Hobi aku??Agak misteri sebenarnya.Citarasa aku sentiasa berubah-ubah.Tetapi yang betul2 menarik minat aku ialah permainan catur.Aku diperkenalkan semasa berumur 10 tahun oleh Pok Long(pakcik).Mak aku beli dam haji dan dalam kotak itu ada buah catur.Asyik bermain dam haji,Pok Long mengajarku cara gerakan pawn,bishop,knight dan quen.Dari situ aku mula mendampingi permainan unik ini dan bermain setiap masa dengan Zaki(abangku)
Kitorang bermain dan minat aku semakin bercambah.Hampir setiap hari,setiap malam aku akan menghadap papan yang berpetak hitam putih itu.Sehinggalah aku masuk sekolah menengah,aku dipilih mewakili SMACH dalam UiTM OPEN.Tournament pertama aku dan lawan yang aku temui sangat dasyat bermain dengan psikologi.Sepanjang permainan,die sentiasa bercakap,bertanya pelbagai soalan mengarut dan bersikap sambil lewa sahaja.Keputusannya,semestinya budak hingusan seperti aku tewas..
Kemuncak karier aku apabila berjumpa dengan Allahyarham Pak cik Man(ayah kepada IM MasHafizulhelmi) yang berjaya mencatur pemikiran aku.Masih ingt lagi kata2 dia
"CHESS IS A TAEKWANDO OF MIND"
Dialah yang mula mengajar taktik2 dan strategi yang tersembunyi.Aku bersama kawan2 mula menghafal Sicilian Dragon,King Gambit,Quen Gambit dan mempraktikkan Ruy Lopez,French Defence,Caro-kann,King's Indian Defense.Al-fatihah kepada allahyarham.Masuk kejohanan MSSK,alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat ke-2 dibelakang seorang sahabatku.Aku tidak pernah tewas sebaliknya seri dalam 2 perlawanan bertemu rakan lama dari MRSM Kuala Krai dan Johan(Afnan,sahabat dari SMACH).Aku mengumpul 5/6 points.Langkah seterusnya,aku dipilih mewakili Kelantan ke MSSM Labuan pada 2004.
Latihan pusat selama sebulan.Selama itu,makn catur,tidur catur dan mandi catur.Semuanya catur,catur dan catur.Makan sambil bermain catur,Tertidur di papan catur.Pukul 8 sehinggalah ke lewat malam.Sebulan itu sangat menyeksakan dan yang menggembirakan,aku telah berjaya melarikan diri dari peperiksaan bulanan di sekolah.
Maka,bertolaklah aku ke bumi Labuan bersama konco2 terhormat..
Kejohaann MSSM,aku bertemu dengn nama2 besar dalam industri catur.Kagum aku dengan kesungguhan dan ketelitian mereka semua.Antara nama yang aku ingat ialah Siti Zulaikha,Johan Iskandar dan Anas Bakri.Permainan memakan masa 3 jam di mana seorang pemain mendapat 1jam 30 min.Bosan menunggu??Tidak sama sekali.Sepanjang permainan,kadang2 aku pergi keluar melilau mencari angin,minum air milo percuma .Keputusannya,sekali lagi aku tewas.Perlawanan pertama,musuh di depan aku ialah seorang Cina dari Selangor yang tengah pening.Itupun aku pula yang pening migrain selepas kalah dengan dia.Masih aku ingat lagi,selepas 3 match,akulah satu-satunya pemain dari kontinjen kelantan yang masih gagal memungut sebarang mata.Jurulatih,Cikgu Hanis dan Cikgu Sahadi mengugut untuk merampas kembali sweater dan jersi Kelantan sekiranya aku gagal melepasi 3 points.Alhamdulillah,aku berjaya mengumpul 3.5 point dalam 4 perlawanan seterusnya.Fuhh,Selamat sweater.
Serba sedikit pengalaman aku dalam industri Catur@chess..
Kenapa aku memilih menulis catur??
Bermain catur sebenarnya mengundang kontroversi dalam kalangan ulama.
Bahkan mazhab Hambali,Maliki dan Hanafi mengHARAMkan permainan ini.
Antara ulama yang mengharamkan catur ialah
Ali bin Abi Thalib RA
Ibnu Taimiyyah
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Antara persoalan yang timbul,bermain di fikiranku..
Aku bermain sejak dari umur 11 tahun dan baru semalam aku nermain dengna komputer..Adakah aku telah melakukan sesuatu yang haram???
Kalau haram,kenapa catur masih dijual di supermarket di Malaysia??
Kalau haram,kenapa masih ada chess tournament di Malaysia?
Kalau haram,kenapa masih ada chess tournament di Malaysia?
Kalau haram,kenapa sampai sekarang Malaysia masih menghantar kontinjen catur bermain di luar negara??Di mana peranan tok2 mufti dan para ulama?
Catur itu haram.Jadi apa hukumnya bermain PS3,Wii,DOTA dan XBOX?
Aku menjadi presiden kelab Catur selama 2 tahun dan ramai dalam kalangan junior2 aku turut mengorak langkah mewakili Kelantan..Adakah aku turut mendapat saham dosa juga?
Dan baru2 ini,selepas sekeian lama tidak menjamah catur,aku menyertai Interbatch Chess Tournament di MMMC.
Menjawab persoalan ini,memang bukan tugas dan kepakaranku..
Jadi,aku sertakan penulisan karya Ustaz Zaharuddin.
Sudah membaca?harap2 sidang pembaca dapat penjelasan yang sewajarnya..Dan aku lebih bersetuju kepada pandangan Qardawi..Terpulanglah kepada sidang pembaca sekalian,memilih mutiara dalam celahan kaca.
Wallahualam..
p/s-Adik aku,Eni menelefon memberitahu dia terpilih menjadi AJK Kelab Catur.Congratatulation to Eni!!
0 coretan:
Post a Comment