasaanNYA.
SUBHANALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...