Subscribe to RSS feeds

Saturday, January 23, 2010

Kenapa harus memakai topeng??

Seorang eksekutif muda,baru dinaikkan pangkat..
Pada hari pertama,rasa kekok dan tidak selesa menjadi mainan di jiwa.
Tiba-tiba,ketukan kedengaran..
Untuk menunjukkan betape sibuknya dia sebagai orang penting syarikat,eksekutif muda itu lantas mengangkat ganggang telefon
"Masuk"
Seorang pemuda masuk..
"No problem,I boleh handle projek ini,"sambil mengangguk kepala tanda bersetuju.
Selepas berborak selama beberapa minit,
"Yes,what can I do for you,"
Pemuda itu menjawab
"Tuan,saya datang untuk memasang kabel telefon dalam bilik ini,"

Kenapa harus berpura-pura??
Apa yang cuba dibuktikan??
Kenapa perlu satu pembohongan??

Aku menulis cerita ini kerana satu keperluan.
Kadang2 aku tersenyum sendirian melihat karenah dan gelagat member2 yg sentiasa busy
"Aku busy la sekarang.Tak bleh datang usrah malam nie,"
Tetibe,kantoi kat fudcourt tengah candle light dinner..
"tadi kata busy,"hati kecilku berkata..

Kenapa harus menipu??
Kadang-kadang penipuan itu membuka kebodohan diri sendiri..
Apa yang cuba dibuktikan dengan pembohongan dan putar belit itu..
Untuk menunjukkan diri ini suci??
Untuk membuktikan aku berada di pihak benar??
Atau semata-mata kerana ego yang menjulang ke langit..
Muak aku dengna karenah manusia seperti ini..
Satu kata-kata yang sentiasa terpahat di minda..
"sekali kita berbohong,akan tercipta beberepa lagi penipuan untuk membuktikan pembohongan tadi"

Contoh
"Kenapa datang lewat?"
"Ada accident tadi masa on the way datang" (penipuan pertama)
"Accident??"
"A'a.Kereta Kancil dengan kereta Wira"(penipuan kedua)
"Ooo.Teruk ke accident tu?"
"Agak terukla.Seorang parah sebab tercampak dan isteri die patah kaki"(penipuan ketiga)
"Saya datang lewat ni sebab tolong hantar si suami tu pergi hospital"(penipuan keempat
"Kebetulan van saya ni besar"(penipuan kelima)

Dari satu penipuan,akan lahir penipuan kedua dan seterusnya..

Jijik sekali perangai manusia seperti ini!!

Nasiaht kepada diri sendiri dan rakan2..
BErkatalah benar walaupun pahit untuk ditelan..
Beranilah untuk bersemuka dan sentiasa menyampaikan kebenaran.
Dan..
Janganlah menipu!!!


2 coretan:

nadiah said...

bley djadikan peringatan untk dri sndri nie.... ^____^
lmbt laun..kebenaran akan trbongkar jgak...Allah swt sntiasa brsama dgn orng yg benar =)

drAmirul said...

btul2..IA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...