Subscribe to RSS feeds

Tuesday, February 15, 2011

Ilmu dari kesilapan

Blog usang tanpa entri terbaru

Semakin dalam aku gali bidang perubatan,semakin sedar aku bahawa penggunaan masa harus dioptimumkan.

Aku harus bijak mengatur masa.Setiap orang dibekalkan masa yang sama.

Cuma,cara perjalanan yang di atur membezakan.

Umpama 2 orang tukang masak,diberikan bahan dan rempah yang sama,tetapi hasilnya tetap berbeza.

Secubit garam,kadang memberi keenakan yang berlainan antara satu sama lain.

Sudah beberapa kali aku cuba menulis entri.Namun cubaan untuk entri yang panjang sentiasa menemui kegagalan.

Kerana masa banyak terkorban di hadapan komputer,bukan satu pelaburan yang bijak untuk masa hadapan.

Oleh itu,aku harus mencuba sesuatu yang baru,mnulis entri yang ringkas,tetapi padat dan sarat.

Itu mungkin lebih baik,sesuai dengan keperluan masa yang beredar semakin gila.

Belajar dari kesilapan

Sesuatu yang biasa didengar.Malah sentiasa diulang-ulang ke dalam telinga setiap manusia,lebih lagi yang bergelar pelajar.

"Kamu harus belajar dari kesilapan,"

"Kesilapan adalah guru terbaik dalam kehidupan"

"Saya tidak risau kamu melakukan kesilapan,kerana kesilapan akan memberi pengalaman berharga dalam hidup kamu"

"Mistake is the best teacher"

Bagus untuk member nasihat,tetapi adakah betul kesilapan merupakan sesuatu berharga?

Adakah untuk menjadi seorang doktor pakar yang berjaya,kita perlu mengorbankan nyawa pesakit semata-mata untuk pengalaman?

Adakah seorang nakhoda kapal perlu karam kapal layarnya sebelum mengetahui ilmu pelayaran?

Adakah seorang pelumba F1 perlu mengalami kemalangan dahulu lantaran memandu secara laju di selekoh litar untuk menjadi juara dunia?

Doktor membuat silap,doktor mendpat pengalaman dari kesilapan,tetapi besar harga yang harus ditanggung keluarga pesakit;kehilangan ahli keluarga.

Bukan satu situasi yang bijak bagi aku.

Belajar dari kesilapan orang

Perkataan ini lebh sesuai,menggambarkan kematangan pemikiran.

Lebih tepat sebagai nasihat.

Ambil masa,berbual tentang pengalaman dengan orang2 yang berilmu.

Aku,lebih suka diajak bicara soal kesilapan yang aku lakukan berbanding kejayaan.

Kerana kejayaan boleh menimbulkan riak,rasa bangga diri.Berbanding kesilapan,boleh menyedarkan kelemahan kita.

Walaupun nampak bodoh kesilapan yang dilakukan,itu adalah hakikat yang telah berlaku.

Walau sejuta USD diberi,tiada mampu diubah akan kesilapan itu.

Risiko melakukan kesilapan amatlah besar,tiada bahu sanggup memikul.

Ambil pengajaran,belajar dari kesilapan orang lain.Elakkan berfikir,aku mesti melakukan kesilapan.

Moga kita makin maju melangkah ke hadapan.

p/s-Hampir tamat pangajian lmu perubatan aku di Manipal,India.Alhamdulilah,aku belajar dari sekeliling.Salam maulidur rasul kepada semua.

1 coretan:

Elvroseth said...

I really love to read your post, doctor. Goodluck dr Amirul.

Doakan saya berjaya jadi doktor juga :)

El-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...