Subscribe to RSS feeds

Tuesday, February 9, 2010

DS Zambry MB Perak yang SAH!!


PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan


Krisis politik Perak

Feb 9, 10 10:47am

11.00 pagi Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

10.42 pagi Tan Sri Ariffin Zakaria memutuskan permohonan Nizar sepatutnya tidak dibuat mengikut Perkara 36(2) tetapi 16(2) dalam perlembagaan negeri.

10.15 pagi Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan.

10.10 pagi Panel lima anggota hakim memasuki mahkamah.

Penyokong Pakatan kini melebihi penyokong BN dengan laungan “Reformasi” dan “Hidup Rakyat’ terus bergema.solat hajat

9.25 pagi Penyokong Pakatan semakin bertambah kepada 300. Mereka bawa banner “Mahkamah rakyat Nizar MB” dan melaungkan “reformasi” dan “Hidup rakyat”.

Lim Kit siang duduk di belakang dekat pintu, kerusi dibawa masuk oleh polis. Di sebelahnya Ngeh dan ADUN titi serong, Idham Lim.

9.50 pagi Anggota FRU memisahkan penyokong kedua belah pihak – Pakatan di sebelah kiri dan Umno di sebelah kanan.

Ngeh Koo Ham juga masuk dan berjabat tangan dengan exco negeri Perak dari BN dan speaker Ganesan

9.25 pagi Kira-kira 20 anggota FRU mengarahkan semua penyokong dan media beredar dari tangga bangunan mahkamah. Datuk Sei Nizar Jamaluddin masuk ke mahkamah bersama isteri, dan bersalaman dengan beberapa penyokong BN.

200 Penyokong Umno berhimpun depan tangga mahkamah manakala penyokong Pakatan sekitar 100 orang.

Penyokong BN membalas dengan laungan “Daulat Tuanku” dan “Penderhaka”

9.37 pagi Penyokong BN berpakaian kuning berkumpul di luar Istana Keadilan melebihi jumlah penyokong Pakatan.

9.36 pagi Penyokong BN melaungkan perkataan “Daulat Tuanku” dan “Penderhaka”.

9.10 pagi ADUN Pakatan Perak, Chang Lih Kang, Wong Kah Hoe dan Kesivinder Singh dihalang polis daripada memasuki mahkamah. Ekoran itu, 50 penyokong Pakatan mengelilingi anggota pasukan keselamatan bagi memberikan tekanan.

9.05 pagi Datuk Seri Nizar Jamaluddin tiba bersama isteri jam 9.05 pagi, disambut oleh 50 penyokong Pakatan yg melaungkan “Hidup Nizar”, “Bubar DUN” dan “Hidup Rakyat”.

8.45 pagi Tiada tanda-tanda penyokong Pakatan hadir. Hanya seorang ADUN Titi Serong dan beberapa penyokong PAS dan DAP.

8.30 pagi Penyokong BN meningkat lebih daripada 100 orang. Mereka berdoa untuk kemenangan DatukSeri Zambry Abd Kadir.

8.25 pagi Kira-kira 50 penyokong BN, kebanyakannya Melayu berhimpun di depan Istana Keadilan sambil melaungkan “Daulat Tuanku”, “Hidup Zambry”, “Hidup BN”.

8.15 pagi Sekumpulan orang, dipercayai penyokong BN, memakai kemeja-t kuning bertulis “Daulat Tuanku” berkumpul di depan mahkamah.

8.10 pagi Sekumpulan anggota polis kelihatan mula mengawal keadaan.

9 Feb 2010 9:15am

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan sebentar lagi keputusannya mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah – Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan.


Kronologi krisis politik Perak sebelumnya:

17 Mac 2008:

- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:

- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:

- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi “lampu hijau” oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:

- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:

- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:

- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

(diedit dari sumber lain)

0 coretan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...