Subscribe to RSS feeds

Saturday, March 20, 2010

Rasulullah s.a.w selalu berlapar



Aisyah radhiyallahuanha berkata,"Tidak pernah keluarga
Rasulullah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut
sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim,
Khatib,Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu HUrairah radhiyallahuanhu
dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika
dia sedang bersolat duduk,maka aku pun bertanya kepadanya:

"Ya Rasulullah!Mengapa aku melihat engkau solat duduk,
apakah engkau sakit?

Jawab Baginda s.a.w:"Aku lapar,wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jwapan Baginda s.a.w itu,aku terus menangis sedih
melihatkan keadaan Baginda s.a.w itu.Baginda s.a.w berasa
kasihan melihat aku menangis,lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah!Jangan menangis,kerana beratnya hisab
di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia
jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia."

dicedok drpd majalah solusi
edisi PP15048/05/2010 (024506)
ISU No.14

0 coretan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...