Subscribe to RSS feeds

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah

Eni

"Ooo.boleh2!!" SMS tone aku berbunyi.Suara Upin.

Aku mencapai telefon.Membaca SMS yang baru diterima.

"Eni dapat 5A,dapt no 5."

"Alhamdulillah.Congratez2."Aku membalas.

Sekali lagi,bunyi SMS kedengaran.

"Any gift for me?"

Aku tersenyum seorang diri di dalam bilik.

"Wait for me to come back home next year. I owe u a special gift."Jari menekan butang SEND.

"Thank you."Pendek jawapan dibalas.

Zaki

Lagu World Cup,berbunyi.Sah ringtone handphone aku.

Tertera nama,ZAKI abangku.

"Assalamualaikum."Aku memula bicara.

"Waalaikummussalam.Duk wat gapo?Zaki ada good news ni,"

"Good news?Gapo tu?"

"Zaki dapat interview kejo kat UMW.Next week interview hari Isnin."

"Alhamdulillah.Tapi bukan baru jah ko kerjo kat RICOH?"

"Ho.Baru jah beberapo minggu.Tibo2 dapat panggilan interview dari UMW.Doa bnyok la ek ko Zaki.Mano tau ado rezeki."

"InsyaAllah.Zaki pun keno la doa.Mitok2 dapat.Kalu dapat kejo mno?"

"Tu tak sure lagi.Tapi dio kato Zaki keno prepare la pergi training samada US atau Singapore."

"Jauh tu.Breh2.Gi la.Nanti boleh Amir,Umi dan Eni mari melawat US.Hahahaha."

"InsyaAllah."
style="font-size:12pt; text-decoration:underline">Berita gembira

Dua berita gembira aku terima dalam minggu ini.

Dan berita ini aku ingin kongsi dengn rakan2 sekalian.

Adikku,Ainin Sofea dapat A dalam BM.Penulisan dan Pemahaman untuk Peperiksaan Akhir tahun darjah 5.

Pertama kali dapat A dalam kedua-dua subjek sepanjang tahun ini.

Teringat aku ketika Peperiksaan pertengahan tahun,ketika bercakap dalam telefon.

"BM tok tau lagi.Cikgu royak 2 ore jah dapat B.Eni takut Eni dapat B,"

"2 ore jah?"

Memang kelas adik aku terbaik di sekolah.Jadi tidak hairan hanya 2 orang gagal mendapat A.

"InsyaAllah,doa banyok."Aku menenangkan hatinya.

Dan adik aku salah seorang antara 2 orang itu;GAGAL MENDAPAT A.

Namun,Eni tiada kenal erti putus asa.Mungkin ini ganjaran atas usahamu secara berterusan.

Tidak penting sedalam mana anda jatuh,yang penting setinggi mana anda bangkit kembali.

Sebagai abang,sungguh aku bangga denganmu.

Abang aku baru sahaja mendaftarkan diri,bekerja di RICOH berbekalkan Degree dalam Mechanical. Engineering dari UKM.

Kini menerima peluang untuk bekerja dengn UMW.Mungkin masa sudah tiba untuk kamu pula terbang mencapai cita-cita mu. Allah sebaik-baik perancang.

Sebagai adik,sungguh aku berasa bangga denganmu.

Aku kini di tahun 3,bidang perubatan.

Aku tidak akan sia-siakan segala peluang,menjadi kebanggaa juga buat keluarga.

Pengalaman guru terbaik

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah:286).

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya." (Al-Balad: 4)

"dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya"(Fussilat: 46)

Zaman kecil dahulu,terlalu banyak dugaan kita tempuh bersama.Pengalaman yang nyata berbeza berbanding rakan2 sebaya kita.

Umi,sebagai ibu juga aku berbangga mempunyai mu.Tanpamu,siapalah aku hari ini.

Pengalaman lalu,tiada kata mampu bercerita,tiada pena mampu menulis.Biarlah ia tersimpan rapi dalam memori ingatan kita bersama.

Namun,izinkan aku bongkar,kepada anak2,kepada isteri aku kelak agar mereka mengerti erti sebenar kehidupan.Agar mereka memahami perjuangan kita sekeluarga dahulu.

Mungkin awan mendung mula bergerak meninggalkan kita.Meninggalkan matahari agar bebas bercahaya menerangi.

Dugaan yang nyata mematangkan diri.Menjadikan aku berdiri sendiri di bumi India.Menjadikan aku cukup redha dengan ketentuan Illahi.Menjadikan diri aku cukup menghargai kalian semua.

"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)" (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan 'siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya'sebagai 'siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya'.

Wallahualam.

p/s-Aku masih menanti sebuah jawapan.Harap ia membawa kegembiraaan.Aku tiada harta,hanya pengalaman yang ada.Moga Allah memberi petunjuk,membuka hatinya.Amin.

1 coretan:

nadiah said...

congrats for both of them =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...