Thursday, February 25, 2010
Salam Taj Mahal
Tuesday, February 23, 2010
Filem : Ayat-Ayat Cinta (2008)
Cerita asal : Habiburrahman El-Syirazi
Pengarah : Hanung Bramantyo
Lakon layar : Salman Aristo
Pelakon : Fedi Nuril (Fahri), Rianti R Cartwright (Maria), Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca
AAC adalah naskah adaptasi. Adaptasi dari sebuah novel popular. Dikataka oleh A Wahab Hamzah sebagai novel paling laris dalam sejarah Indonesia. Begitu juga filemnya. 3 juta telah menontonnya dalam tempoh beberapa minggu ditayangkan. Saya berpandangan populariti novelnya kuat membantu melanjutkan kegilaan terhadap filemnya. 2 kekuatan filem ini ialah satunya tadi kerana novelnya laris, keduanya ia tema yang diangkat. Bukan sekadar cinta banyak segi (Fahri –Aisha-Maria-Nurul-Nouva), namun kerana citra Islamisnya.
AAC yang lahir dalam industri filem Indonedia yang pernah melahirkan Gie (2005), Ada Apa dengan Cinta, dan beberapa filem lain yang menaikkan nama Indonesia di persada filem mancanegara (baca antarabangsa). Dari sudut kutipannya AAC paling Berjaya hingga saat ini. Namun dari sudut teknikal, lakonan dan beberapa bahagian lain, AAC bukanlah yang terbaik. Untuk membariskan filem ini dalam kelompok filem baik yang pernah dihasilkan oleh Indonesia pun saya rasa agak sukar.
Pun begitu, AAC masih saya suka kerana cerita dan tema yang diangkat sangat ideal dan baik. Bak kata Faisal Tehrani dalam satu diskusi filem, sebuah filem yang baik punya naratif yang baik, dan mampu menyampaikan ‘rasa’ itu kepada penonton. Dari sudut nilainya seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu jelas wuju dalam filem ini. Apa yang lebih menariknya ialah seruan kabaikan dan cegah kemungkaran itu tidak terasa seperti bebelan khutbah (yang ketara dalam novel Faisal sendiri). Habib sedari awal naskah novelnya nampak seperti hati-hati dan teliti hingga perjalanan ceritanya menjadi lancar mengalir.
Sinopsis
Kisah seorang pemuda Indonesia Fahri (altar ego El-Syirazi) yang menuntut di Al-Azhar. Fahri digilai oleh empat wanita ; 1. Aisha gadis German yang dikenali dalam tren selepas insiden gadis Amerika Alicia yang diganggu. 2. Nurul, gadis Indonesia anak saudara Kiayi yang mengajar di Mesir. 3. Maria, gadis Kristian yang meminati Islam menjadi jiran Fahri. Dan 4. Nouva, gadis yang dibantu Fahri selepas didera oleh ayah angkatnya.
Selanjutnya ialah pergolakan percintaan 4 orang gadis ini merebut hati Fahri yang ‘suci’.
Ulasan
Pertama ; Ahli Kitab
Ada beberapa perkara yang suka saya beri perhatian lebih. Pertamanya ialah definisi ahli kitab. Maria adalah wanita Kristian. Maria dinikahi ketika dalam ‘koma’ nya. Seingat saya dalam novel, ia dibincangkan secara lanjut tentang ‘bolehkah Fahri menikahi Maria yang Kristian’. Namun dalam filem ia diringkaskan. Siapakah yang digelar ahli kitab hari ini. Menurut Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mufti Perlis, ahli kitab ialah orang-orang Kristian yang masih beramal dengan Injil dan orang Yahudi yang masih beramal dengan kitab Taurat. Yang dimaksudkan Injil dan Taurat ialah yang ada hari ini, bukan yang dahulu. Kerana istilah ahli kitab disebut oleh Allah dala Al-Qur’an ialah penganut agama Kristian dan Yahudi yang enggan mengikut Nabi Muhammad dan Al-Quran. Jika orang-orang Kristian dan Yahudi itu menerima Nabi Muhammad dan Al-Qur’an sudah tentunya mereka bergelar Muslim, tidak ahli kitab.
Kedua : Salam kepada orang bukan Muslim
Ini polemik akhbar tempatan beberapa ketika yang lalu. Dalm filem ini Fahri menjawab salam Maria dengan jawapan yang sempurna. Kemudiannya Fahri juga menjawab salam Alicia, seorang Amerika yang ditakrifkan oleh Fahri sebagai kafir zimmi (yang tidak boleh diperangi).
Ketiga : Jawapan kepada salah faham terhadap Islam
Yang paling saya suka tentang AAC ialah, Habib selaku pencerita asal memanfaatkan ruang kreatif untuk menjawab beberapa kekeliruan terhadap Islam. Antaranya diskriminasi terhadap Islam (babak : wawancara bersama Alicia), muamalah antara lelaki dan wanita bukan mahram (ianya tidak sesempit yang selalu digambarkan, Fahri dan wanita-wanita lain bebas berbincang dan berurusan dalam batas yang minimal), dan sikap orang Islam terhadap orang bukan Islam (layanan Fahri dan Aishah ketika dalam tren terhadap Alicia dan ibunya).
Ayat-Ayat Cinta
Sebagai sebuah filem, ia bukanlah yang terbaik. Namun dari sudut cerita, tema dan nilai Islam pada saya setakat ini ia yang paling baik. Banyak perkara tentunya boleh diperbaiki dari sudut teknikal. Dan tidak lupa banyak perkara yang boleh dipelajari oleh penonton dan juga karyawan negara, tentang bagaimana membikin filem yang baik untuk penonton dan baik juga untuk kantung penerbit.
Kredit kepada karywan tempatan
Cinemaonline merujukkan filem ini dengan Qaisy dan Laila. Namun saya filem itu sangat sukar ditonton. Saya teringat Perempuan Melayu Terakhir yang punya sedikit nafas Islam. Namun di tangan Erma Fatima sudut pandang Islam itu nampak serong. Justeru tidak ramai yang berani mempotretkan wajah Islam dalam karya mereka. Menyelitkan babak solat pun sudah tidak mahu, bimbang dikritik. Ya, mungkin Pensil memberi takrif nilai Islam yang sangat baik tentang usaha, takdir dan rezeki namun ia tidak ditonton ramai. Namun saya mencium bau-bau citra Islam itu dari naskah-naskah Yasmin!
http://ikatkata.wordpress.com/2008/06/25/filem-ayat-ayat-cinta-2008/
Monday, February 15, 2010
Raju,bila aku diam mem'bisu'
Sunday, February 14, 2010
Transkripsi bertulis soalan TG Haji NIk Aziz terhadap PM tentang FREEMASON di Malaysia
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
FREEMASON
4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:
(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukania bertaubat dan menjauhkan diri dari kumpulan itu; dan
orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu
Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan
melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam. Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan- kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapatbahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan
akidah Islam. Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat. Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan- keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:
(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.
(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.
(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau
Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.
Saturday, February 13, 2010
Gambar indah Alam Nusantara
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia itu adalah (Tuhan yang) Maha Terkawal, lagi Maha Pengampun” [Al-Israa' 17: 44]
Ya… seluruh alam bertasbih.
Pokok bertasbih.
Air bertasbih.
Burung bertasbih.
Angin bertasbih.
Dari Ibn Abbas bahawa Nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak kerana bunyi menguaknya adalah tasbih”
Tayangan My Name is Khan diancam
WARGA Muslim India meraikan tayangan My Name is Khan di luar sebuah pawagam di New Delhi di sebalik ancaman kumpulan Hindu radikal Shiv Sena. |
Kumpulan radikal Hindu bantah komen aktor mengenai pemain kriket Pakistan
MUMBAI: Panggung wayang di Mumbai dikawal ketat semalam sempena mulanya tayangan filem My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan berikutan ancaman oleh kumpulan Hindu radikal, Shiv Sena.
Kebanyakan panggung wayang mula menayangkan filem berkenaan tengah hari semalam selepas enggan berbuat demikian sebelum ini kerana bimbang ancaman Shiv Sena yang marah kepada Shah Rukh berikutan komen pelakon itu agar pemain kriket Pakistan dibenarkan menyertai Liga Perdana India.
"Tayangan filem ini adalah tamparan hebat kepada Shiv Sena," kata seorang wanita selepas menonton filem itu di sebuah panggung di Mumbai semalam.
Beribu polis dengan memakai pakaian antirusuhan dikerahkan ke panggung wayang untuk memastikan keadaan terkawal.
Polis menahan kira-kira 2,000 anggota Shiv Sena sebagai langkah berjaga-jaga dan mengusir penunjuk perasaan di luar panggung.
ANGGOTA polis India menahan seorang penyokong Shiv Sena ketika satu bantahan tayangan My Name is Khan di sebuah pawagam di New Delhi. |
Tunjuk perasaan turut disaksikan di bandar lain di India.
Sementara itu di BERLIN, tiket untuk menonton tayangan perdana filem My Name is Khan habis dijual dalam tempoh lima saat di Festival Filem Antarabangsa Berlin di sini.
Peminat tidak tidur semalaman untuk memastikan mereka paling awal berada dalam barisan untuk membeli tiket walaupun suhu di bawah sifar di sini.
Mereka yang tiba seawal jam 6 pagi pun menangis kerana gagal membeli tiket.
Bagi jualan online, tiket habis dijual dalam lima saat.
Malah lelongan tiket berkenaan laman web lelong, e-Bay mencapai harga 1,000 euro (RM4,660.31) setiap satu.
Jenny Watkinson, yang ditugaskan di 'jabatan Shah Rukh Khan' di pejabat Perhubungan Antarabangsa Dieter Kosslick, pengarah festival filem berkenaan, memberitahu IANS: "Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku. Tahun ini dijangka lebih hebat berbanding 2008 (ketika Om Shanti Om ditayang)."
Tayangan perdana filem itu diadakan di sini semalam dengan hamparan permaidani merah diadakan di teater berprestij Berlinale Palast di Potsdamer Platz.
Ramai menunggu kemunculan Shah Rukh dan barisan pelakon lain di tayangan perdana itu yang turut dikawal polis. – Reuters/Agensi
WACANA PERDANA "ISLAM DI MALAYSIA:REALITI DAN HARAPAN"
YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah
Tegas dan cerdik dalam menjawab persoalan.Bidasan yang tepat mengenai hidung Ustaz Afendi yang beberapa kali cuba memprovokasikan soalan dengan keratan2 akhbar simpanannya.Protege Nik Aziz ini sangat jelas terpengaruh dengan fahaman mentornya.Beberapa kiasan menarik diberikan seperti
"orang luar tak nak makan budu,kita bagi nasi kerabu"
"bila sampai di traffic light,kita berhenti,free gear tapi enjin tak mati.Tunggu lampu hijau dulu.Sekarang lampu biru"
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Asri banyak berilmiah.Persoalan berjaya dijawab dan diterangkan dengan sempurna terutama berkaitan isu sunnah mendoakan bala.Huraiaan tentang doa juga ada dimuatkan dalam Minda Tajdid.Permulaan yang ditunjukkan,banyak membela diri sendiri gara2 dikaitkan dengan fahaman Wahhabi dan isu tauliah yang 'hangat' diperkatakan.
Dato' Hj Nakhaie Ahmad
Mantan Yang Dipertua YADIM ini mengambil pendekatan defensif.Lantaran beliau dulu adalah salah seorang AJK PAS Pusat sebelum bertukar angin menyertai UMNO.Soalan2 'killer' daripada moderator saya kira tidak dijawab dengan cemerlang oleh beliau.Sedikit isu peribadi juga disentuh berkaitan laporan SPRM yang dibuat oleh Dr Asri terhadap beliau tantang penyelewangan kewangan di YADIM.
Ustaz Afandi Yusof
Sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO,beliau sepatutnya harus peka dengan isu2 semasa dan tidak membangkitkan perkara yang lapuk ditelan zaman seperti isu kafir-mengkafir.Satu komen menarik dari penonton"Ustaz Afendi ni saya kira macam budak fardhu ain" tepat menggambarkan hujah2 yang diutarakan oleh beliau.Fakta-fakta dan hujah yang mantap berjaya disampaikan tetapi paduan tenaga dan pengalaman Nik Amar serta Dr Asri kelihatan lebih terserlah.
Soalan penonton
Soalan yang lari dari topik perbincangna dan berulang kali membangkitkan soal maksiat dalam negara ini.Saya kira,rakyat Kelantan patut kembali kepada topik dan tajuk perbincangan.Mentaliti ini harus diubah dan pujian diberikan kepada beberapa pemuda yang tampil dengan soalan2 yang kemas dan indah. Satu pengalaman saya semasa menghadiri ceramah puasa disampaikan oleh wakil rakyat dari PAS.Sesi soal jawab dibuka dan soalan pertama yang keluar ialah "Apa hukum mengundi UMNO?" Semua jemaah bersorak dan pesta soal jawab politik bermula.Saya terkedu dan mendengar ulasan politik dari wakil rakyat itu walaupun tujuan utama perbincangan adalah bab puasa.
Friday, February 12, 2010
Lagi gambar haiwan yang 'menarik'
- NABI ADAM-tiada ibu yang menghamilkannya.
- SITI HAWA – tiada ibu yang menghamilkannya.
- KIBAS YANG ALLAH GANTIKAN PADA NABI ISMAIL- Kibas tersebut datang dari Syurga.
- UNTA NABI SOLEH – Unta tersebut diberi oleh Allah S.W.T