"Mama,cube tengok mamat tu.tangan die macam singa..Nk cakar orang.kulit die menggerutu dan ade kudis macam katak puru.Kaki tak dapat bergerak n jari tak lengkap.dasyat la mama,"Alif berkata kepada ibunya..
"jom2.kite cepat2 pergi sebelum pakcik tu datang mintak sedekah dengan kite.Nanti berjangkit,susah plak kite nak pergi mane2,"ibu Alif menjawab pertanyaan anak bongsunya.
Perbualan ringkas yang direka cukup untuk menggambarkan kegusaran masyarakat tentang leprosy.Di Malaysia,leprosy lebih popular sebagai kusta.Bagi pelajar perubatan seperti aku,Prof Ram menerangkan leprosy dikenali sebagai Hansen disease.Idea disebalik nama itu?Kata beliau adalah untuk menjaga hati dan perasaan pesakit memandangkan kusta tidak dapat diubati.Mendengar pengesahan daripada doktor yang seseorang itu menghidap
penyakit kusta,bagaikan mendengar guruh di langit.Segala kekuatan seolah-olah direntap.Walaupun nama berbeza,bagi aku,kesan psikologi kusta lebih teruk berbanding hansen disease walhal perbezaan hanya dari segi istilah.Mungkin mendengar bahasa mat saleh,berjaya melegakan seketika hati yang gundah-gelana. pelanduk dua serupa.Kemajuan telah dicapai dan dengan izinNYA,ubat telah berjaya dirumuskan.Slide show selepas classification of leprosy menunjukkan gambar seorang jejaka berbangsa india sebelum dan selepas rawatan penyakit kusta.Muka pesakit itu hampir normal.Alhamdulillah.Ubat yang digunakan,kesan ubat itu,pharmacokinetic dan pharmacodynamic tidak pula dihuraikan oleh professor pathology kesayangan ramai ini.
Ustazah Rokiah
Ustazah Rokiah@rock memang sangat terkenal di SMACH.Beliau adalah antara cikgu kesayangan aku dan tahkala tiba masa PI,tanpa disuruh aku akan bergegas ke bilik guru mencari ustazah ini.Hal dewan makan biasanya wajib dibincangkan setiap kali waktu PI.Daripada teh yang tidak cukup susu kepada biskut yang masuk angin,semua direportkanSebagai ustazah yang bertanggungjawab sebagai guru kelas SPM 5.1.Agak besar beban yang dipikul oleh beliau.Ketika satu diskusi di dalam kelas,beliau ada bercerita tentang NAbi Ayub a.s yang diuji dengan penyakit kulit sampai menderita bertahun-tahun.Ustazah kelulusan Mesir ini berkata,
"hanya mukjizat Nabi Ayub sahaja dapat menyembuhkan
kusta"
Kata2 itu masih kekal terpahat dalam ingatanku kerana aku tidak tidur semasa sesi diskusi itu.Aku disamping Pok Loh(sekarang berada di Rusia) khusyuk mendengar dan menyertai perbincangan itu.Tetapi,setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati dan sakit tua..Dengan kemajuan perubatan moden sekarang,tidak mustahil kaedah rawatan leprosy ditemui.
InsyaAllah..
Semakin aku belajar medik,kekerdilan diri semakin bertambah..Kelemahan manusia sangat ketara berbanding dengan Pencipta Alam ini.Semoga ini dapat mengukuhkan keimananku..Amin
Sesiapa berminat,boleh klik
en.wikipedia.org/wiki/Leprosy
www.who.int › ... › Leprosy elimination
4 coretan:
letakla pathogenesis leprosy skali...nnti nk study patho..bukak blog mirul jla..hehehe^^
pathogenesis??
mcm Underwood la plak..hahaha
salam bro....ustzah rock de ko mu deh...
kecik ati aku baca mu tulis gitu...tulis la molek nama ustzah kito tue.... :D
hahaha..
ok2.
nnti aku ubah..thanks atas teguran..
Post a Comment