Subscribe to RSS feeds

Pengalaman INTERVIEW JPA II


Seperti biasa,ramai lepasan SPM berpusu-pusu ingin bergelar doktor.Satu cabaran sukar buat diriku.
Surat khabar,media2 elektronik dan media rasmi lain riuh bercerita tentang kebanjiran yang berlaku ini.
Sebagai antara calon,aku juga berasa terpengaruh dan sedar persaingan yang bakal berlaku.
Tambahan lagi aku memnta JPA,secara tidak rasmi,aku dah mengisytiharkan perperangan secara terbuka merebut takhta biasiswa dengan bukan bumiputera yang memang terkenal dengan pelbagai kemampuan.
Di Malaysia.mereka memonopoli ekonomi.Menguasai segala jenis perniagaan dari sekecil butiran gula(Robert Kuok) sehingga sebesar-besar bukit Genting Highland(Mendiang Lim Goh Tong).
Bumiputera dimana kedudukannya dalam institusi sekarang?
Tepuk dada tanya selera.
Jadi di sini,persaingan dalam JPA adalah lebih sengit daripada MARA.
Dan sekiranya ada orang bertanya kepada aku sekarang,meminta nasihat memilih salah satu tajaann,aku dengan berterus terang mengesyorkan MARA.
Kerana ramai kawan2 aku dengan slip keputusan yang membanggakan tidak layak untuk mendapat tempat,gagal mendakap biasiswa dari JPA.
Terus terang,jika anda sukakan persaingan untuk mengetahui kemampuan diri,pilihlah JPA.
Masing-masing ada pro and cons tersendiri.
Disebabkan sambutan luar biasa,kerajaaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan gagasan kem di hospital selama 3 hari bertujuan mendedahkan realiti sebenar insan bergelar doktor.
Dan mana2 pelajar yang terbabit akan diberi surat untuk menghadiri kursus itu.
Malam berganti siang.
Siang bertukar malam.
Hari bertiup pergi.
Tiada surat pun sampai ke teratak mahligai warisan arwah nenekku.
Setiap masa,aku menerima panggilan telefon dari kawanku.
“Aku dah terima surat.Kena daftar hari Sabtu ni,”
“Surat baru sampai tengahari tadi.Ko dah dapat ke belum?"
"Ko pergi dengan siapa nanti.Boleh aku tumpang?"
Antara persoalan dilemparkan.
Jawapan aku beri tetap sama.
“Tak sampai lagi laa”
Aku terkejut dan perasaan bimbang mula menguasai minda.
Risau gila.Aku harus sedar tawaran ke kem di hospital merupakan syarat wajib pada tahun ini.
Sekiranya aku tidak menerima tawaran itu,boleh aku simpul mati bahawa aku dah gagal mendapat tempat menghadirkan diri ke sesi temuduga nanti.
Harapan hancur berkecai bagai kaca di hempas dari beranda tingkat 3.
Puas aku menelefon pihak berkaitan.
Jawapan yang diterima amat mengecewakan.
“Pihak kami telah menghantar.Sila tunggu esok.Kalau tak dapat,kita akan fakskan borang itu,”satu suara lembut kedengaran dari hujung talian.
Keesokan hari
“Adik kena tungu dan sabar.Maybe ada masalah dengan posman,”
Macam mana aku nak tunggu dan sabar kerana perkara ini melibatkan masa hadapan.Aku mengcaturkan dan memperjudikan harapan aku untuk menjadi seorang doktor.
Sehinggalah pada hari pendaftaran,aku masih tidak menerima sebarang surat jemputan.
So,apa yang harus aku lakukan selain bertawakkal?
Seperti biasa,aku datang pada hari Sabtu di Hospital Kota Bharu.
Perkara pertama aku lakukan,aku berjumpa dengan seorang sahabat lama,Abdullah(kini di Russia).
“Pok loh,aku nk mintak pinjam borang ko bleh x?”
“Kenape?”
“Nak buat fotokopi.Aku tak terima lagi laa borang tu,”ujarku ringkas.
“Tapi aku dah isi borang,”Pok Loh membalas.
“Tak per.Aku liquid jer,”
“OK2”
Lalu,mendaftarlah aku dengan borang photostat tu.
Diringkaskan,proses pendaftaran tidak mengundang sebarang kekalutan dan 3 hari aku menghabiskan masa di hospital.
Melihat pesakit dengna mata sendiri dan berkongsi penderitaan antara diorang.
2 hari selepas selesai ‘kerja’ di hosptial,aku mendapat tahu senarai pelajar yang mendapt interview akan diumumkan.
Terketar-ketar aku menaip nama dan no I.C.
WAN AMIRUL ASRAF BIN WAN MOHAMMAD NOOR
881018-03-XXXX
TAHNIAH.ANDA LAYAK MENGHADIRI SESI TEMUDUGA
Alhamdulillah.Syukur aku panjatkan pada illahi atas kurniaan ini.
“Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamumenghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)“. (Ibrahim: 34)
Dan memang benar,tidak mungkin akan dapat ku hitung segala nikmat kurniaannya.
Hari interview.
“Amir,cepatlah bersiap.Baba dah tunggu kat luar,”jerit ibuku.
“Kejap2.”Sambil membetulkan necktie,aku membalas.
“OK.Dah siap.”
Sepanjang perjalanan ke Universiti Malaya kampus Nilam Puri,aku berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan ayahku.
“Kalau dia tanya kenapa hendak menajadi doktor,nak jawab macam mana?”
“Jadi doktor sebab nak tolong orang sakit.Jadi doktor sebab nak tolong ibu bapa dan masyarakat.Jadi doktor sebab nak berkhidmat kepada negara,”aku mengucapkan beberapa jawapan yang memang dah dihafal.
“Kalau tak jadi doktor,tak dapat tolong ibu bapa ke?kalau jadi polis,tak dapat tolong masyarakat ker?”soal ayahku.
“Apa kalau jadi engineer,kita tak dapat tolong orang ramai?,”
Ya.Saat itu aku tersedar.Jawapan aku itu tersangat normal dan umum.Mungkin sudah menjadi halwa telinga penemuduga.
Aku harus impress diorang dengan jawapan2 yang mmenarik
“Cuba kalau kata nak jadi doktor sebab nk cari ubat merawat penyakit kanser,mencipta teknik pembedahan baru dalam neurosurgery ataupun bercita-cita menjadi rakyat malaysia pertama mendapat hadiah Nobel perubatan,”cadang ayahku.
Idea yang bagus.Jawapan kita beri mestila berbeza.Sepuluh orang calon masuk dan kalau setiap individu memberi jawapan stereotaip seperti aku tadi dan tiba2 ada yang bersuara memberi jawapan seperti ayahku,sudah tentu peluang dia akan jadi semakin bercahaya.
Masa bergerak perlahan,mungkin kerana kereta Isuzu Trooper yang dipandu laju ayahku.
Dari jauh nun di sana,aku dapat melihat deretan kenderaan beratur dan berduyun-duyun pemuda memakai tali leher dan kot atau blazer sedang berjalan bersama ibu bapa masing2.
Lalu lintas sedikit tidak terkawal,lari dari kerangka kebiasaan.
“Kita dah sampai,”kata ayahku.
Sesi ujian personaliti diri
Melangkah aku dengan ucapan bismillah,dengan yakin masuk ke dewan besar.
Mendaftar diri sebagai bakal pejuang,berjuang di medan Allah,merebut peluang biasiswa.
Selesai mendaftar,aku toleh sekeliling,ternyata muka-muka yang tidak asing lagi berada di mana-mana sekitar dewan.
Rakan sekolahku membuat halaqah kecil di tepi dewan.
Taulan dari Faris Petra menegur dan berjabat salam.
Dan beberapa teman angkatan lain melontarkan senyuman.
Berlari aku mendapatkan rakan2 dari Sains Machang(SMACH).
Sambil berborak tiba-tiba aku perasan,salah sorang daripada kami tidak kelihatan bersama.
“Mana Pok Loh?”aku bertanya.
Aku bergegas menelefon
“Mu duk mano nie?”dengan loghat kelantan,aku bertanya.
“Aku on the way.Jalan jam and keluar lewat sikit,”
“Cepat2.Dan nak start nie,”
Dari dewan,sayup2 kedengaran satu pengumuman.
“Semua pelajar diminta mengisi tempat dalam dewan.Ujian personaliti diri akan bermula sebentar sahaja lagi”
Ibuku menemani aku sehingga ke pintu.Selesai mencium tangan,ibuku tersenyum dan memberitahu
“InsyaAllah,Amir akan dapat biasiswa JPA ni”
“InsyaAllah,ummi,”
Ucapan motivasi ini yang sangat berharga sekaligus keyakinanku mengangkasa.
Dalam debaran yang sekencang angin taufan,Pok Loh muncul dalam diam.
Berkemeja biru,berseluar slack hitam dan berkaca mata.Tidak memakai tie.
Sebaik duduk,dia menoleh ke arah ku.Mulut menguntum senyuman dan bergerak tanpa suara kedengaran.
“Goodluck”
Aku tersenyum..
Interview
Nama bermula dengan huruf W.
Alpahbet ke 4 terakhir dalam tulisan Roman.
Jadi,giliran aku jatuh kepada kumpulan terakhir atau lebih tepat lagi sekitar 4 petang.
Jam sekarang baru pukul 10 dan group pertama yang terkandung di dalamnya segelintir sahabatku baru sahaja keluar dari bilik diskusi.
Sebahagian dengan gaya bersahaja dan senyum riang gembira.
Salah seorang menuju tepat ke arahku.
“Ana nak pergi Mesir.Dalam perbincangan tadi,ana cakap arab sket2.Biar diorang impress”
“Ada sorang tu,siap cakap Doraemon(Jepun) lagi.Nampak sangat pilihan dia LOOK EAST POLICY”.
Dasar Pandang ke Timur dalam terjemahan Melayu.
Polisi yang diilhamkan oleh Tun Mahathir dalam mencapai Wawasan 2020 telah mula menampakkan hasil yang mengkagumkan.
Plan untuk menghantar sebahagian pelajar2 mencedok ilmu di Negara Matahari Terbit terutama dalam bidang kejuruteraan.
“Syukran2”.
“Goodluck.Ko mesti dapatnyer,”katanya sambil berlalu mendapatkan motor yang diletakkan bersebelahan dewan.
“InsyaAllah”balasku.
Tepat jam 4 petang,seramai 10 orang pelajar diarahkan berkumpul di depan dewan.
Golongan terakhir yang rata-rata telah keletihan saban hari menunggu detik itu dan aku antara korumnya.
Aku masuk dengan hati tenang dan duduk di kerusi dua dari kanan.
Seorang lelaki dan wanita aku kira berusia lebih separuh abad duduk dihadapan melirikkan mata memerhatikan pergerakan masuk kami.
Gaya pandangan mata,mencerminkan intergriti dan tahap profesionalism yang tinggi.
Selepas sesi taklimat ringkas tentang format temuduga dan suai kenal antara rakan-rakan,bermulalah sesi mendebarkan ini.
Format terbahagi kepada 2.
Individu dibuat dalam Bahasa Malaysia.
Berkumpulan dalam bahasa barat(inggeris)
Semua bercakap dengan lancar secara individu.Melontarkan pandangan dan isi2 bernas berkenaan isu yang dipilih.
Sesi diskusi dalam kumpulan bermula.
Sebaik sahaja ayat terakhir keluar dari mulut evaluator,aku dengan pantas menyambung...
“Assalamualaikum and a very good afternoon to everyone.Today we are here to discuss about......”
Di sini aku ingin tegaskan.Cuba menjadi orang pertama bercakap.
Kerana secara tidak langsung,aku menjadi leader dan mengawal semua orang dalam kumpulan.
Perbincangan akan bergerak dalam pengaruh dan kawalanku.
Memberi kuasa veto untuk mengulas dan mengarahkan sesiapa bercakap ketika aku kehabisan curahan idea.
Sudah tentu ini memberi satu kelebihan dan kredit yang berganda untukku.
Itulah pentingnya menjadi orang pertama bercakap dalam group.Satu skill yang didedahkan semasa EDUCAMP.
Alhamdulillah.perbincangan menjadi hangat dan lancar bawah kendalianku yang tidak rasmi bertindak sebagai ketua.
Hampir sejam,berakhirlah sesi itu.
Masa yang lama secara relatifnya tetapi sangat bermakna dan sekejap bagiku.
When you are courting a nice girl an hour seems like a second. When you sit on a red-hot cinder a second seems like an hour. That's relativity.
Sungguh benar carutan idea Albert Eistein ini.
Ibuku sedia menunggu di depan pintu dewan,berborak dengan seseorang.
Melihat aku yang berjalan anak keluar dari discussion room,dia berdiri sambil tersenyum
“Macam mana?”soalan pertama diajukan kepadaku.
“InsyaAllah.Amir dah cuba yang terbaik,”ringkas jawapanku.
“Jangan risau.Ummi yakin Amir berjaya,”
Kitorang berjalan menuju ke kereta.Adikku mengekori dari belakang berpimpin tangan denganku.
Sebulan kemudian,keputusan diumumkan.
Ya Allah.Sungguh nalurimu ibu sungguh kuat dan tepat.
Aku berjaya mendapatkan biasiswa JPA,menyambung sisa2 hidup di bumi Manipal,India.
Alhamdulillah.Syukur padaMu.
Beberapa hari lalu,aku ada post pengalaman interview dengan PETRONAS dan TNB.
Sukar untuk aku lupa benda2 penting seperti itu.Pengalaman sangat berharga dan tidak mungkin aku peroleh di masa depan.
Peluang tajaan hanya datang sekali untuk keputusan SPM.Tidak ada persamaan dengan peluang yang kedua atau ketiga.
Ambil contoh perkahwinan.
Hari ini,sekiranya anda sebagai seorang perempuan dilamar seorang jejaka.
Dan anda menolak lamaran itu.
Amat jarang sekali jejaka itu akan sekali lagi datang melamar anda di masa hadapan.
Kecuali anda benar-benar istimewa seperti Anna dalam Ketika Cinta Bertasbih.
Apa yang berlaku,pemuda2 dari latar belakang yang berbeza akan datang mengetuk pintu rumah,bertanya khabar dengan ibu bapa dan proses merisik akan berlaku.
Ya.Pemuda yang berlainan dari sebelumnya.
Peluang anda untuk penajaan hanya sekali selepas SPM.Samada MARA ,JPA, TNB ,PETRONAS dan lain2 datang melamar anda iaitu seorang gadis sunti.
Dan pada masa perkahwinan nanti,anda wajib berkahwin dengan seorang sahaja PENAJA.
Konsep polyandry tidak wujud sama sekali.
Nasihat di sini,fikirlah dan buatlah keputusan terbaik.
Solat sitikarah misalnya banyak membantu menyelesaikan permasalahan.
Seorang kawan pernah berkongsi cerita denganku perihal abangnya.
Abangnya mendapat tajaan Petronas bagi ijazah luar negara di Kanada.
Tetapi,abangnya dengan yakin menolak.
Kenapa?
Ini kerana semasa solat istikarah,abangnya mendapat alamat yang buruk.Mimpi kapal terbang
terhempas.Atas dasar yakin kepada ketentuan Allah s.w.t,dia berserah dan menolak
sepenuhnya tawaran itu.
Sambil menyambung ijazah dalam Negara di UTP,masih ditaja PETRONAS.
Dan alhamdulillah,sekarang abangnya itu hampir lulus dan ditawarkan bekerja di luar negara.
Oleh itu,khas untuk adik2.
Yakinlah dengan kuasa Allah s.w.t dalam member petunjuk kepada kita yang lemah ini.
Harapan aku agar pengalaman ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...