Subscribe to RSS feeds

Wednesday, October 6, 2010

Usai pagi


Usai pagi menjelang,hidup diteruskan.Alhamdulillah atas sisa nyawa kurniaan dalam badan.

Tahun ke-3 sebagai pelajar bidang perubatan.Kehidupan seakan berubah.Daripada buku menjadi rujukan sebelumnya,sekarang hospital menjdi mainan.

Rutin nyata berubah.Kelas hanya sejam,selainnya habis di hospital.

Tahun ke-3, hari ke-3 bidang psikiatrik.

Seks

Suasana di bank tenang.Seorang pakcik lingkungan 70-an,beruban di kepala bergegas,melangkah cepat masuk lantas menuju arah tempat simpanan borang.Satu borang diambil tertera slip pengeluaran wang.

Sebatang pen biru,tadi tersemat dalam poket baju,penutup dibuka,tangan lantas berayun,pen menari atas kertas menulis huruf dan angka dalam kotak2 yang disediakan.

Setiap kotak di isi,pertanyaan dijawab.Penuh keyakinan.

Akan tetapi,satu kotak beserta persoalan gagal diisi,sangat merungsingkan pakcik tua itu.

"Haish.Soalan macm ini pun kena jawab ke?"

"Aku nak keluarkan duit je.Tidak lebih dari itu,"

"Apa aku nk tulis ni.Perlu ke aku jujur?"

Bermacam pertanyaan singgah di benak fikiran.

"Isi jer laa.Apa nak malu.Benda lumrah.Lagipun aku kena jujur.Nanti tak dapat duit,"akhirnya keputusan dapat dicapai.

"No 135,kaunter 3!",nyaring sekali mesin berkomputer menjerit angka itu.

Pakcik tua,sedar akan nombor itulah yg di nanti selama ini mara ke hadapan menuju kaunter 3.

Slip bertukar tangan..Petugas kaunter tersipu2,merah menjalar ke muka.

"Pakcik,SEX INI JANTINA. Lelaki atau perempuan.Tak perlu tulis 3 kali seminggu.Tak ada orang hendak tahu benda tu,"terang pegawai bank.

"La.Patut pun.Sorry2.Maklumlah.Pakcik dah tua,"kata pak cik itu.Muka berkedut,mula kemerahan menahan malu yang teramat sangat.

Berderai ketawa para hadirin.

Serba sedikit cerita dikutip semasa JASSI 10,Mangalore.Bersahaja Ustaz Dr Jamlun Azhar bercerita.Nampak bodoh,lucah tapi itulah hakikat yang bakal dihadapi seorang doktor.

Seorang doktor,harus berhati-hati apabila berhadapan dengan seorang tua.DI samping rasa hormat haruslah tinggi,arahan mestilah jelas agar tiada salah faham berlaku.

"Ubat ini makan 3 kali sehari,bukan 3 hari sekali,"

"Ni antibiotik.2 kali sehari mak cik.Habiskan ubat ini.Jangan bagi anak makcik makan,"

Wajib jelas dan terang arahan yang diberikan.

Larangan bersetubuh semasa haid

OBG bidang khas untuk kaum wanita.Bercerita tiada yang lain selain perihal penyakit kaum hawa.Betapa istimewanya seorang wanita.Syurga di telapak kaki,kebajikan terjaga,bidang perubatan ada yang khusus untuk mereka.

Pensyarah masuk,tepat jam 8.Seorang wanita tua dengan gelaran professor.Ilmu penuh di dada,pengalaman melimpah tampak di muka.

Female genital anatomy menjadi topic perbincangan.

Aku leka menyalin slide sambil otak ligat memahami.

Sehinggalah dia bercerita tentang vagina.

Vagina is acidic in nature due to Doderlin's bacilli. These bacilli convert glycogen to lactic acid thus prevent growth of other microorganism.

But, during menstruation, the mixture with blood increases the pH. Vagina is no longer acidic. So, opportunistic fungus such as Candida albicans tends to grow and produce infection

That's why; we need to avoid intercourse during menstruation.

Subhanallah!Aku terkejut.Selama ini,aku hanya bulat2 menerima sahaja kenapa Islam mengatakan bahaya mendatangi perempuan ketika haid.

Penjelasan ilmiah yang aku terima hari ini,jelas menjadi bukti saintifik larangan itu.Jangkitan mudah berlaku semasa haid kerana pH sekitar vagina menigkat menjadi alkali.Sebarang persetubuhan akan meningkatkan risiko STD(sexual transmitted disease).Akhirnya keluarga porak peranda,suami isteri menderita.Benar sekali larangan itu ditujukan kepada umat manusia.

Allah berfirman:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (al-Baqarah: 222)

Esok perjuangan bakal bersambung.Semakin dalam ilmu aku gali,semakin dekat dan yakin aku terhadap Islam.InsyaAllah.

Sekian.wassalam

1 coretan:

amy_syira said...

islam itu indah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...