Subscribe to RSS feeds

Wednesday, January 27, 2010

Rama-Rama



Seorang guru perempuan,muda dan berkebaya biru berdiri dihadapan 20 org pelajar kelas 5 Pintar di dalam sebuah makmal.
"Hari ini,kita akan melihat bagaimana seekor rama2 terbang keluar daripada kepompong,"lantang suara guru itu..
Kelihatan di hujung,seorang murid tengah asyik dibuai mimpi.
Sambil itu,guru itu menerangkan cara bagaiman rama2 itu keluar dari kepompong..
"Jangan sesiapa menolong memecahkan kepompong itu,"tegas guru muda terbabit..
Mesyuarat bakal bermula dan guru muda itu terpaksa keluar meninggalkan muridnya bersendirian.

Selepas 30 minit,kepompong mulai retak..
Murid bersorak kegembiraan dan melihat dengan pandangan yang penuh ketakjuban..
Situasi menjadi senyap.Mata seolah-olah digamkan kepada balang kaca yang berdiri di atas meja coklat.
"Kesian rama2 ini.Susah jugak nak keluar,"kedengaran seorang murid perempuan bersuara
Setelah berbincang dan lantaran tiada kesabaran menunggu,ketua kelas mengambil keputusan membantu memecahkan kepompong itu..Lantas pesanan keramat guru diabaikan.
"Rama2 itu tidak perlu bersusah payah lagi untuk keluar,"kata ketua kelas menyakinkan semua tentang tindakan yang bakal diambil.Hampir kesemua mengangguk tanda bersetuju.
Selepas itu,terbanglah si rama-rama bebas di udara..
Malangnya,5 minit selepas itu,rama2 kelihatan lemah dan terus mati..

Pulangnya guru muda ke dalam makmal,terkejut beliau melihat apa yang berlaku..
Diterangkan kepada muridnya
"Anak-anak,kesusahan melepaskan diri dari kepompong sebenarnya membantu membina kekuatan sayap rama-rama itu"
"Jika kita menolong memecahkan kepompong,kita sebenarnya telah melemahkan struktur sayap rama2"
"Rintangan yang dihadapi,sebenarnya menguatkan diri rama2 sebelum terbang cantik,bebas di udara "
"Tidak ada kesenangan yang datang bergolek di kaki melainkan dengan berusaha menempuhinya"
"Harap2,murid2 dapat belajar sesuatu melalui kejadian ini"
Semua murid terdiam dan sinar keinsafan jelas terpancar..

2 coretan:

nadiah said...

menarik...xpernah thu pun fakta ni pasl rama2..tq~
^__^

drAmirul said...

:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...