Subscribe to RSS feeds

Pengalaman INTERVIEW JPA I


Tidak terlambat aku kirimkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yg berjaya dalam SPM 09.
Semua dah terbongkar, keputusan sudah tidak lagi menjadi rahsia.
Sekrang,segala penat lelah 5 tahun membuang masa di sekolah,sudah membuahkan hasil yang ranum.
Debaran dan segala demam menanti slip peperiksaan sudah berakhir
Tanda bermulanya babak baru dalam drama berjudul kehidupan.
Satu tujuan utama sekarang,masing-masing akan menoleh memndang realiti yang akan datang.
Liku-liku dan arus kehidupan semakin mencabar dan lari dari kepmpong kebiasaan.
Selalu aku tegaskan,UPSR dan PMR berbeza dengan SPM.
UPSR dan PMR hanyalah ujian biasa untuk menentukan ke destinasi sekolah anda selepas ini.
Tidak ada signifikannya selain daripada pertukaran ke sekolah baru bagi pelajar yang cemerlang.
SPM dalam pemikiran lain aku ungkapkan sebabgai sijil untuk menentukan hala tuju masa depan
Kenapa?
Dengan keputusan SPM,kursus,tajaandan biasiswa akan berlari ke arah anda sekiranya anda seoarng pelajar yang cemerlang.
PMR sebaliknya hanyalah untuk membuktikan anda bijak semasa F1-F3
Tidak lebih dari itu.
Tambahan pula,bersepahnya gologan yang mendapat straight A,merendahkan lagi martabat Penilaian Menengah Rendah
Straigth A dalam PMR bukan bermakna kalian telah tertulis bakal mendapat semua A dalam SPM.
Fakta ini sangat dangkal dan sama sekali aku bangkang.
Aku dah bnyak melihat rakan2 yg bermegah dengan 8A dalam PMR,gagal dalam SPM
Sebaliknya,rakan yang gagal mendapat A dalam Math PMR menjadi dewa Add Math semasa SPM.
Tajaan
Ramai pelajar cemerlang tentunya sibuk dengan kira-kira untuk mencari tajaan yg sesuai.
Tentunya yang men jadi kegilaaan ialah medical dan dentistry serta engineering
Peluan g cerah untuk berkerja.Tidak perlu menjadi penganggur.
Habis belajar,mendapat segulung sijil MBBS atau MD,terus mengorak langkah bekerja di hospital.
Tambahan lagi kalau dapat biasisswa
Lagi senang.
Satu sen duit mak bapak tidak perlu dipakai untuk belajar.
Tanah di hujung kampung tidak perlu digadai,rumah tidak perlu dijual dan emas berlian sebagai perhiasan diri tidak pelrlu dipajak.
Pendek kata,semua berpusu-pusu mencari dan mengisi borang penajaan.
Asalkan dapat strainght A,medical atau engineeringla menjadi pilhan kalbu,
Hattan 10 A- sekalipun.
Temuduga/Interview
Selepas isi borang,debaran menanti tanggal interview akan berlaku.
Setiap masa,posmen akan menjadi teman akrab.
Kalau jumpa posmen,terus diajak minum2 di warung.
Mail elektronik akan sentiasa diperiksa.BAgai menunggu bulan jatuh ke riba.
Simptoms2 biasa bagi seorang pelajar lepasan SPM yang cemerlang.
Sedikit bercerita tentng pengalaman interview.
Aku mendapat berjaya disenarai pendek dalam 3 interview untuk merebut 3 penajaan.
Petronas,TNB dan JPA.
Dan tentunya sekarang aku adalah pemegang biasiswa JPA bagi kursus perubatan.
Apa terjadi kepada TNB dan Petronas?Aku tidak berjaya mendapat tempat.
Sebagai gergasi dalam bidang kejuruteraan,adalah tidak wajar aku memilih memohon bidang perubatan dengn Petronas dan TNB.
Peluang semestinya tidak bercahaya dan kurang.
Lalu aku menanda Kejuruteraan kimia bagi Petronas dan Kejuruteraan Nuklear bagi TNB.
Kedua subjek ini memang menjadi kegemaran aku semasa SPM iaitu Kimia dan FIzik.
Untuk JPA pula,aku memilih kurusus perubatan
PETRONAS
Aku menghadiri EDUCAMP di UTP degn result trial SPM.
Bulan Januari 2006 bersama beberapa rakan2.
Bagi aku,EDUCAMP sekadar satu persiapan bagi menghadapai interview pada hari terakhir.
Pada tahun itu,format yang digunapakai ialah secara individu dan dalam group.
Semasa interview,aku masih teringt satu peristiwa dengan evaluator.
Dia pada akhir sesi,meminta aku menukar kursus.
.Daripada chemical engineering kepada IT.
IT??Satu bidang yang ternyata di luar kemampuan dan minat aku.
Lagipun,pasaran kerja dalam bidang IT sudah tidak rancak seperti lewat 90-an.
Mungkin juga aku berakhir dengan mengangur selepas Majlis Konvokesyen nanti.
Aku menolak dengan cara terhoramt dan keputusan seperti di duga,aku gagal mendapat tempat
TNB
Satu panggilan telefon aku terima pada petang Ahad.
Ketika itu aku berada di hospital,menziarahi saudara yng sakit.
“Can I speak to Mr Amirul Asraf?”
“Yes,speaking”
Mula2,perbuaan dalam English.
Selepas memperkenalkan diri,ternyata kakak itu selesa berbahasa melayu.
“Adik disenarai pendek untuk interview TNB di Uniten pada khamis minggu ini”
“Khamis?Lagi 3 hari lagi laa”
“Yup.3 hari lagi,”
Aku kaget dengan makluman itu.
Berita seperti itu bagi aku kena dibuat secara professional.
At least dengan surat berdaftar daripada pihak TNB.
Sesiapa sahaja boleh menyamar menelefon aku memberitahu berita seumpama itu.
Selepas berbual dan sesi soal jawab ringkas,aku menelefon bonda tercinta.
Dipendekakn cerita,aku tiba di UNITEN pada hari interview.
Format temuduga adalah secara individu.
Seperti biasa,aku menjawab dengan nada keyakinan yang tinggi sehinggalah satu soalan..
(terjemah dalam BM)
“Adakah kamu ada meminta biasiswa lain selain TNB?”
Masa itu,aku baru sahaja lepas mengisi borang biasiswa JPA dan bidang yan dipohon ialah PERUBATAN,bukanya KEJURUTERAAN.
Berbeza bagai langit dan bumi.
Aku terpaku dan lidah kelu sekejap.
Aku berasa sangt yakin akan memperoleh biasiswa bersandangkan ukuran prestasi aku semasa sesi soal jawab sebelumnya.
Itu sekiranya aku katakan tidak pada soalan itu
Tetapi,apa yang terbayang ialah masa depan.Sekiranya aku melakukan penipuan ketika ini,adakah aku akan berpuas hati?
Sekiranya aku dapat tajaan dengan jasa menipu,ternyata duit yang bakal diperoleh kelak ketika bekerja adalah haram dan tidak berkat.
Apabila dah berkeluarga,sanggupkah aku memberi makan anak bini dengan hasil yang haram.
Lama jugak aku terdiam dan Ir di depan seakan dapat membaca mindaku yang kusut dengan persoalan-persoalan yang timbul,lantas dapat mengagak jawapan aku
“Ya,saya ada minta biasiswa JPA.”aku menjawab dengan tenang.
“Dalam bidang apa?”Pantas soalan diajukan.
“Perubatan”perlahan aku berbicara.
Dia semacam terkejut dengan pengakuan aku.Mungkin apa yang bermain di fikirannya,aku meminta kejuruteraan juga.
Apa lagi,aku diserang dengan bermacam-macam soalan yang memang membunuh aku.
“Kenapa anda memilih engineering dengan TNB sedangkan dengan JPA,anda meminta perubatan?”
“Sekiranya anda mendapat tawaran TNB dan JPA,adakah anda akan menolak kurusus perubatan JPA?”
Aku cuba menjadi setenang air di muara, walaupun rama2 dalam perut berkembang denang cepat.
Segala pertanyaan dan jawapan yang aku beri memang menampakkankelemahan aku.
Dan di akhir sesi soal jawab,dia memberitahu sesuatu yang sukar untukku lupa.
“Saya melihat awak ni bakal menjadi seorang dr,bukan jurutera.”
Saat itu,aku dah tahu keputusannya,aku telah tewas dalam persaingan mendapat biasiswa TNB
Namun,aku puas hati kerana berjaya mengelak diri dari menipu untuk masa hadapan.
JPA
Igauan ngeri di hospital semasa kem pendedahan di hospital
Kesanggupan Bonda tercinta menemamni aku sehingga tamat sesi temuduga
InsyaAllah akan disambung dalam entri akan datang beserta dengan tips2 khas interview yang nyata berbeza kepada bekas lepasan SPM.

Pengajaran
Niat
Satu perkara yang unik dan menetukan halatuju ialah niat.
Aku sejak awal lagi memang berminat untuk menjadi seorang doktor,bukannya engineer.
Apabila slip peperiksaan SPM dapat,target utama JPA,bukannya TNB dan PETRONAS.
Bila aku menjejakkan kaki ke UTP dan UNITEN,interview di sana aku lihat dari sudut untuk mempersiapkan diri untuk temuduga JPA.Masa yang sesuai untuk mencari pengalaman
Dan awal2 lagi,aku telah berkata kepada ibu bahawa sekiranya mendapat tempat,aku akan menolak.
Apa yang terjadi,aku langsung tidak mendapat tempat dan pengalaman yang ditimba banyak membina keyakinan aku untuk temuduga JPA.
Nasihat aku kepada adik2,just go straight to the point.
Jangn berpusing-pusing seperti aku.
Apa yang aku dapat hanyalah penat lelah pergi ke UTP dan UNITEN dalam masa yang singkat selain pengalaman berharga.
Jika ada yang berminat menjadi doktor,engineer dan dentist,semasa mengisis borang,tetapkan pendirian anda.InsyaALlah akan dapat apa yang dihajati.
Pengalaman
Memandangkan target aku ialah JPA dan strategi yang diambil ialah mengutip mutiara pengalaman semasa interview scholarship lain.
Dan alhamdulillah,strategi aku membuahan hasil.
Cuma satu kesilapan ialah aku tidak jujur dengan diri sendiri dengan meminta kursus kejuruteraan.
Beri peluang kepada orang lain sekiranya tidak berminat.
Satu perkara yang aku kesal ialah dengan tidak memberi borang TNB kepada rakan lain yang berminat dengan kejurteraan
Saat aku dipilih oleh pihak sekolah mengisi borang TNB,aku sepatutnya menolak kerana aku tidak berminat.
Sekiranya ini terjadi,mungkin ada diantara temanku berjaya mendapat tajaan dari TNB dan seterusnya menjadi jurutera yang bertaraf Ir.
Di sini,aku juga sangat kagum dengan tindakan seorang teman@bakal Dr yang kini berada di Ireland.
Dia juga menjadi pilhan sekolah sama seperti aku,tetapi apa yang membezakan antara aku dan dia ialah dia berani menongkah arus dan menghantar borang TNB sendiri kepada seorang sahabat.
Apa terjadi selepas itu??
Sahabat itu berjaya dan kini menuntut di Australia dalam kurusus engineering di bawah tajaan TNB.
Selamat berjaya kepada semua bakal2 pemuda masa hadapan
Yang paling penting,jangan ulangi kesilapan aku di masa lampau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...