KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.
Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.
MERU, KLANG 28 Jan: Ketika dua masjid di Petaling Jaya diletakkan dengan dua kepala babi hutan berbungkus plastik bersama wang tunai RM30, lain pula peristiwa bersejarah berlaku di Meru.Dewan Meru, dekat sini, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.
0 coretan:
Post a Comment