Kenangan pertama amat manis.Tidak terlupa seseorang manusia akan pengalaman pertama.
Jelingan pertama,pandangan pertama,debaran pertama dan semestinya cinta pertama..
Pabila disoal tentang yang kedua,ramai terlupa..
"Who is the 1st astronaut to land on the moon?"
"Neil Armstrong"
"Who is the 2nd?"
"Aaaaaaaa+
Antara scene menarik dalam 3 idiots.Prof virus bertanya pelajar.Ternyata,hanya yang pertama bakal kukuh dalam ingatan.
Dan hari ini,kali pertama posting di hospital.
Destinasi pertama-Hospital Uduppi bidang psychiatry.
Pelajaran pertama-sejarah psikiatrik
Pensyarah pertama -Dr Rajesh
CR pertama-Vanessa
Sejarah
Aku tertarik dengan lipatan sejarah.Sejarah mengajar banyak perkara dan manusia sentiasa lupa.Apabila lupa,kita cenderung mengulangi.
Apa yang diulang,kebanyakan hanyalah kegagalan..Tiada yang ulang kejayaan.Kenapa??
Mungkin ideologi manusia suka mencipta kejayaan lain terus membumi dalam pemiikiran.Seolah-olah satu dosa sekiranya mengulangi kejayaan yang sama.
Falsafah jangan ulangi kesilapan sama,tiada dalam hati jiwa nurani.
Peristiwa anatara yang masyhur,berlaku semasa Napoeleon Bonaparte.Seorang maharaja Perancis,juga seorang pakar strategi.
Dengan angkatan tentera yg besar beliau bergerak untuk menawan Rusia, berperang semasa musim salju.Percaturan gagal kerana askar Rusia sangat terlatih dalam peperangan ssemasa musim salji berbanding askar Perancis.
Beberapa lama kemudian,musim berganti,pemerintahan Hitler muncul.
Seklai lagi,masa dingin salju menyengat,beliau memimpin tetntera dalam misi yang sama,menawan Rusia.
Masa diambil tepat pertengahan musim salju.Keputusan tetap sama-kalah.Tentera Hitler ditewaskan.
Itu contoh mausia yang berjaya tetapi masih gagal belajar dari kesalahan.
Sejarah psikiatrik
Abad 4 –Hippocrates menyatakan kelakuan tidak normal punca sakit mental.
Abad 8-Hospital sakit mental pertama dibina dalam tamadun islam di Baghdad.
Abad 10-Ar-Razi memperkenalkan rawatan pertama untuk pesakit mental
Abad 11-Ibnu Sina memperkenalkan physiological psychology dalam rawatan pesakit mental yang menjadi asas kepada Carl Jung mencipta Word Association Test pada abad ke-19.
Abad 13-Hospital pertama di bina di Eropah (Bethlem Royal Hospital di London)
1758- William Battie menulis Treatise on Madness
1788-Raja England,George III disahkan mempunyai masalah mental
1792-Phillipe Pinel memperkenalkan kaedah baru. humane treatment atau sokongan moral.Sebelum ini,pesakit menatal disisihkan atau dibakar hidup2 semasa Middle age.
1834-Anna Marsh membina hospital mental swasta di Amerika
Abad 20- Emil Kraepelin memperkenalkan psychoanalytic theory.Teori ini mengumpulkan setiap penyakit mental mengikut kasifikasi tertentu.Bidang2 seperti Psychopharmacology juga semakin pesat membangun.
Wad D4
Tepat 2.25,bakal2 dr dari group F1 dan F2 berjalan masuk.Melangkah dengan segak masuk ke wad D4.
Wad ape D4??Wad orang gila..Kena la segak juga.
Seorang tua pernah berkata kepada aku.
"Pakcik dulu kerja kat Tanjung,"
"Tanjung mana pakcik?"
"Tanjing Rambutan.Hospital Bahagia ..10 tahun kat sana,pakcik rileks jer.Rahsianya,kau kena jadi lagi gila dari orang gila untuk jaga orang gila."
"Lagi gila dari orang gila untuk jaga orang gila!!"
Pening memikirkan ketika detik itu.Mungkin falsafah ini boleh aku aplikasi sepanjang 3 minggu posting kat wad psikiatrik nanti.
Suasana wad tenang.Pesakit terlantar di katil.Sekumpulan orang tengah bermain karom dengn khusyuk.
"Orang gila pun pandai main karom ker?"aku bertanya.
"Itu orang yg jaga orang gila,"jawab rakan yang dari tadi menyepi.
Pensyarah melangkah masuk,duduk di kerusi dihadapan pelajar sekalian.Muka pelajar,sedkit keletihan tapi api di dada terus membakar.
Serba sedikit pengalamn posting pertama di wad psikiatrik.
Sekian
1 coretan:
ade pun entri..ingtkan blgo ni da xbrtuan.. =P
Post a Comment