Subscribe to RSS feeds

Thursday, March 25, 2010

Khas untukmu...

Satu perkara menarik berlaku hari ini.
Tanggal 25 Mac setiap tahun,hari lahir seorang srikandi yang banyak menabur jasa,menghidupkan pelita menerangi hidupku.
Ya..
Hari ini tarikh keramat ibuku dilahirkan.

Aku menelefon ibuku.
"Happy Bufday,ummi"
"Hadiah apa yang ummi pinta"
"Ummi hanya hendak kejayaan Amir menjadi Dr.Inilah hadiah paling bermakna bagi ummi"
Aku diam seketika.
"InsyaAllah ummi,"
Telah aku sematkan dalam hati nurani.
Akanku hadiahkan gelaran doktor ini kepada seorang ibu yang tidak jemu melayan kerenah nakal anaknya ini.
Tiada hadiah paling berharga selain secebis keinginan melihat anaknya berjaya dalam hidup.
Menjadi insan bergelar Dr.
Dan tahniah kepada diriku.
Aku kini masih di lautan ilmu perubatan.Mengharungi liku2 pelajar perubatan di MMMC.
Tetapi,pantai jauh terbentang di sana sudah kelihatan.Menjanjikan segulung ijazah perubatan.
Daratan yang memungkinkan aku menunaikan hadiah khas permintaan bonda tercinta.

2 coretan:

Anonymous said...

Moga kita sama2 menjadi permata hati yang soleh buat insan yang banyak berkorban utk kita..nice post!! ;)

ana aliya said...

25/mac..
tarikh utk ana juga..

nice post..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...