Subscribe to RSS feeds

Thursday, July 25, 2013

Al kisah perut


Aku selalu mendengar istilah perut bodoh.

Apa itu perut bodoh? Aku kurang pasti maksudnya.Istilah itu aku dengar sejak kecil lagi.Lebih tepat apabila aku mula berpuasa sekitar umur  7 tahun.

Aku juga selalu mendengar istilah perut boroi.Yang ini aku tahu maksudnya.Perut boroi dikatakan apabila saiz perut itu melebihi daripada dada.Maknanya kalau pandang bawah,perut secara tidak sengaja kelihatan seakan terkehadapan.Analogi mudah-sila tengok  apabila seorang ibu itu mengandung.Ada beza ke perut ibu mengandung dengan perut boroi?Perut ibu bergerak-berak kerana ada bayi.Perut boroi bergerak-gerak apabila pemiliknya itu berlari-lari dan melakukan senaman.Apabila nyamuk Aedes Aegypti cuba menggigit,satu gerakan secara bergelombang akan kelihatan untuk meghalau nyamuk itu.Lapisan lemak yang tebal juga Berjaya menyusahkan nyamuk mencucuk muncungnya mencari salur darah.Mungkin antara faktor orang boroi jarang terkena Denggi.Kadang-kadang tiupan angin pun mampu menggoncangkan perut boroi.
Secara hakiki,semasa ‘palpation’ perut ibu mengandung  kita akan dapat merasai bayi yang bergerak-gerak.Perut boroi,tiada apa yang bergerak kerana hanya lapisan lemak yang bergegar menghiasi abdomen.

Jangan dipandang rendah perut yang boroi.Kerana ada mengatakn boroi itu seksi.Boroi itu setia.Bagi aku,lebih kepada kata-kata seorang yang berputus asa.Singlet anti boroi yang semakin berleluasa di dunis maya mungkin menjadi alternative kepada pemboroi sekalian.

Dan boroi itu sebenarnya himpunan lemak2 pejal lagi tepu di bahagian abdomen,bukan kerana perut membesar tanpa berupaya lagi untuk mengecut kepada saiz asal.

Anatomi perut

Anatomi merupakan subjek yg aku pelajari ketika berada dalam tahun pertama .Satu subjek yg merupakan asas dalam mempelajari ilmu perubatan.sekiranya seseorang itu berminat untuk meneruskan karier dldm bidang pembedahan,anatomi merupakan satu cabang yang harus dikuasai sepenuhnya.

Perut adalah organ yang kompleks dan mampu mengembang.Daripada bersaiz kecil,ia mampu menampung sehingga 2 liter makanan.

Ya.2 liter.Bermakna kalau minum air mineral berkapasiti 1.5l, anda hanya mempunyai 500 ml lagi baki maknanan untuk diisi.

Terima kasih kepada Allah s.w.t yang merupakan arkitek manusia kerana menjadikan perut itu mampu mengembang seperti belon apabila kapasiti berlebihan dimasukkan.Perbezaannya,belon pecah dan perut tidak pecah.
Kalau perut boleh pecah,aku yakin ramai yang masuk hospital dan ber “aidilfitrt” di hospital terutamanya di bulan Ramdhan ini.

Berbuka puasa


Antara tarikan utama bulan Ramadhan bagi umat Islam adalah berbuka puasa.Kegembiraan berbuka puasa itu merupakn satu nikmat yang hanya dapat dirasai sekiranya anda berpuasa.

Dahulu aku pernah berjalan-jalan ke Shimla dan Manali.Daging ayam halal tiada di sana.jadi aku berubah menjadi herbivor.Seminggu tiada berjumpa sekeping daging dan seketul ayam menjadikan aku seorang yang sangat gelisah.Umpama sang kekasih yang merindui kekasihnya yang sudah lama tidak ketemu.Seminggu menjadi pemakan sayur,aku pulang ke New Delhi.Berjumpa ayam tandoori yang diperap  rempah ratus rahsia sejak dari zaman Shah Jahan.Ayam perapan itu amat empuk.Dipotong tengah,terserlah isi ayam yang putih lagi gebu.Dengan sedikit perahan limau kasturi,aroma harum dapat dibangkitkan.Mampu menjadikan seseorang yang lemah iman terbuka puasanya secara sengaja.Ni
kmat bahagia amat terasa.

Tetapi,nikmat berbuka puasa lagi hebat.Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Antara fenomena sekarang adalah trend berbuka di hotel dan restoren secara buffet.Ada yang menwarkan bermula dari 10 hidangan sehingga kepada 200+ hidangan.Masa juga terhad.Biasanya buffet ini bermula dari bebuka puasa(sekitar 7.20) sehngga 10.30 malam.Harga pula lagi mengancam.Dari semurah RM 49 seorang sehingga mencecah ratusan ringgit.Bermakna,dalam masa terhad,kapasiti perut terhad kita membelanjakan sehingga puluhan ringgit semata-mata untuk membalas dendam kesumat meniggalkan makan tengahari.


Persoalannya

Berbaloikah kita makan makanan sebanyak itu dengan harga yang mahal?

Mampukah kita makan makanan sebanyak itu dalam tempoh masa yang terhad?

Sekiranya berhujah mengatakn berbuka di hotel untuk mengeratkan silaturrahim,apakah silaturrahim tidak boleh dirapatkan di rumah?Aku tidak rasa dengan berbuka di hotel,rasa cinta dan sayang makin bertambah antara sesame Muslim.Sifat tamak lebih menguasai diri.Manusia makin berebut untuk ambil lauk ada la.Selepas ambil lauk,mula mengintai meja sebelah.Oh,lupa untuk ambil ayam percik pula.Jiran mengintai meja kita,kenapa dia ada bubur lambuk?.Lantas kanak-kanak tidak berdosa disuruh beratur mengambil bubur lambuk.

Sekali sekala sahaja dapat makan macam ini.Bulan depan kita jimat la.Antara ayat yang dibisikkan kepada hati.

Sudah makan,mata mula member signal mengantuk.Solat Maghrib ke mana,solat Isyak ke mana solat terawih ke mana?Alhamdulillah sekiranya anda masih mmpu berdiri tegak berjemaah bersama-sama menunaikan solat-solat demikian.

Bulan puasa kena bersangka baik.

Yang paling parah lagi,status halal hotel ada yang dipertikaikan.Tetapi itu semua bukan masalah.yang penting, bulan ramadhan inilah masa nak merasa semua nikmat makanan di dunia.

Rugilah hotel yang buat buffet kalau tidak ada orang datang.Masa ini lah kita sebagai umat Islam harus bersatu memajukan industri makanan di Malaysia.Kena tolong orang melayu Islam berniaga dengan menghadiri majlis-majlis buffet  berbuka puasa yang mereka promosikan.

Kalau bos belanja tak per la juga,ni kadang-kadang kita sendiri yang menoorek poket kosong hingga berlubang demi memnuhi kehendak nafsu.

Akhirnya,tanpa disedari,kita mmbelanjakan puluhan ringgit sekadar untuk mengambil beberapa ketul ayam ,beberapa cucuk sata ydan  beberapa keping daging kambing yang terkangkang di salai.Aku pasti makanan yang sama dapat didapati dengan harga yang lebih murah di bazaar ramadhan.

Status Isalmik harus diupdate sebelum berbuka berbunyi,”Ingatlah mereka di Palestin,di Syria berbuka hanya sekadar meneguk air mengisi perut kosong.Anda bagaimana?”Kemudian baru mengambil gambar lauk-lauk buffet hidangan kita berbuka puasa.Sambil berniat'Sahaja aku makan nasi untuk umat Islam di Palestin dan negara-negara Islam lain'Terus ngapp.

Usai Ramadhan

Apabila habis ramadhan mula bertanya,Kenapa selepas bulan puasa aku tak kurus?

Orang datang bertandang bertanya,’Nampak makin ‘sihat’ jer lepas puasa .Apa rahsianya?”

Mulalah kita mencari produk-produk untuk menjadikan diri langsing dan bergetah kembali.

Sketsa sama akan berulang setiap tahun dengan jumlaj pelakon yang semakin bertambah.Tetapi,watak utama tetap sama iaitu diri anda sendiri.

Perut itu bodoh kerana tidak mampu menghalang manusia memasukkan makanan sesuka hati

Boroi itu tindakbalas badan sebagai peringatan yang anda sudah semakin ‘seksi’.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat” (H.R. Muslim)



Sama juga kalau berbuka di rumah atau masjid,tetapi makan banyak dan membazir.

Yang penting,kena disiplin diri dan ingat bulan puasa adalah bulan untuk merebut segala ganjaran dari Allah s.w.t.

p/s-Aku berbuka di masjid.Kadang-kadang melantak banyak juga.Siap bungkus buat sahur lagi.Tapi bila di Masjid,solat Maghrib itu tentunya berjemaah.Solat isyak dan terawih dalam genggaman.iA.Bersederhanalah dalam semua perkara.

1 coretan:

Unknown said...

Dri aedes ke anatomi ke ayam tandori new delhi ke buffet..sharela jgk jus buah yogurt..bley kurgkn perut boroi jgk tu..hehe,anyway nice artikel.keep it up! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...