MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
FREEMASON
4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:
(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukania bertaubat dan menjauhkan diri dari kumpulan itu; dan
(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah jenayah itu setelah selesai kajian dibuat oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang
orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu
Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan

(a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah
melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam. Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan- kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapatbahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan
akidah Islam. Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat. Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan- keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:
(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.

(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.
(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.
(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.
(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau

pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala di antara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.
(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.
Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.

Panjang lagi nie.Redz,ko klik la link kat bawah nie.
2 coretan:
Owh... Bagus punya info...
Terima kasih sebab khas untuk aku... hehe...
Freemason tiada salahnya untuk dikaji, tetapi ada yang lebih utama~
Freemason memang jelas lagi bersuluh mempunyai agenda, tetapi ada banyak lagi oragnisasi yang mempunyai matlamat sulit yang bergerak di bawah nama Islam yang perlu diatasi~
Hehe
khas untuk ko.
Nampak bersungguh-sungguh mengkaji..hahahaha
Nanti dalam bab kedua,jangan lupa bagi kredit kat aku tau..XDXDXD.
Aku baca jer semua artikel pasal Illuminati ke, freemason ke.Percaya tu bukan soal kedua.
Dan yang penting satu hari,aku tau Islam akan menang dan berharap aku adalah salah sorang daripada golongan Islam pada hari kemenangan itu..InsyaAllah
Post a Comment