Subscribe to RSS feeds

Tuesday, July 30, 2013

Malaysia pernah bersatu.


Thomas Cup 1992

Aku bangga melihat semua kaum bersatu.
Semua buta warna menyokong pasukan badminton Malaysia.
Di dalam stadium,Cina duduk bersebelahan Melayu.
India di tengah antara Melayu dan Cina.
Cina dan India bersorak apabila seorang Melayu dari keluarga Sidek berjaya membuat pukulan smash kencang menewaskan lawan.
Apabila seorang Cina menang melawan lawan dari Indonesia,kita semua mengibar Jalur Gemilang dengan penuh semangat.
Tidak lupa bangsa lain,bersatu tidak kira di Sabah dan Sarawak.
Semua menangis berpelukan apabila mata kemenangan dikutip.
Apabila lagu Negaraku berkumandang,semua gah berdiri.
Kita benar-benar buta warna.
Aku masih kecil ketika itu.Masih tidak mengerti warna-warna dalam kehidupan.
Tapi aku tahu,kita benar-benar bersatu di bawah nama Malaysia.
Kenapa sekarang ingin dirosak semangat perpaduan ini?







Memori Piala Thomas 1992;http://www.youtube.com/watch?v=6D9z-hV2v54



Cerita nasi.(Entry lama)
O nasi..
Bagitau kitorang ape rahsia kau;macam mane kamu dapat rapat bersama semua orang.
Satu masa,bergaul dengan kari kambing.
Kemudian rapat pula dengan kerabu dan budu.
Tiada bergaduh,kari dan budu sedia berpoligami berkongsi nasi.
Setiap pagi,tidak pernah miss dating dengan sambal nasi lemak dan telur mata kerbau.
Malam2,maple tauke kedai mamak pulak menghumban kau ke kuali panas.
Kamu digoreng dan dinikmati semua orang.
Kuey teow dan bihun cemburu dengan kamu,cuba bersengketa.
Namun engkau tetap menjadi pujaan di hati.
Setiap perayaan,kamu sentiasa menceriakan suasana.
Rumah terbuka,engkau penyebab utama mereka datang.
Raya Haji dan Aidilfitri,kamu ajak kawan2 kami datang menikmati ketupat,rendang serta kuah kacang.
Ketupat satu variasi,mempunyai genetik sama dengan engkau.
Deepavali,engkau berwarna-warni disusun di lantai,menghasilkan aneka corak.
Chinese New Year eve,you help to bring home family from far and wide.
Untuk Gawai dan Tadau Kaamatan,engkau diraikan Dayak dan Kadazan di Sabah dan Sarawak.
Mungkin,rahsianya engkau tidak memilih,sentiasa berlapang dada.
Walau kami guna tangan,chopstick,sudu atau garfu,
Engkau sentiasa gembira berkongsi makanan dengan kami.
Hari ini,kami duduk bersama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kau tetap menjadi tumpuan,perhiasan utama di atas meja makan.


Sudah2 lah provok antara satu sama lain.
Jom jadi seperti nasi.
Sentiasa mesra tanpa mengira bangsa.
Jom belajar menghormati budaya dan adat resam antara kita.
Jangan dirakam gambar bodoh.
Aku impikan Malaysia yang lebih gemilang berbanding sekarang.
Hormatilah Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
InsyaAllah.

p/s-Suara Hasbullah Awang memang LEGEND.

Saturday, July 27, 2013

Asraf yang Muslim


Namaku Asraf.Amirul Asraf.

Dan aku seorang muslim.And i'm not a terrorist.

Jadi,boleh panggil aku Asraf Muslim.

Ashraf Muslim


Menghadap buku

Aku termenung seorang diri.Menghadap 2 buah buku.Satu buku bertajuk’Essential Orthopaedik by J Maheshwari dan satu mata menghadap muka buku@Facebook.

Manusia mempunyai 2 mata.Jadi aku gunakan kelebihan itu untuk menelaah kedua-dua buku secara serentak.

Sedang mata kiri melihat Facebook,aku ternampak ratusan ‘update’ tentang kisah poligami Ashraf Muslim.

Rata-rata ‘update’ mengutuk Ashraf Muslim,mengutuk isteri terbaru beliau dan melahirkan simpati kepada Dr Nur Dayana yang merupakan senior aku di MMMC.

Aku membaca penuh minat.Cuba menyelami perasaan wanita-wanita yang meluahkan perasaan tidak puas hati.

Wanita rata-rata melahirkan simpati dan mengeji Ashraf dan isteri kedua  beliau

Lelaki,semua diam membisu.Dalam hati mungkin berkata bertuah Ashraf Muslim dapat membuka cawangan baru sedangkan aku masih di takuk lama.Sunnah nabi harus dicontohi.

Yang sudah membuka cawangan,mengalu-alukan kedatangan Ashraf Muslim kepaada kelab isteri 2.

Yang beristeri 3, mungkin sudah menyiapkan borang permohonan kepada Ashraf Muslim.

Madu

Madu merupakan makanan sunnah.Mempunyai pelbagai barakah dan ubat segala jenis penyakit.

Firman Allah:

"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An-Nahl: 69).

Dalam orthopaedic,penghidap penyakit kencing manis biasa datang dengan ulcer di kaki

Dalam istilah perubatan,dipanggil diabetic foot ulcer.

Ulcer ini terjadi apabila salur darah yang membekalkan nutrient kepada tisu-tisu kaki dan saraf tersumbat.

Apabila tersumbat,aliran darah tidak dapat mengalir dan pesakit tidak dapat merasai sebarang kesakitan kerana saraf sakit mula terlibat.

Akibatnya,pesakit tidak akan mengalami kesakitan apabila mengalami sebrang luka seperti terpijak kaca.Keaddan bertambah buruk apabila darah tidak dapat mengalir lantas bakteria mula membiak dengan pantas.

Cuba bayangkan air di longkang atau parit yang tidak mengalir.Lama-lama,air yang bertakung itu akan menjadi tempat pembiakan alga dan bakteria lantas air yang jernih bertukar hitam.

Secara perlahan-lahan,gangrene akan berlaku dan jangkitan kuman akan memburukkan keadaan.Seluruh kaki akan menjadi hitam,ulcer mula bernanah dan mula menjangkiti tulang.

Dalam rawatan diabetic foot ulcer,madu disapu dan dibalut.Secara perlahan-lahan,tisu-tisu sihat akan mula tumbuh dan ulcer akan bertambah baik.Sudah tentu madu itu bukan madu biasa yang ada di pasaraya,tetapi madu khas yang diimport dari luar negara.

Diabetic foot ulcer with Ray's amputation
Melayu banyak berkias.

Bagi kaum wanita,mempunyai madu itu amat pahit sekali.Umpama hempedu.

Tetapi perkataan bermadu digunakan untuk memujuk hati supaya terasa manis menjadi sebahagian daripada hidup suami yang cuba mengikut sunnah.

Poligami merupakan satu istilah di mana suami berkahwin lebih daripada satu.

Dan isu poligami ini juga merupakan antara duri dalam daging kepada umat Islam.Soalan kenapa suami boleh berkahwin lebih daripada satu manakala perempuan tidak boleh sering dijadikan hujah apabila bercakap di mana keadilan di dalam Islam terhadap wanita.

Peranan  kita sebagai umat Islam,harus menyediakan jawapan yang bernas dan mengambil peluang untuk menerangkan isu ini kepada rakan-rakan lain secara berkesan.

Buku-buku seperti 20 Most Common Questions About Islam oleh Dr Zakir Naik mungkin boleh membantu anda menjawab soalan perihal poligami.

Jika berpeluang,hadirlah ke program Friendly Comparative Religion by Brother Shah Kirit.Aku pernah menyertai program ini dan mendapat manfaat daripada ilmu yang dicurahkan oleh Brother Shah Kirit.

Dr Zakir Naik

Termenung

Sedang otak galak berputar dan berfikir,aku melihat ada beberapa persamaan yang tidak disengajakan antara aku dan Ashraf Muslim.

Nama dia dan aku,walaupun ejaan berlainan,berbeza hanya  tambahan H sahaja.Sebutan tetap sama.
Die pernah guna nama aku semasa berlakon.Jadi Ustaz Amirul.Nama aku pun ada Amirul.Ramai yang panggil aku Amirul.Minoriti menggelarkan aku Mimo.

Dan disebabkan aku kurus kering tak cukup vitamin dulu,aku dipanggil tulang.

Perbezaan,dia handsome.Aku?Korang jawablah sendiri.Nanti cakap aku riak pula.

Dia popular.Aku?Korang google la sendiri.Nanti tuduh angkat bakul sendiri pula.

Dia kahwin 2.Aku?Masih misteri lagi.:P

p/s-Aku pernah berjumpa seorang pesakit terpijak tulang ikan dan serpihan tulang itu tidak dikeluarkan sepenuhnya.Cebisan tulang itu menyebabkan kaki makcik penghidap diabetes itu menjadi ulcer daripada saiiz syiling 50 sen sehingga habis kaki kirinya.Antara pilihan terakhir yang terpaksa dibuat-kakinya terpaksa dipotong.Dia memberitahu,sampai sekarang dia tidak mampu untuk makan ikan lagi.

Take home message-jagalah pemakanan,elakkan terkena penyakit diabetes@kencing manis.

Thursday, July 25, 2013

Al kisah perut


Aku selalu mendengar istilah perut bodoh.

Apa itu perut bodoh? Aku kurang pasti maksudnya.Istilah itu aku dengar sejak kecil lagi.Lebih tepat apabila aku mula berpuasa sekitar umur  7 tahun.

Aku juga selalu mendengar istilah perut boroi.Yang ini aku tahu maksudnya.Perut boroi dikatakan apabila saiz perut itu melebihi daripada dada.Maknanya kalau pandang bawah,perut secara tidak sengaja kelihatan seakan terkehadapan.Analogi mudah-sila tengok  apabila seorang ibu itu mengandung.Ada beza ke perut ibu mengandung dengan perut boroi?Perut ibu bergerak-berak kerana ada bayi.Perut boroi bergerak-gerak apabila pemiliknya itu berlari-lari dan melakukan senaman.Apabila nyamuk Aedes Aegypti cuba menggigit,satu gerakan secara bergelombang akan kelihatan untuk meghalau nyamuk itu.Lapisan lemak yang tebal juga Berjaya menyusahkan nyamuk mencucuk muncungnya mencari salur darah.Mungkin antara faktor orang boroi jarang terkena Denggi.Kadang-kadang tiupan angin pun mampu menggoncangkan perut boroi.
Secara hakiki,semasa ‘palpation’ perut ibu mengandung  kita akan dapat merasai bayi yang bergerak-gerak.Perut boroi,tiada apa yang bergerak kerana hanya lapisan lemak yang bergegar menghiasi abdomen.

Jangan dipandang rendah perut yang boroi.Kerana ada mengatakn boroi itu seksi.Boroi itu setia.Bagi aku,lebih kepada kata-kata seorang yang berputus asa.Singlet anti boroi yang semakin berleluasa di dunis maya mungkin menjadi alternative kepada pemboroi sekalian.

Dan boroi itu sebenarnya himpunan lemak2 pejal lagi tepu di bahagian abdomen,bukan kerana perut membesar tanpa berupaya lagi untuk mengecut kepada saiz asal.

Anatomi perut

Anatomi merupakan subjek yg aku pelajari ketika berada dalam tahun pertama .Satu subjek yg merupakan asas dalam mempelajari ilmu perubatan.sekiranya seseorang itu berminat untuk meneruskan karier dldm bidang pembedahan,anatomi merupakan satu cabang yang harus dikuasai sepenuhnya.

Perut adalah organ yang kompleks dan mampu mengembang.Daripada bersaiz kecil,ia mampu menampung sehingga 2 liter makanan.

Ya.2 liter.Bermakna kalau minum air mineral berkapasiti 1.5l, anda hanya mempunyai 500 ml lagi baki maknanan untuk diisi.

Terima kasih kepada Allah s.w.t yang merupakan arkitek manusia kerana menjadikan perut itu mampu mengembang seperti belon apabila kapasiti berlebihan dimasukkan.Perbezaannya,belon pecah dan perut tidak pecah.
Kalau perut boleh pecah,aku yakin ramai yang masuk hospital dan ber “aidilfitrt” di hospital terutamanya di bulan Ramdhan ini.

Berbuka puasa


Antara tarikan utama bulan Ramadhan bagi umat Islam adalah berbuka puasa.Kegembiraan berbuka puasa itu merupakn satu nikmat yang hanya dapat dirasai sekiranya anda berpuasa.

Dahulu aku pernah berjalan-jalan ke Shimla dan Manali.Daging ayam halal tiada di sana.jadi aku berubah menjadi herbivor.Seminggu tiada berjumpa sekeping daging dan seketul ayam menjadikan aku seorang yang sangat gelisah.Umpama sang kekasih yang merindui kekasihnya yang sudah lama tidak ketemu.Seminggu menjadi pemakan sayur,aku pulang ke New Delhi.Berjumpa ayam tandoori yang diperap  rempah ratus rahsia sejak dari zaman Shah Jahan.Ayam perapan itu amat empuk.Dipotong tengah,terserlah isi ayam yang putih lagi gebu.Dengan sedikit perahan limau kasturi,aroma harum dapat dibangkitkan.Mampu menjadikan seseorang yang lemah iman terbuka puasanya secara sengaja.Ni
kmat bahagia amat terasa.

Tetapi,nikmat berbuka puasa lagi hebat.Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Antara fenomena sekarang adalah trend berbuka di hotel dan restoren secara buffet.Ada yang menwarkan bermula dari 10 hidangan sehingga kepada 200+ hidangan.Masa juga terhad.Biasanya buffet ini bermula dari bebuka puasa(sekitar 7.20) sehngga 10.30 malam.Harga pula lagi mengancam.Dari semurah RM 49 seorang sehingga mencecah ratusan ringgit.Bermakna,dalam masa terhad,kapasiti perut terhad kita membelanjakan sehingga puluhan ringgit semata-mata untuk membalas dendam kesumat meniggalkan makan tengahari.


Persoalannya

Berbaloikah kita makan makanan sebanyak itu dengan harga yang mahal?

Mampukah kita makan makanan sebanyak itu dalam tempoh masa yang terhad?

Sekiranya berhujah mengatakn berbuka di hotel untuk mengeratkan silaturrahim,apakah silaturrahim tidak boleh dirapatkan di rumah?Aku tidak rasa dengan berbuka di hotel,rasa cinta dan sayang makin bertambah antara sesame Muslim.Sifat tamak lebih menguasai diri.Manusia makin berebut untuk ambil lauk ada la.Selepas ambil lauk,mula mengintai meja sebelah.Oh,lupa untuk ambil ayam percik pula.Jiran mengintai meja kita,kenapa dia ada bubur lambuk?.Lantas kanak-kanak tidak berdosa disuruh beratur mengambil bubur lambuk.

Sekali sekala sahaja dapat makan macam ini.Bulan depan kita jimat la.Antara ayat yang dibisikkan kepada hati.

Sudah makan,mata mula member signal mengantuk.Solat Maghrib ke mana,solat Isyak ke mana solat terawih ke mana?Alhamdulillah sekiranya anda masih mmpu berdiri tegak berjemaah bersama-sama menunaikan solat-solat demikian.

Bulan puasa kena bersangka baik.

Yang paling parah lagi,status halal hotel ada yang dipertikaikan.Tetapi itu semua bukan masalah.yang penting, bulan ramadhan inilah masa nak merasa semua nikmat makanan di dunia.

Rugilah hotel yang buat buffet kalau tidak ada orang datang.Masa ini lah kita sebagai umat Islam harus bersatu memajukan industri makanan di Malaysia.Kena tolong orang melayu Islam berniaga dengan menghadiri majlis-majlis buffet  berbuka puasa yang mereka promosikan.

Kalau bos belanja tak per la juga,ni kadang-kadang kita sendiri yang menoorek poket kosong hingga berlubang demi memnuhi kehendak nafsu.

Akhirnya,tanpa disedari,kita mmbelanjakan puluhan ringgit sekadar untuk mengambil beberapa ketul ayam ,beberapa cucuk sata ydan  beberapa keping daging kambing yang terkangkang di salai.Aku pasti makanan yang sama dapat didapati dengan harga yang lebih murah di bazaar ramadhan.

Status Isalmik harus diupdate sebelum berbuka berbunyi,”Ingatlah mereka di Palestin,di Syria berbuka hanya sekadar meneguk air mengisi perut kosong.Anda bagaimana?”Kemudian baru mengambil gambar lauk-lauk buffet hidangan kita berbuka puasa.Sambil berniat'Sahaja aku makan nasi untuk umat Islam di Palestin dan negara-negara Islam lain'Terus ngapp.

Usai Ramadhan

Apabila habis ramadhan mula bertanya,Kenapa selepas bulan puasa aku tak kurus?

Orang datang bertandang bertanya,’Nampak makin ‘sihat’ jer lepas puasa .Apa rahsianya?”

Mulalah kita mencari produk-produk untuk menjadikan diri langsing dan bergetah kembali.

Sketsa sama akan berulang setiap tahun dengan jumlaj pelakon yang semakin bertambah.Tetapi,watak utama tetap sama iaitu diri anda sendiri.

Perut itu bodoh kerana tidak mampu menghalang manusia memasukkan makanan sesuka hati

Boroi itu tindakbalas badan sebagai peringatan yang anda sudah semakin ‘seksi’.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat” (H.R. Muslim)



Sama juga kalau berbuka di rumah atau masjid,tetapi makan banyak dan membazir.

Yang penting,kena disiplin diri dan ingat bulan puasa adalah bulan untuk merebut segala ganjaran dari Allah s.w.t.

p/s-Aku berbuka di masjid.Kadang-kadang melantak banyak juga.Siap bungkus buat sahur lagi.Tapi bila di Masjid,solat Maghrib itu tentunya berjemaah.Solat isyak dan terawih dalam genggaman.iA.Bersederhanalah dalam semua perkara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...