Pagi yang cerah di Manipal, kepanasan mencecah suhu badan.Seperti biasa,aku keseorangan menatap buku dalam bilik,berkurung di samping bantal dan kerusi yang bertaburan.
Kelas hari ini sangat singkat lagi menarik .Subjek Pathologi di ajar dalam masa 20 minit.Topik pilihan?? Carcinoma of pancreas.
Sudah lama tangan ingin berbicara,tetapi kekangan masa mengehadkan aliran idea panas terjun meluncur ke hujung jari,menaip pantas huruf perkataan dalam alam maya.
Satu isu kedengaran kuat jeritnya..PEMBUANGAN BAYI
Setiap blog,setiap paparan media tangkas mempamerkan isu ini.Membenamkan isu-isu Palestin dan kepentingan sejagat umat Islam.Lumrah akhbar melihat sudut keuntungan.Cerita sebegini menjanjikan pulangan yang tinggi.
Harian Metro setia dengan rutin harian, tajuk-tajuk berkaitan seks sebgai jin pelaris jualan.
Selain itu,isu PRK Hulu Selangor dan Sibu,pertemuaan Najib dengn Obama menceriakan warna akhbar,dikupas lunak bersih umpama telur rebus yang diberi dalam hidangn nasi lemak illuminati.
Erti kebahagiaan
Orang yang tiada anak,mempunyai anak itu bahagia.
Orang miskin mencari emas permata kerana yakin janji kebahagiaan.
Rakyat marhaen ingin daulat kerajaan.
Pencinta yang mabuk rindu mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia.
Umpama melihat kelopak air dalam ketandusan gurun yang kontang,itulah ertinya bahagia.Adanya air diminum di gurun,kelazatan nikmatnya berbeda dari air yng diminun waktu harian.
Berlawannya sifat dan keputusan dalam setiap benak fikir,lahir lantaran dari perasaan berputus asa.
Orang miskin sudah tentu tiada pengaruh dan kuasa bercakap.Kekayaan adalah manisan.Sengsara berpunca dari kemiskinan.Lantaran kerapnya bergelut dengn kemiskinan,kerap maksudnya tidak berhasil kerana fakir,lalu diputuskan bahawa bahagia itu pada wang ringgit,lain tidak.
Satu cerita,seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad,yang dikahwini Muawiyah Abu Sufyan,berkeyakinan bahgia itu adalah kembali ke dusunnya,di dalam pondoknya yang buruk walaupun sekarang berada di mahligai yang indah.
Ternyata bahagia pada Asmah binti Bahdad bukannya kekayaan.
Satu persoalan dilontarkan kepada sidang pembaca
APA ERTI BAHAGIA???
1 coretan:
nasi lemak illuminati??
suh papa raju wat la pasni...
hahaha
Post a Comment