Subscribe to RSS feeds

Thursday, October 21, 2010

Komanwel VS Babri




Jarak antara Manipal dengan Delhi,3jam perjalanan dengan plane,hampir 3 hari dengan train.

Perjalanan yang sebegini panjang tidak memungkinkan aku datang menyokong atlet2 negara dalam sukan komanwel yang baru melabuhkan tirai.

Tirai dilabuh,kritikan tetap bergema.Tirai hanya tabir.Bukan penghalang mutlak suara2 kritikan terhadap prestasi atlet Negara.

Rumah siap,pahat masih berbunyi.

12-10-14 angka keramat

Mungkin penggemar judi nombor ekor berpusu-pusu membeli nombor ini.

Ya.12 emas,10 perak dan 14 gangsa cukup membuktikan keupayaan sebenar Malaysia.

Badmintan kekal sebagai lombong emas.Pelombong adalah Lee Chong Wei,Koo Kien Kiat serta seluruh pemain acara berpasukan dan beregu campuran.

Bangsa Cina memperkenalkan industri melombong timah di Selangor dengan membawa kapal korek.

Dalam sukan,bangsa ini jugalah yg mengorek emas untuk negara.

Atlet melayu???Agak layu terutama Hafiz Hashim.Tangan layu,badan layu,mata kuyu.

Pembukaan dan penutup

Aku masih lagi teruja dengan upacara pembukaan Olimpik Beijing.Sangat menarik dan sarat dengan pelbagai kebudayaan masyarakat Cina.

Mereka berjaya menggabungkan semua elemen2 penting dan kepercayaan mereka,disimpulkan dalam simpulan mati dan dipersembahkan kepada dunia.

Kungfu Panda,cerita lucu seekor panda gemuk yang ingin menjadi pahlawan naga menceriakan suasana olimpik.Satu kaedah promosi yang sangat efektif.

Pendapatan di jana,duit terhasil lantas memartabatkan lagi maruah China,selaku bakal kuasa besar dunia.

Teringat aku akan satu artikel,biarkan China tidur.China seekor gergasi,lebih mirip seekor naga.

Dulu semasa naga terjaga,seluruh dunia dijelajahi melalui laksamana Cheng Ho.Armada yang di bawa belayar merrentasi laut diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.

Dari situ,masyarakat melayu mula kenal akan perihal manusia bermata sepet,hidung kembang kulit yang cerah.Melaka antara destinasi tujuan.

Di India,promosi berlaku agak hambar.Beberapa siaran sahaja menyiarkan siaran langsung perlawanan yang berlaku.Itupun sekiranya melibatkan atlet india.

Suasana pembukaan tidak lekang dengan kontroversi.

Bermula dengan isu perkampungan atlit yang diaanggap inhabitable.

Penangkapan ular di penginapan kontinjen Afrika.

Isu penarikan diri Usian Bolt(lightining bolt),Asafa powel dan atlet renang lain memanaskan lagi atmosfera Komanwel.

Dalam segala macam ribut melanda,tiba2 jambatan runtuh manakala stadium,semua pekerja bertungkus lumus dihias dan disiapkan sehingga detik2 akhir upacara pembukaan

Ular berjaya lagi ditangkap di gelanggang tenis.Ternyata king cobra sangat bermaharajalela di India.

Pengganas pula dengan berani melontarkan ancaman,sengaja memporak perandakan lagi New Delhi.

Itu belum dikira dengan pengemis kanak2 persis slumdog millionaire.Berpakaian buruk,membawa bayi kecil yang menangis dan berwajah kusam meminta sedekah di jalanan.

Aku pasti,atlet2 akan dicubit,diganggu oleh peminta2 sedekah yang cilik ini semasa bersiar-siar di Delhi kelak.

Lambang penjajahan

Komanwel,satu lambang British.

Bongkak british menjajah,menghuru harakan pentadbiran melaui dasar pecah perintah,kini disanjung dengan Komanwel.

Komanwel satu reuinion terbesar di dunia.Anggota sahaja lebih dari 70 negara.Inilah perjumpaan yang berlaku setiap 4 tahun seklai.

Masjid Babri

Terletak di Avodhya,Uttar Pradesh di atas Rama's Fort,masjid ini telah dimusnahkan pada 1992 walaupun ada arahan daripada Mahkamah Tinggi bahawa struktur itu tidak akan dimusnahkan.200 terbunuh,kebanyakan muslim dalam tunjuk perasaan yang turut berlaku di bandar2 seperti Mumbai dan Delhi.

Dibina usai penaklukan Empayar Moghul pada 1527 oleh Babur,Maharaja Moghul pertama di India,masjid ini antara masjid terbesar di Uttar Pradesh.Sebelum 1940,ia dikenali sebagai Masjid-i-Janmasthan(masjid kelahiran) untuk memperakui kelahiran Dewa Rama.Selepas struktur Hindu dimusnahakan,Masjid Babri dibina.

Walaupun antara masjid terbesar,hanya sedikit jemaah Islam memanfaatkannya untuk kegunaan harian.Mungkin ancaman-ancaman keganasan yang diterima berjaya menakutkan maysarakat Islam daripada mengunjunginya.

Pelbagai petisyen dan bantahan telah difailkan di mahkamah berkenaan masjid ini.

Menariknya,keputusan pemilikan tanah diumumkan 18 tahun selepas Masjid ini dimusnahkan,iaitu ketika Sukan Komanwel bakal dirasmikan.
Aku melihat situasi ini sengaja dipolitikkan.

Kontroversi kegagalan menyipakan struktur2 penting untuk komanwel,ditambah pula dengan isu keselamatan,sengaja menarik perhatian masyarakat dunnia kepada India.

Semua mata tertumpu di Delhi,masa keemasan unutlk mengumukna keputusan petisyaen sekaligus menamatkan konflik babri.

Keputusan memang telah dijangka di mana Muslim hanya memperoleh 1/3 daripada jumlah keseluruhan tanah.

Dan apabila keputusan tidak memihak kepada muslim,seandainya berlaku tunjuk perasaan,dengan senang masyarakat dunia dapat melihat keganasan Islam.

Media yahudi akan melabelkan umat Islam sebgai pengganas dan sengaja menghuru-harakn negara tuan rumah.

Ancaman keganasan bagi aku sengaja dicipta oelh pihak berkepentigan.Sekiranya umat islam India membantah,automatik ini akan disyhtiharkan sebagai ancaman pengganas.

Sekali lagi,watak pengganas dipegang oleh Muslim.

Aku melihat,ada persamaan berkenaan peristiwa ini dengan pergaduhan merebut Masjidil Aqsa di Palestin.

Antagonis semestinya Yahudi,golongan yang mendakwa tapak berdirinya Masjidil Aqsa,sebenarnya,tapak 'Temple Of Solomon'.

Aku bukan penggemar teori illuminati,tetapi ancaman sebegini tidak harus dipandang ringan.Ancaman ini datang dengan tindakan seperti menggali terowong di bawah masjid.Ini tidak lain bertujuan memusnahkan struktur Masjid.Sedikit gempa bumi,nescaya rebah menyembah bumi Al-Aqsa.Nasi telah menjadi bubur.

Mahkamah antarabangsa sememangnya dilobi dan mereka berdiri teguh di bawah telunjuk jari kelingking Israel.

Mungkin pada masa ini,segala NGO sekadar anjing menyalak bukit..

Wallahualam.

p/s-Esok end-posting exam for psychiatric.Doakan kejayaan aku.Wassalam


0 coretan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...