Subscribe to RSS feeds

Saturday, November 20, 2010

Peristiwa subuh hari


Lewat bangun.

Ayam jantan berkokok.Tepat pukul 6 pagi.

Aku bangun menunaikan solat subuh.Eni pula awal2 lagi telah mandi.

Pukul 5.45 tdi die bngun trus mandi.Excited la ni.Hari pertama pergi sekolah.

Aku senyum."Budak2.Nanti baru tahu sekolah itu macam mana."bisik dalam hati.

Awal lagi ini.Sekolah bermula pukul 7.45 pagi.Sekarang baru 6.10.Aku baring-baring kejap kat ruang tamu.Ditakdirkan,aku tertidur.

Jam hijau tergantung di dinding kayu tepat menunjukkan jam 7.

"Bangun2!!"Eni menjerit.

"Lewat doh nie.Eni keno gi skoloh awal.Hari ni hari mulo2."

Umi aku dah siap.Ayahku juga sudah berkemeja.Aku masih berbaju putih,tertera "LANGKAWI".

Syaitan berjaya memujuk aku menarik selimut.Kembali aku berkelubung.

"Bangun2!!".Ada sesuatu dipegangnya-kucing oren aku bernama Garfield.

Pantas die menarik selimut,meletakkan Garfield di depan mulut aku.Kucing mixed berwarna oren itu mengiau,nyaris mencakar muka aku.

"Puhhh,".Habis mulut aku penuh dengan bulu kucing.Terpaksa aku bangun.Garfield memandang muka aku,mata sayu seakan tahu dia telah mengkhianati tuannya.

Eni tersenyum.strategi die berjaya membangunkan aku dari tidur.

Aku mandi kerbau.Kerbau pun tidak mandi seperti aku.

7 minit dah siap.Ye la.Kejap lagi aku balik rumah jugak.Kalau tengok cerita P.Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok,diorang basuh mata waktu pagi buta.

Umi dan ayah aku bergerak masuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan,mengaum kedengaran.

"Amir hantar Eni pergi sekolah.Cepat sikit tu.Jalan depan sekolah Maahad biasanya sibuk."Umi sempat berpesan.Tingkap kereta dinaikkan.Kereta bergerak meluncur kehadapan.

"Dengar tu umi royak gapo.Cepat2."Eni menambah.

Aku turun,masuk ke dalam kereta Honda berwarna hitam.Punggung berlabuh di tempat duduk pemandu.Enjin sudah dipanaskan oleh ibuku awal2 lagi.Tugas aku bertambah ringan.Hanya suis perlu diputar,stereng harus dipusing sambil pedal minyak ditekan kaki kiri.

Matahari mula timbul,cahaya mula melimpahi alam.Kejora tiada lagi kelihatan.Burung terbang,berkicau riang.

Embun masih kelihatan.Basah membasahi rerumput dan daunan.

Kejap lagi akan hilang,disejat cahaya matahari.

"Masuk cepat Eni.Kita dah lewat."

"Amir la lewat.Eni bagun awal bla..bla..bla".

Sudah pandai menjawab adik aku.Umur 7 tahun dah pandai membebel.:P

Bismillahirrahmanirrahim.Kereta aku undur perlahan,selepas itu gear ditukar dari R kepada D.

Mula maju ke hadapan,mula masuk ke jalan utama.

Perjalanan bermula.

Benar kata ibuku.Jalan sesak.

Dah pkul 7.20,aku masih terlekat di depan Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki.

Adik aku mula risau.

"Mesti cikgu marah datang lewat.Hari ini hari 1st day."

Ibu aku menelefon

"Dah sampai?"

"Belum.dekat depan sekolah maahad lagi."

"Laa.Cepat2.Ambil line kiri.kesian kat Eni tu.Hari pertama dah lewat."

"Ok2."

10 minit,aku terlekat.Perlahan-lahan aturan kereta mula bergerak dan ada jalan keluar.

Tapi,ada 4 trafic light lagi terpaksa aku tempuh sebelum tiba di SK Zainab 1!!!

AKu memandang ke belakang.Eni dah tidur.Aman sedikit dunia.Itu la.Siapa suruh bangun awal.

Traffic light seakan berdendam.

Semua lampu berwarna merah.Kesudahan aku menghabiskan paling kurang 5 minit di setiap traffic light.

Aku mula resah.Jam tepat jam 7.40 pagi.Sudah pasti loceng sekolah telah dibunyikan.Aku masih terperangkap di traffic light yang last.

Polis berkawal.Mengawal lalu lintas agar lancar.Wisel ditiup tangan dilambai.Ada motor putih di tepi jalan.Kenderaan stereotaip bagi seorang polis trafik.

Polis melambai,menyuruh kereta dipanduku bergerak.Aku dengan cepat menekan pedal minyak.Kereta bergerak agak laju.Kesan inersia dirasai.

Adik aku terbangun

"Dah sampai sekolah ke?Pukul berapa nie?"

"Belum lagi.Tapi sekolah Eni dah nampak."Aku berhelah sambil menunjuk SM Zainab 1 yang gagah berdiri.

Sekolah rendah di belakang sekolah menengah.Sekitar 5 minit lagi perjalanan.

"Sekolah Eni belakang sekolah ini laa,"tegas Eni menjawab.

Alamak kantoi la pulak.

"Amir,pukul 7.50 dah.Lewat nie,"

"Tak apa.Budak2 pergi perhimpunan dulu.Jangan risau.Kalau susah2,abe Amir ikut Eni pergi perhimpunan,"

"Amir nak beratur ikut kelas Eni ko,"

"Ye la.Beratur depan sekali,nyanyi lagu Negaraku sama2,"

Adik aku bermasam muka.Lawak jadi hambar..

Aku tiba tepat 7.55 pagi.Semua budak sudah sampai.Berbaju putih,kain hitam.

"Amir,mana kelas eni,"

"Eni tak ingat ke?"

"Ni ke 1st day skolah.Mana la Eni tahu,"selambe balasan diberikan.

Aku menebalkan muka bertanya seorang cikgu perempuan.Manis berbaju kurung berwarna biru.

"Salam cikgu.Mana kelas 1B?"

"2nd floor,kelas mulo2.Kenapa lewat nie?"

"Ado hal sket cikgu.Terima kasih,"pendek aku membalas,meninggalkan guru muda itu terpinga-pinga.

Aku berjalan pantas membawa beg.Adik aku mengekori dari belakang.

Di kelas,semua kerusi dan meja telah ditanda.Senarai nama ditampal di luar ada 40 murid.Aku mengira kerusi,ada 39.

Sah tidak cukup.Satu kerusi dan meja kurang.

Adik aku mula bising2.

"Itu la.Suruh mari awal tak nak."

Aku dapat idea.Aku pergi ke kelas sebelah,ambil satu kerusi dan meja.Harap2 kerusi dan meja itu tiada penghuni.

Angkat sorang diri,letak kat kelas 1B.Nah,adik aku telah ada tempat untuk bertapa sambil menimba ilmu.

Perhimpunan telah bermula,aku menghantar adik aku kepada seorang pengawas.Dari usia,aku kira dia berumur darjah 5.

"Adik,tolong bawa Eni masuk barisan ek.Kelas 1B,"

"Baru sampai ker?"Berani budak tu bertanya soalan kepada aku.

"A'a.Ada hal sikit tadi.Cepat2 bawak die masuk barisan."

Dia memimpin tangan Eni,dan mereka terus lenyap dalam lautan kanak2.

Aku menelefon ibu.

"Alhamdulillah,Eni dah sampai di sekolah.Sekarang duk perhimpunan,"

"Pkul 8.10 baru sampai."

"Yup."Aku tersenyum sambil menjawab pertanyaan ibuku.

Peristiwa kedua,motif sama.

"Amir2.Cepat bangun.Dah lewat nie.Hari ini Eni bertugas.Kena menyapu kelas."

Alamak.

Aku tertidur lagi selepas solat.Sekarang sudah pukul 7 pagi.

"Kalau Eni datang awal pun,sekolah mula pkul 7.40 juga.Rileks2."

Drama sama berulang.Hanya hari berbeza.

Aku sampai lewat menghantar adik aku.

Kali ini sampai pkul 7.35 pagi.Awal sikit berbanding dulu.

Kali ini cabaran berbeza.Ada pengawas berjaga di pintu pagar..

Adik aku takut.

"Kakak pengawas dia ambil nama.Hantar kepada cikgu besar.Pastu cikgu besar rotan."Eni bercerita.Muka kelihatan pucat.

Aku terpaksa bertindak.Nama adik aku tidak mungkin tercatat dalam buku yang rapat digenggam di tangannya.

Aku berjalan dengan adik aku,menuju ke pagar.Sperti dijangka,adik aku ditahan.

"Nama adik apa?"soalan diaju pengawas.

Belum sempat Eni menjawab,aku lantas memainkan peranan,memotong perbualan.

"Pengawas.Saya datang awal tadi.Ada hal sikit sebab itu lewat."

Pada masa sama,aku menyuruh adik aku berjalan masuk.

Sedang aku bercakap,adik aku telah lepas,berjalan dengan cepat pergi ke kelas.

Tiba2 dia terserempak dengan seorang guru.Cikgu itu kelihatan bertanya soalan dan adik aku menjawab.

Kemudian adik aku terus berjalan.Muka cikgu itu kelihatan pelik,seakan memikirkan sesuatu.

Tengahari,aku datang membawa nasi bungkus,makan di kantin sekolah rendah.

Makcik kantin tersenyum,sudah kenal akan aku.Suasana hingar-bingar.Pelajar bertempiaran lari.Ada beberapa kawan adik aku mencuit bahu,duduk berbual dengan Eni.

Sungguh aku terkenang kenangan dulu berada di sekolah.Suasana ceria,budak2 yang tiada tanggungjawab besar di bahu mereka.

"Kenapa pagi tadi kena tahan dengan cikgu?"

"Cikgu tanya kenapa lewat."

"Pastu Eni jawab apa?"

"Eni bagitahu Eni ada hal.sebab itu datang lewat,"

Aku tersenyum,lucu dalam hati.Patutlah cikgu tu nampak pelik.

Apalah sangat hal seorang budak berumur 7 tahun sampai datang lewat ke sekolah.Sepatutnya soalan itu dituju kepada aku.

Apalah sangat hal seorang yang leka berada di rumah sehingga gagal menghantar adik awal ke sekolah.Itu soalan sepatutnya.

Impak peristiwa.

Peristiwa itu memberi impak cukup besar dalam diri aku.

Benar,kanak2 ibarat kain putih,ibu bapa yang mencorakkan.Adakah ini menafikan peranan abang dan kakak?

Tidak sama sekali.

Jika ibu bapa mencorakkan,adik beradiklah yang mewarnakan kain itu.Agar,corak yang dilakar kelihatan cantik,mengikut acuan yang tersedia.

Jika ibu bapa mewarna,adik beradiklah yang membancuh warna agar kelihatan sekata penuh rasa.

Sokongan.Itu peranan paling tepat yang dapat diberikan kepada adik2 kita.

Ingat,kanak2 selalu gagal mengikut arahan,tetapi mereka tidak pernah gagal mengikut perbuatan,tingkahlaku yang ada dihadapan mereka.

Aku mengambil masa,berborak dengan Eni menjelaskan peri pentingnya menepati masa.Memohon maaf,merendahkan ego dengan mengakui kesilapan menghantarnya lewat ke sekolah.Sebagai abang,tidak sepatutnya adik aku lewat samapi ke sekolah.

Ibu aku sentiasa awal menghantar aku ke sekolah.Aku patut belajar dari beliau.

Aku berjanji tidak akan lagi menghantarnya lewat ke sekolah lagi.

Janji perlu ada komitmen.Perlu tindakan agar tidak kosong dan sia-sia.Punca masalah harus digali serta dikaji.

Kesimpulan:JANGAN TIDUR@TERLENA SELEPAS SUBUH!

Itu masalah utama,dan alhamdulillah aku berjaya mengatasinya.

Sekarang sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu,dan Eni masih ingat dengan jelas.Hari pertama persekolahan dah datang lewat.:P

Tidak mengapa,kesalahan tidak perlu dilupakan,sebaliknya jangan ulangi.Tiada dosa dicatat kalau mengingati kesilapan.

Moga ini memberi pengalaman berharga kepada kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

2 coretan:

eppoe said...

sebuah karangan yang sangat menarik!!
kalo cikgu rosliza baca ni, kompem dapat A++++!
ahahahaha
well done! best2!

drAmirul said...

eppo--kato bekas ank murid..mesti la kena wat cikgu rpsliza banggo.hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...