Tanggal 25 Mac setiap tahun,hari lahir seorang srikandi yang banyak menabur jasa,menghidupkan pelita menerangi hidupku.
Ya..
Hari ini tarikh keramat ibuku dilahirkan.
Aku menelefon ibuku.
"Happy Bufday,ummi"
"Hadiah apa yang ummi pinta"
"Ummi hanya hendak kejayaan Amir menjadi Dr.Inilah hadiah paling bermakna bagi ummi"
Aku diam seketika.
"InsyaAllah ummi,"
Telah aku sematkan dalam hati nurani.
Akanku hadiahkan gelaran doktor ini kepada seorang ibu yang tidak jemu melayan kerenah nakal anaknya ini.
Tiada hadiah paling berharga selain secebis keinginan melihat anaknya berjaya dalam hidup.
Menjadi insan bergelar Dr.
Dan tahniah kepada diriku.
Aku kini masih di lautan ilmu perubatan.Mengharungi liku2 pelajar perubatan di MMMC.
Tetapi,pantai jauh terbentang di sana sudah kelihatan.Menjanjikan segulung ijazah perubatan.
Daratan yang memungkinkan aku menunaikan hadiah khas permintaan bonda tercinta.
Satu perkara ingin aku kongsi.
Adikku,Eni menanda hari istimewa ini dalam kalendar kecilnya.
Dia dengan bersemangt menyiapkan satu kad harijadi untuk ibuku di sekolah.
Sekeping kertas A4 mungkin nmpak kolot dan tiada istimewa.
Gambar kek berserta api lilin yang membakar menghiasi dilukis penuh cermat.
Namun,di hati seorang ibu,itulah kad tercantik dan paling menarik.
Hanya hembusan nafas dari hati ibu mampu memadamkan api lilin itu.
Itulah harga sekeping kad kertas dari seorang anak kepada ibunya.
Satu perkara menarik terjadi.
Sahabat adikku,Erani mengirimkan SMS hari lahir kepada ummiku.
SMSnya berbunyi
Happy Birthday auntie.Terima kasih kerana melahirkan sahabat yang baik kepada saya.
Sekiranya auntie ada apa2 masalah tentang Eni,bolehlah berhubung dengan saya.
Email saya ialah E_rani****@yahoo.com.Saya juga ada facebook.
Tergelak aku mendengar SMS ini.
Budak berumur 10 tahun,pandai bermadah bahasa dalam SMS yang dikirimkan kepada seorang dewasa bekerjaya.
Ada FB pulak tu..
Nanti akan aku add sahabat kecil ini.
Ingin juga aku berkenalan dengannya si cilik yang berwatakan menarik ini.
Terima kasih atas keprihatinan mu itu.
Satu perkara yang aku belajar dari sebuah filem berjudul "3 idiots"
Hari yang menimbun,terdapat satu hari yang bermakna.
Masa yang berkunjung,hanya satu detik yang berharga.
Tetapi kita hanya ada satu bonda tercinta.
Rakan2 sidang pembaca.
Hargailah ibu ketika dia bernyawa.
Kirimkan SMS bertanya khabar.
Dan satu yang penting,
JANGAN LUPA TARIKH LAHIR INSAN BERNAMA UMMI
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED UMMI
THANK YOU FOR EVERYTHING
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED UMMI
THANK YOU FOR EVERYTHING