Subscribe to RSS feeds

Monday, November 15, 2010

Rahsia nasi.


O nasi..

Bagitau kitorang ape rahsia kau;macam mane kamu dapat rapat bersama semua orang.

Satu masa,bergaul dengan kari kambing.

Kemudian rapat pula dengan kerabu dan budu.

Tiada bergaduh,kari dan budu sedia berpoligami berkongsi nasi.

Setiap pagi,tidak pernah miss dating dengan sambal nasi lemak dan telur mata kerbau.

Malam2,maple tauke kedai mamak pulak menghumban kau ke kuali panas.

Kamu digoreng dan dinikmati semua orang.

Kuey teow dan bihun cemburu dengan kamu,cuba bersengketa.

Namun engkau tetap menjadi pujaan di hati.

Setiap perayaan,kamu sentiasa menceriakan suasana.

Rumah terbuka,engkau penyebab utama mereka datang.

Raya Haji dan Aidilfitri,kamu ajak kawan2 kami datang menikmati ketupat,rendang serta kuah kacang.

Ketupat satu variasi,mempunyai genetik sama dengan engkau.

Deepavali,engkau berwarna-warni disusun di lantai,menghasilkan aneka corak.

Chinese New Year eve,you help to bring home family from far and wide.

Untuk Gawai dan Tadau Kaamatan,engkau diraikan Dayak dan Kadazan di Sabah dan Sarawak.

Mungkin,rahsianya engkau tidak memilih,sentiasa berlapang dada.

Walau kami guna tangan,chopstick,sudu atau garfu,

Engkau sentiasa gembira berkongsi makanan dengan kami.

Hari ini,kami duduk bersama meraikan Hari Raya Aidiladha.

Kau tetap menjadi tumpuan,perhiasan utama di atas meja makan.

Selamat menjamu selera dengan NASI,

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua Muslim di dunia.

3 coretan:

eppoo said...

sangat kreatif!!
well done dr!

alonq_exe said...

memang tak sangka. ni cerpen tarbiyyah ni.

Anonymous said...

pe nasi...mee kari rojak best...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...