Subscribe to RSS feeds

Thursday, March 18, 2010

Kembali sujud di bumi Manipal.

"Bangun2.Dah sampai Uduppi,"suara garau Syahmi mengejutkan aku dari dengkuran tidur.
Semalam perjalanan dari Goa ke Uduppi.
Sleeper seat yang aku ambil berjaya menjadikan masa berlari sangat kencang.
Aku tidur lena sepanjang perjalanan.
Selesai menurunkan barang-barang,Thahar muncul bersama tempo traveler.
Sekejap sahaja,kitorang semua dalam perjalanan terakhir menuju ke bumi Manipal.
Thahar gah memacu tempo traveler membelah keheningan subuh pagi menghantar setiap teman ke rumah masing-masing.
Bemula dari Nikhil Mahal,Premier Residency dan last sekali Ajay Arcade.
Sujud syukur aku seketika selepas masuk kembali ke rumah bernombor 402
Alhamdulillah.
Perjalan pergi dan pulang selamat tanpa sebarang musibah dan kecelakaan.

*******************************

2 pucuk surat aku terima dari post office.
Barang kiriman Bonda tercinta telah sampai.
Selepas bersarapan di foodcourt,tangkas jari aku beralun mendail nombor autostand.

"Boss.One auto to Ajay arcade 402,"
"Wokeyh,"satu suara kedengaran di hujung talian

Auto kuning sampai.Aku turun dan menaikinya.Seorang tua berbaju coklat menjadi pemandu.Sedikit senyuman mengumtum dari bibir yang dimamah usia.

"Kunjibettu Post Office,"arah aku.

Tanpa sebarang suara,perlahan-lahan auto itu bergerak menuju ke Uduppi
Jalan pergi Uduppi sedang dinaiktarafkan.Kelihatan seperti zon peperangan.
Auto itu memandu berhati-hati tapi tetap laju seperti kebiasaan
Selepas 30 minit,aku kembali tiba ke Ajay Arcade

"Kitne?(berapa harga),"soal aku.
"70 rupee,"balas orang tua itu

*****************************

Dering nada lagu Welcome to Ibiza berkumandang dari dalam bilikku.
Manipal Syahmi tertera di muka depan Nokia E66.
"15 minit lagi ada autopsy.Mayat strangulation,"suara Syahmi kedengaran.
"Aku mungkin tidak datang kot.Banyak benda nak kemas.Barang dalam beg pun tak unpack lagi,"balas aku
"Ok2.Forward la kat sesiapa lagi batch mate kita"
"InsyaAllah"
Terus aku menaip SMS kepada rakan-rakan lain.

*****************************

"Assalamualaikum"
Sayup suara yang sangat dikenali bergema di rumahku.
"Ya Allah.Fizi.Bila ko sampai Manipal,"
"Baru jer.Dalam seminggu.Kelas kitonng start next week,"
"By the way.Congrate coz lulus 2nd year.Dah jadi super senior la ko kat Manipal,"
Lama tidak bersua.Kitorang saling bertukar berkongsi pengalaman.
Hafizi melancong ke Kashmir manakala aku ke Shimla dan Manali.
"Korang pergi x orientation batch 26?"tanya Hafizi.
"InsyaAllah pergi,"Wafiy menjawab

Tiba-tiba handphone aku berbunyi lagi.Ringtone sama.
3 miss call dan 2 SMS aku terima mengkhabarkan perkara yang sama
Ada 2 autopsy lagi petang ini.
Clash dengan orientation batch 26.
Panjang aku berfikir.
Kedua-dua kelihatan penting.
Pentingkan apa yang lebih penting kerana yang penting itu adalah lebih penting daripada apa yang penting.
Aku memilih pergi autopsy.
"Kirim salam la kat sesiapa junior batch 26 yang korang jumpa nanti,"pintaku
"InsyaAllah,"Wafiy dan Hafizi hampir senada menjawab

********************************

Pulsar merah 180cc aku parking sebelah motor putih Syahmi.
Dari jauh,muka kawan2 yang sangat dikenal bersusun duduk atas kerusi panjang setia menunngu di depan Cold Chamber.
Sunburn semua gara-gara berpanas di Goa.

Aku memilih duduk di hujung bersama Syahmi dan Munya.

"Dah start ke belum?,"
"Belum lagi"Syahmi menjawab
"Mayat dah sampai.Ada kat dalam.Kalau tak silap,case poisoning,"Munya menambah.
"Lelaki ke perempuan,"tanya aku lagi.
"Tak sure laa,"kata Munya.

20 minit kemudian,semua student dipanggil masuk.
Jelas seorang pemuda berbangsa India terbujur kaku atas tray besi.

"This is a student who died because of poisoning.He survived after 11 days being warded.Unfortunately,we cannot remove all the poison by gastric lavage and he died yesterday,"seorang doktor muda menerangkan situasi.

Gastric lavage??
Aku teringat kembali alat yang digunakan dalam prosedur yang menyakitkan ini untuk membuang racun dalam perut.Tiub sepanjang 30 cm dimasukkan kedalam mulut sehingga ke perut.Kemudian saline dimasukkan dan dipam keluar sehingga warna saline yang dimasukkan sama dengan yang dikeluarkan.Ya.Prosedur ini amat memeritkan.Sesiapa yang yang memilih menelan racun sebagai cara membunuh diri,seandainya terselamat pasti akan trauma dengan gastric lavage.

Scalpel pantas menari menghasilkan jalur panjang diri dagu sehingga ke pusat.
Darah merah kelihatan mengalir.
Tulang rusuk dipotong dengan rib cutter.
Sternum dikeluarkan dan terserlah sepasang paru-paru.
Sponge dimasukkan untuk menyerap lantas mengeringkan darah dalam abdomen.
Seperti ayam yang dipotong di kedai,seluruh organ bermula dari trachea sehingga ke large intestine ditarik dan dikeluarkan.
Perut dibuka dan kandungannya diperiksa mencari sisa racun.
Serentak itu,seorang pakcik tua menoreh sekeliling diameter kepala dan menggergaji tengkorak mangsa.
Melihat pakaian,aku dapat mengagak dia bukan seorang doktor.
Biasanya,dia akan potong tengkorak dengan mesin gergaji,bukan secara manual.
Hari ini dengan gergaji dan tangan sahaja.
Sekejap sahaja, otak mayat kelihatan,dipotong dan dikeluarkan.
Liver,kidney, heart and spleen semua ditimbang.
Selepas itu,semua organ di masukkan kembali kedalam abdomen.
Pakcik tua yang tadi memegang gergaji,kini mula kelihatan menjahit bahagian abdomen selepas semua organ di simpan.
Tamatla satu lagi episod autopsy dalam lipatan sejarah hidupku.
Siapa tahu,mungkin satu hari aku pula yang berdiri mempersembahkan kemahiran yang dipelajari semasa kelas Forensic Medicine kepada bakal2 doktor muda.
InsyaAllah.

*********************************

Aku kembali ke bumi Manipal.
Jadual hari pertama sudah memberi isyarat kesibukan 2nd year yang tinggal 6 bulan sahaja lagi.
Jauh perjalanan,luas pemandangan
Impian menyentuh Taj Mahal telah dicapai
Simbol agung Kerajaan Moghul dan lambang cinta sejati Shah Jahan kepada permaisuri Muntaz Mahal
Aku juga menyusuri sejarah Mahatma Gandhi di Delhi dan Mumbai
Bermain salji di Shimla dan Manali
Menunggang gajah di Jaipur
Membongkar sejarah Tibet,Dalai Lama dna Panchen Lama di Darmshala
Membeli belah di merata tempat
InsyaAllah akan dikongsi dalam blog ini.

2 coretan:

Redz da Tsar said...

Sekali macam baca novel daa... Haha

drAmirul said...

Hahaha..welcome to 2nd year

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...