Subscribe to RSS feeds

Wednesday, May 5, 2010

Isu Kewangan Islam

FENOMENA KURANG SIHAT HARI INI

Fenomena yang berlaku hari ini, kelihatan ramai orang cuba mengkritik dan menjelas sesuatu bidang yang bukan bidangnya kajiannya. Jika dikaji sekalipun, kajian tersebut adalah longgar disebabkan ia tidak disandarkan kepada 'foundation' yang kukuh.

Kesan sebenarnya adalah amat buruk dan akan terus menerus mengeliru dan menyesatkan. Justeru Islam melarang berkata tanpa ilmu mencukupi atau dia akan sesat, menyesatkan dan memudaratkan.

"Ustaz, hari ini perbankan Islam guna duit fiat (kertas) yang riba, haram 100 % untuk guna, jadinya saya berpegang bahawa semua perbankan Islam hari ini adalah tipu, 'back door riba' bila buat produk, harga mahal, zalim, malah lebih zalim dari bank konvensional. Apa komen ustaz?" Tegas seorang 'orang awam'

" Jadinya saudara ingin kata bahawa semua bank islam yang wujud di seluruh dunia hari ini adalah haram dan riba kerana menggunakan wang kertas?" Tanya saya ingin konfirmasi.

" ya begitulah ustaz, dan ustaz pun sama terlibat" sambil menjawab itulah sebiji peluru ditembak kepada saya dengan penuh emosi.

" jadinya saudara dengan penuh sedar mengaku di hadapn Allah bahawa saudara sedang terlibat dengan riba setiap hari?" balas saya

" apa pula kaitannya dengan saya?, saya duk cerita pasal bank Islam"

" Boleh saya tahu, dalam wallet saudara ada duit emas dan perak ? dan saudara beli baju yang saudara pakai ni atau dijahit sendiri ? kerana kalau ia dibeli, saudara pakai duit emaskah?"

continue reading

Thursday, April 15, 2010

Fikiran ketika bosan..

Pagi yang cerah di Manipal, kepanasan mencecah suhu badan.Seperti biasa,aku keseorangan menatap buku dalam bilik,berkurung di samping bantal dan kerusi yang bertaburan.

Kelas hari ini sangat singkat lagi menarik .Subjek Pathologi di ajar dalam masa 20 minit.Topik pilihan?? Carcinoma of pancreas.

Sudah lama tangan ingin berbicara,tetapi kekangan masa mengehadkan aliran idea panas terjun meluncur ke hujung jari,menaip pantas huruf perkataan dalam alam maya.

Satu isu kedengaran kuat jeritnya..PEMBUANGAN BAYI

Setiap blog,setiap paparan media tangkas mempamerkan isu ini.Membenamkan isu-isu Palestin dan kepentingan sejagat umat Islam.Lumrah akhbar melihat sudut keuntungan.Cerita sebegini menjanjikan pulangan yang tinggi.

Harian Metro setia dengan rutin harian, tajuk-tajuk berkaitan seks sebgai jin pelaris jualan.

Selain itu,isu PRK Hulu Selangor dan Sibu,pertemuaan Najib dengn Obama menceriakan warna akhbar,dikupas lunak bersih umpama telur rebus yang diberi dalam hidangn nasi lemak illuminati.

Erti kebahagiaan

Orang yang tiada anak,mempunyai anak itu bahagia.

Orang miskin mencari emas permata kerana yakin janji kebahagiaan.

Rakyat marhaen ingin daulat kerajaan.

Pencinta yang mabuk rindu mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia.

Umpama melihat kelopak air dalam ketandusan gurun yang kontang,itulah ertinya bahagia.Adanya air diminum di gurun,kelazatan nikmatnya berbeda dari air yng diminun waktu harian.

Berlawannya sifat dan keputusan dalam setiap benak fikir,lahir lantaran dari perasaan berputus asa.

Orang miskin sudah tentu tiada pengaruh dan kuasa bercakap.Kekayaan adalah manisan.Sengsara berpunca dari kemiskinan.Lantaran kerapnya bergelut dengn kemiskinan,kerap maksudnya tidak berhasil kerana fakir,lalu diputuskan bahawa bahagia itu pada wang ringgit,lain tidak.

Satu cerita,seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad,yang dikahwini Muawiyah Abu Sufyan,berkeyakinan bahgia itu adalah kembali ke dusunnya,di dalam pondoknya yang buruk walaupun sekarang berada di mahligai yang indah.

Ternyata bahagia pada Asmah binti Bahdad bukannya kekayaan.

Satu persoalan dilontarkan kepada sidang pembaca

APA ERTI BAHAGIA???

Thursday, April 1, 2010

WARNING!! Traces of PIG'S BLOOD found in cigarette filters

An Australian professor has warned religious groups that cigarette filters may contain traces of pig's blood.


Simon Chapman said recent Dutch research has identified 185 different industrial uses for a pig - including the use of haemoglobin in cigarette filters.


The University of Sydney professor said the study offered an insight into the world of cigarette manufacturing and was likely to spark concerns for devout Muslims and Jews.


cigarette butts

Concerns: Dutch research has found that the haemoglobin in pig's blood is used by some tobacco manufacturers in cigarette filters


'I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive,' he told the Sydney Daily Telegraph.


'The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.


'It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes - they say "that's our business and a trade secret".'


The research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make the filters more effective at blocking toxic chemicals before they entered a smoker's lungs.


Professor Chapman said that although some tobacco companies had voluntarily published a list of the contents in their cigarettes on websites, they also noted undisclosed 'processing aids' in the finished product.


At least one brand of cigarettes sold in Greece has been confirmed to be using pig haemoglobin in its manufacturing processes, he added.


Professor Chapman said: 'If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably want to know and there is no way of finding out.'



Read more: http://www.dailymail.co.uk/health/article-1262322/Warning-religious-groups-traces-pigs-blood-cigarette-filters.html#ixzz0jq1RYxmO

Monday, March 29, 2010

Pertelingkahan indah

SIANG ITU,Imam Ahmad sedang duduk-duduk bersama para sahabat dan muridnya.Tiba-tiba datang Ali bin Al-Madani,dengan menunggang kuda.Setelah menambatkan kudanya,Ali menghampiri Ahmad, dan duduk dihadapannya.Setelah berbasa-basi sejenak,mereka pun terlibat dalam perdebatan tentang kedududkan sebuah hadis.Baik Ahmad maupun Ali,masing-masing kukuh dengan pendapatnya.Makin lama,suara mereka makin meninggi,hingga orang2 yang berada di situ pun merasa was-was jika terjadi sesuatu di antara 2 imam besar hadith ini.

Sunday, March 28, 2010

BLACK N WHITE


Apabila drama kecurangan terbongkar

Saturday, March 27, 2010

Baby and Me



Friday, March 26, 2010

Pengalaman INTERVIEW JPA II


Seperti biasa,ramai lepasan SPM berpusu-pusu ingin bergelar doktor.Satu cabaran sukar buat diriku.

Surat khabar,media2 elektronik dan media rasmi lain riuh bercerita tentang kebanjiran yang berlaku ini.

Sebagai antara calon,aku juga berasa terpengaruh dan sedar persaingan yang bakal berlaku.

Tambahan lagi aku memnta JPA,secara tidak rasmi,aku dah mengisytiharkan perperangan secara terbuka merebut takhta biasiswa dengan bukan bumiputera yang memang terkenal dengan pelbagai kemampuan.

Di Malaysia.mereka memonopoli ekonomi.Menguasai segala jenis perniagaan dari sekecil butiran gula(Robert Kuok) sehingga sebesar-besar bukit Genting Highland(Mendiang Lim Goh Tong).

Bumiputera dimana kedudukannya dalam institusi sekarang?

Tepuk dada tanya selera.

Selanjutnya

Thursday, March 25, 2010

Khas untukmu...

Satu perkara menarik berlaku hari ini.
Tanggal 25 Mac setiap tahun,hari lahir seorang srikandi yang banyak menabur jasa,menghidupkan pelita menerangi hidupku.
Ya..
Hari ini tarikh keramat ibuku dilahirkan.

Aku menelefon ibuku.
"Happy Bufday,ummi"
"Hadiah apa yang ummi pinta"
"Ummi hanya hendak kejayaan Amir menjadi Dr.Inilah hadiah paling bermakna bagi ummi"
Aku diam seketika.
"InsyaAllah ummi,"
Telah aku sematkan dalam hati nurani.
Akanku hadiahkan gelaran doktor ini kepada seorang ibu yang tidak jemu melayan kerenah nakal anaknya ini.
Tiada hadiah paling berharga selain secebis keinginan melihat anaknya berjaya dalam hidup.
Menjadi insan bergelar Dr.
Dan tahniah kepada diriku.
Aku kini masih di lautan ilmu perubatan.Mengharungi liku2 pelajar perubatan di MMMC.
Tetapi,pantai jauh terbentang di sana sudah kelihatan.Menjanjikan segulung ijazah perubatan.
Daratan yang memungkinkan aku menunaikan hadiah khas permintaan bonda tercinta.

Wednesday, March 24, 2010

Pengalaman INTERVIEW JPA I


Tidak terlambat aku kirimkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar yg berjaya dalam SPM 09.

Semua dah terbongkar, keputusan sudah tidak lagi menjadi rahsia.

Sekrang,segala penat lelah 5 tahun membuang masa di sekolah,sudah membuahkan hasil yang ranum.

Debaran dan segala demam menanti slip peperiksaan sudah berakhir

Tanda bermulanya babak baru dalam drama berjudul kehidupan.

Satu tujuan utama sekarang,masing-masing akan menoleh memndang realiti yang akan datang.

Liku-liku dan arus kehidupan semakin mencabar dan lari dari kepmpong kebiasaan.

Selalu aku tegaskan,UPSR dan PMR berbeza dengan SPM.

UPSR dan PMR hanyalah ujian biasa untuk menentukan ke destinasi sekolah anda selepas ini.

Tidak ada signifikannya selain daripada pertukaran ke sekolah baru bagi pelajar yang cemerlang.

SPM dalam pemikiran lain aku ungkapkan sebabgai sijil untuk menentukan hala tuju masa depan

Kenapa?

Selanjutnya

Tuesday, March 23, 2010

Spiderman macho di India



Seorang pemuda dari Selatan Karnataka, India ini telah berjaya membuka mata dunia.
Jyothi Raj..

Ya, itulah namanya..

Tengok dekat sket,hensem jugak spderman nie..Ala2 Shah Rukh Khan.

Pekerja tapak bina ni kata dia belajar memanjat dengan melihat cara monyet memanjat dan bergayut.

Lepas tu, dia berlatih plak dengan memanjat perancah2(('scaffolding') di tapak pembinaan, tempat dia bekerja.

Jom kita layan aksi berani mati Jyothi Raj ni.

Don't try this at home.

Setiap Ahad, Jyothi akan buat free show
kepada org ramai dengan memanjat Tembok Chitradurga dan dinding2 lain yg berada di sekitar.

Warga Manipal,jom ramai2 buat trip pergi tengok mamat nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...